Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, July 24, 2003

Keluarga

Dalam adik beradik Mak, cuma Mak yang dapat anak. Abang dan Kakak Mak tiada anak. Hanya anak angkat. Kami tiga beradik, saya ada 4 anak. Adik lelaki ada 2 anak dan adik perempuan saya belum lagi ada rezeki. Macam mana pun kami rapat. Antara sepupu seperti adik-beradik jugak. Nama-nama kami pun Mak Long yang bagi. Ingat lagi masa Abang masuk 'Who wants to be a millionaire' dulu. Abang kena bagi 4 nama. Jadi dia bagi nama adik saya Rozieda, saya, Roziena, sepupu saya Dr. Rozaina dan Dr. Rosaida. Pesan kat Abang, nama saya Abang jgn telefon untuk talian hayat, sebab sure saya tak dapat jawab. Tepon je dia orang tu. Masa satu soalan yang Abang 'sangkut' tu Abang cakap kat orang ntV tu soh tepon Dr. Rozaina. Dah sebab nama dekat2 je, orang tu tertepon saya. Aduhz, mana la reti. Nasib baik anak saya, Amir (masa tu 12 tahun) dapat jawab. Bagi saya, mak saudara dan bapa saudara macam parents sendiri. Masa Mak Long sakit angin ahmar dulu, saya bawak dia balik dan jaga di rumah. Rumah tu pun rumah pusaka dari Moyang saya. Jadi saya fikir, tentu rasa seronok dan selesa dapat balik duduk di rumah tempat dia membesar. Ada pula cucu-cucu (anak-anak saya) tempat bermanja. Allahamdullillah dia kembali sihat seperti biasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...