Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, July 29, 2003

Kak Ram

Ni pun paste dari Log lama gak.Mula saya kenal dia masa saya form 4, dia kerja kat kantin sekolah. Dia juga supplier kuih-kuih kat kantin tu. Dia ramai adik-adik dan Kak Ram lah yg tanggung mereka semua. Habis sekolah, saya sambung belajar lagi dan bila balik Jasin, naik bas Aziz dari Bus Stand Melaka, saya selalu jumpa Kak Ram. Dia dah jadik kondakter bas lak. Habis belajar, saya kawin walau pun Mak & Ayah marah sebab nak saya sambung belajar lagi. Saya tak kira, nak kawin gak. Gaji lulusan diploma tak banyak mana, dah kawin lak tu, ayah tak nak bagi saya duit lagi walaupun sebelum ni dia bagi sebab tahu gaji saya kecik. Kira kes balas dendam la tu,(kehkeh) so saya hanya mampu pegi salon 'Nyonya Becok' kat Pekan Jasin. Dan Kak Ram kerja kat salon tu, cuci rambut. Lepas tu saya semakin dewasa, ada anak-anak dan Ayah pergi menemuiNya.
Hari ni, saya temankan Abang ke dentist, pastu pegi breakfast depan Hospital Jasin. Saya jumpa Kak Ram, Kak Ram buat air. Saya tegur dia, tanya "Dah kerja warung lak ker?" Kak Ram jawab,"'Tak, akak tak keja G, boleh tolong carikan kerja? akak puas dah carik kerja" Potpetpotpet .. Kak Ram ikut kami balik rumah. Jumpa ma'am. Sebab benda2 camni ma'am yg decide. Saya tinggalkan ma'am interview Kak Ram dan terus ke Kem. Bila saya jumpa Kak Ram hari Ahad ni kat rumah saya, dia dah ada jawatan baru ke ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...