Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, July 02, 2003

Itik Gembor-Gembor

"2 hari penuh yang cabaran" kata Sha. Mamat kata "Sabar separuh dari iman".
Cica hangin," Kalau tak diam, abang belasah, nak?" dan marah Jepun pulak, "Kalau korang bising, tidur luar khemah". Tengah buat Program Motivasi UPSR sebenarnya ni. Peserta datang dari SRK Teng***a (1). All boys school ni. Bayangkan melayan 70 orang budak lelaki. 24 jam bising ! Makan dia bergaduh, masa aktiviti bergaduh, tidur bergaduh, mandi bergaduh dan masa ceramah dia orang senyap, pakat tidur ramai-ramai. Masa saya menulis ni, mereka baru balik dari 'jungle-trekking', tengah berehat-rehat sebentar sebelum mandi. Comot-comot belaka tu :) Walaupun mencabar kesabaran tapi seronok sungguh dengan mereka. Budak-budak biasalah, hyperactive.

Malam semalam pengantin baru, Nazri pun ada datang tolong-tolong kami. Balik dari jogging Nazri di Anjung bersama saya melayan non-Muslim boys. Yang lain lepas Maghrib mereka berkuliyah dan membaca Yasin di surau. Pengantin solat di Pondok Fasi je. Nazri pelik tengok budak-budak tu cakap Melayu sesama mereka, tidak berbahasa Cina. Biasa lah Cina Melaka, kan ramai Baba. Mereka memang tak tahu cakap Cina. Makan pun macam Melayu. Mengikut sejarah (Encik Hilmi, Kolej Dato' Onn, UKM yg bagitau) orang Melaka ari ni keturunan campur-campur. Melayu Melaka telah lari ke daerah Muar dan sebagainya mengikut Sultan Alauddin Riayat Syah yang pusaranya di Pagoh, Muar dan juga Sultan Mahmud Syah (sultan terakhir) berpindah dari bumi Melaka.

Sebelum balik hari ni, mereka akan sampaikan 'janji-janji' mereka kepada Guru Besar. Berjanji akan mencapai keputusan yang cemerlang, IsyaAllah ! Kreatif juga kad besar yang mereka buat tu. Semalam mereka tulis surat kepada ibu dan ayah di rumah. Kesian Encik Posmen! Leh baca ke tak la alamat tu.

Mereka balik petang ni. Esok kami bercuti sehari. Jumaat masuk kerja pukul 8:00, bersedia pula untuk Kem Kepimpinan. Peserta dari Universiti yang kolej kediamannya berbukit-bukit tu.



1 comment:

ghkj said...

Youth is warcraft leveling not a time of life;warcraft leveling it is a wow lvl state of mind; wow power level it is not power leveling amatter of World of warcraft Power Leveling rosy cheeks, red wrath of the lich king power leveling lips and supple knees;WOTLK Power Leveling it is a matter of thewill,wlk Power Leveling a quality of buy aoc gold the imagination,aoc gold a vigor of the emotions; it is thefreshness of the deep springs wow gold of life. Youth means a tempera-mental maplestory mesos predominance of courage over timidity, of the appetite formaple story mesos adventure over the love of ease. wow gold This often existsin a man of 60 more than a boy of 20. Nobody grows old merely by anumber of years.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...