Jalan-Jalan
Semalam kami jalan-jalan. Abang, Mamat, Shasha, Cica dan saya. Kami ke Gemas. On the way ke Gemas, berhenti brunch di Simpang Bekoh. Kami makan kat Kedai Kari Kambing. Warung ni popular. Dia org jual kari kambing, kari ayam, telur dadar, sambal sotong kembang dan sayur kobis. Ni jer menu dia hari-hari. Pelanggannya ramai, berbilang bangsa. Periuk kari ayam dia punyalah besar, saya pun boleh masuk. Meja penuh jer. Tokeh kedai pun best, ramah layan pelanggan.
Abang nak beli jaring ikan untuk aktiviti Kem. Kat Gemas murah segala benda yang berkaitan dengan tangkap-tangkap ikan ni. Abang beli joran 3 batang, benda-benda yang berkaitan (sorry, saya tak reti langsung pasal benda2 camni !) dan jaring ikan. Shasha dan saya ke kedai 2 ringgit. Beli mug, dia orang letak 1/2 harga, so jadik RM 1.00, saya beli 100 biji. Beli utk Kem.
Selepas Gemas kami ke Tampin. Nak ke Batu Maloi. Tak jumpa jalan. Telefon Zack di MMU, direction dia tak clear. Telefon Fathi pulak, Fathi beritahu Kem Batu Maloi tu dah tutup. Tak jadi ke Batu Maloi. Kami ke RSG Camp di empangan Durian Tunggal. Jumpa Nik dengan gang Kem RSG. Kami suka usik dia orang ! Kem smart, kami kata. Semua pakai kemeja dan slack. Kemeja putih dan slack hitam. Heheh. Ensem la, korang :) Nik beritahu nak pinjam tent kami weekend ni. Datang je la, ambik sendiri.
No comments:
Post a Comment