Demam Ada hikmahnya dia orang cancel pun, sebab saya demam pada hari Jumaat. Rasanya sebab sejuk sangat dalam panggung hari tu. Pagi Jumaat ke Dr. Naha. Dr. Naha bukan leh jumpa Abang, banyak ceritanya. potpetpotpet dia. Saya nak ubat cecepat supaya boleh balik sambung tidur balik.
Luv ya, darlings ! Amir balik wajib hari Jumaat. Seronok jugak demam, boleh duduk dengan anak-anak kat rumah. Jarang sekali dapat bersama on weekends. Kami tengok Amazing Race dan Charmed beramai-ramai. Abang je kena ke Kem, sebab ada Kolej Yayasan M***. Anak-anak lepak dengan Mama. Hafidz je tengok sikit-sikit. Dia study sebab nak UPSR tak lama lagi. Anak-anak suka Amazing Race, tapi Amir complain tak mencabar sangat aktiviti dia orang minggu ni. Kami tak de Astro di rumah. Kami kurang masa di rumah, takut nanti anak-anak lalai. Dengan nenek, mana la takut. Manja bukan main. Tapi alhamdullillah anak-anak tak kisah sangat tv. Cuma suka Dragon Ball dan Amazing Race. Dia orang lebih suka aktiviti luar. Berkayak atau berbasikal lasak. Kalau ada group kekadang ikut jungle trekking. Nadzrin biasa je kalau trek 12 km tu. Siap bawa BA dia. Karang kalau nak seberang parit dia tak payah nak suruh orang pegang dia. Kalau 'water confidence' pun jurulatih suka kalau Nadzrin ada. Tengok budak kecik pun selamba je, jadi kakak-abang malu la jugak nak menjerit-jerit takut. Memang anak-anak gilakan 'outdoor' macam Abah mereka. Kalau bercuti, jangan haraplah nak pergi tempat-tempat pelancung. Kalau dapatpun, puas la Mama merajuk dulu. Dia orang suka bercuti ke Lanjut Golf. Abang suka sini sebab leh main golf dan wood ball (errr Pak Let main golf gak tau .. heheh). Anak-anak suka sebab boleh pasang tent depan chalet tu. Susah-susah sewa bilik, akhirnya bilik kosong sebab tidur dalam khemah. Mama dengan Nana je tidur atas katil. Dia orang suka sini sebab banyak aktiviti. Leh carik kupang, ikan. Pagi-pagi leh ikut tarik pukat. The last time we were here ada ramai pelancung Taiwan. Kesian Nana, letih dia kena cuit pipi dengan nyonya-nyonya tu. Apsal citer ni semua kuar ni ? must be the medicine dr.naha gave me. emmm ... lom baik lagi nih ...
No comments:
Post a Comment