Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, July 26, 2003

Penatnya Menunggu

Alahai mana le mamat-mamat felda ni tak sampai lagi ... Penat giler dah menunggu nih ... Gantung hammock dan tido je la kot pasni ... best layan tido bawah pokok ditiup angin tasik ... leh gak relax jap sebelum Asar.

Saya nak mulakan sesuatu hari ni. Nak letak resepi hari-hari. Being the eldest in my family, saya memang 'tukang masak' rasmi. Dan juga tempat sepupu-sepupu dan adik mintak resepi. Memang suka masak la jugak.


Resepi Hari Ini : Ikan Bawal Masak Tumis Asam (Johor kata Asam Pedas)
Bahan
1 ekor ikan bawal hitam sederhana besar (anggaran 500 gm)
1 paket sawi asin jeruk
Minyak untuk menumis
2 cawan air asam jawa. (Campurkan asam sebesar bola pingpong dgn 2 cawan air)
sedikit garam
sedikit gula
(A)
1/2 cawan cili kering yang telah diblend
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit halia, sedikit kunyit hidup
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan manis
Cara :
1. Siang, potong ikan kepada 2-3 bahagian. Bersihkan.
2. Potong sawi asin.
3. Blend bahan A
4. Panaskan minyak. Tumis bahan A sampai naik minyak. Masukkan ikan. Kecikkan api dan biar sekejap. Masukkan air asam jawa.
5. Biar hingga mendidih lalu masukkan sawi asin
6. Masukkan garam dan gula. Rasa dan adjust rasa.
7. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...