Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, July 07, 2003

Not a maniac Monday

Kalau org keje opis, paling pening, paling boring bila dtg hari Isnin. Lain dengan kami, hari Isnin amat ditunggu. Boleh datang keje petang :) Abang keje belah pagi, saya keje belah petang tetiap Isnin. Kecuali ada peserta, tapi itupun kalau boleh memang dielak sebab ini je la hari rehat kami. Jepun dan Cica pun cuti hari Isnin. Kem sunyi hari ni. Kami memang tak boleh rehat pada weekend. Tetiap weekend sampailah bulan Ogos dah fully booked. Ada juga few bookings on weekdays dan ada satu weekend tu hari Isnin kena keje, sebab MRSM Terend** booked 4 hari Jumaat-Isnin ! Keje sendiri macam ni la, kalau tak de orang masuk, duit pun tak masuk. Macam mana nak bayar gaji staffs, bil air, bil letrik, duit kete, duit jeep, telefon, internet dan segala. Nak sara hidup kami satu keluarga lagi. :) Alhamdullillah, rezeki dan perjalanan hidup kami sentiasa dipermudahkanNya. Syukur ke hadratNya, at this age kami tidak perlu bekerja dengan orang lagi. Gone dah all those boring meetings, dateline, reports dan segalanya. Paling best tak payah nak pakai lawa-lawa, mekap-mekap gi kerja. Uniform rasmi ialah seluar track/cargo, t-shirt cap Kem dan sneakers/selipar jepun ! Takyah nak tension traffic jam lagi. Seronok bekerja berdua dengan Abang. Kami rapat, dari umur 18 tahun dah jadik kawan baik, pastu kawin. Sekarang dah 20 tahun kami masih setia berkawan. Luv ya, Abang :)

Petang ni tadi saya jalan-jalan seorang kat belakang Kem. Nampaklah pemandangan Gunung Ledang dari Kem. Maha Suci Allah.Gunung, pokok-pokok dan tasik Hijau tu cantik sesangat dan amat mendamaikan jiwa saya. Hilang penat saya
seminggu ni. Jalan-jalan lagi tengok burung-burung. Jumpa sekawan ayam hutan dekat Hutan Gelam sebelah Tasik Biru. Ada dalam 8 ekor. Saya tengok dari jauh je sebab tak nak ganggu mereka sedang mencari makan.

Pergi tengok Abang memancing. Lately ni, ramai orang Cina bayar niat kat sini. Hari Ahad je, berlori ikan dibuang dalam tasik Hijau. Patin, keli dan haruan. Jadik macam pesta memancing pulak kat tasik Hijau, ramai orang. Saya balik ke Kem dulu, malas nak tunggu Abang :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...