Petang tadi semasa saya sibuk mengupdate list-list organisasi yang utang kat kami, tetiba Jepun datang. Nak minta cuti esok. "Saya nak gi Langkawi, Kak G". Tambang free, rombongan JKKKKKKKKKKKK. Lebih kurang gitu la cakap dia. Dapat lagi duit poket lak tu. Tapi mintak gak advance kat saya. Bagi advance yang dia nak. Dari sini je 4 bas. Biasa la tu, menghabiskan duit rakyat. Sekarang ni kalau tengok rumah-rumah kat kampung ni, kelakar. Rumah orang-orang yang berjenama Merah Putih diberi jalan tar, sampai la ke pintu dapur. Jenama Hijau ngan Biru Putih, jangan haraplah. Tapi yang menariknya, orang yang berjenama Merah Putih tu kebanyakannya otai, orang muda dah kurang dah nak memerahputihkan diri.
Rasanya angin-angin pangkah dah bermula la ni. Pasni, tah berjalan kemana lak lagi. Apa lagi lak orang kampung dapat.
Saya, tetap hijau selamanya !!!
No comments:
Post a Comment