Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, July 17, 2003

Tengok Wayang

Kenapalah saya tulis kat sini pasal dating plan tuh. Punyalah ramai 'lamp post' yang nak ikut. Bila tahu je kami nyer plan mulalah Cica, Mamat dan Shasha lak buat plan. Tak cukup dengan yg kat Kem, gang yg kat KUTKM pun nak join sama. Pastu dengar-dengar gang kat MMU pun tahu, kami nak dating, nak tengok wayang. Cis ! Tengok ramai nak gi sama-sama, saya pujuk Abang, nak tengok T3 (saya dah baca tOKSIK nyer review, cam best je. anyway sure la akan lebih best dari Paloh). Abang nak tengok Paloh sebab dia suka Janet Khoo. Lagipun sure banyak utan, dia kata. Dia memang giler utan :) Pujuk jugak, lama-lama dia setuju tengok T3. Ala, raya nanti, sure Paloh main kat tv.

So, Fendi kena gi beli tiket. Last minute, Fendi call kata tak dpt gi, ada kelas ganti. Shasha tepon GC, nak book tiket. Kerani tu kata, tiket banyak sebab weekday. Tak payah book. Malam semalam kami pun pergi. Bawak Nana sebab dia dah tidur siang. Kalau kami balik lambat taklah menyusahkan Mak nak tidurkan dia. Gang MMU tak jadik gi, ada exam hari Jumaat (eiha kata ni tau). Gang KUTKM je ada. Masa beratur beli tiket, rupanya tiket T3 dah habis. Aduhz. Penat je gi. Yang ada tiket Charlie's Angels ngan Paloh. Pakat-pakat, kami decide nak tengok CA je la. Dah beli tiket, masa beratur nak masuk panggung, Abang kena tahan. "Bang, budak bawah 18 takleh masuk. Ni PGL show nih". Alahai, mana lak nak bawak Nana. Abang ajak tengok Paloh. Terpaksa la. Masa masuk panggung tengok ada 5 orang dalam panggung. Heheh. Pastu masuk la lagi Pakcik dan Makcik ni dok dekat kami. Akhir sekali ada aweks 4 orang masuk. Tu jer la. Depan kami semua seats kosong. Penuh la belakang je. Couple-couple yang nak buat wayang dia orang sendiri lak tu. Punyalah sejuk sebab orang tak ramai.

Paloh
Saya blur. Tak faham. Kejap tahun 1945, kejap tahun 1947. Letih nyer nak ikut jalan citer. Lagi tension ngan komen Abang. Dia tak de kerja, kira berapa helai baju Pagoda yang ada dalam film tu. Ramai tol org pakai baju Pagoda selain dari baju kemeja kotak-kotak tuh. Pastu dia gelak tengok mamat iklan Kembara DVVT tu berlakon jadik komunis (bapak Swee Lan). Rambut pesen dlm iklan tu la jugak. Masa tengok film ni tak tahu apa nak 'feel'. Sedih pun tak, patriotik pun tak. Entahlah. Buta seni kot kami ? Iyer la tu. Raya ni nak tengok lagi la. Nak cuba faham. Paling tak faham yg last tuh, kenapa main lagu Arab dalam utan tuh ?

Orang yang tengok CA lak, kuar sakit tengkuk. Heheh. Dah dok depan. Sampai juling-juling mata. Tapi citer best. Demi Moore sexy giler, dia orang kata. Balik makan kat depan simpang SM Teknik MT. Alhamdullillah. Kenyang. Walaupun citer dan keadaan tak best, kami enjoy juga. Sesekali keluar ramai-ramai. Best, kan ? Kita asyiklah dok dlm utan. Kalau buat program pun semua melibatkan outdoor. Thanks Abang. Dah kita ramai anak, nak buat macam mana ? Err malam ni pun leh gak kalau nak dating, kan ?


1 comment:

ghkj said...

This momentousdecree warcraft leveling came as a great beacon light wow lvl of hope to millions of negroslaves wow power level who had been seared power leveling in the flames of power leveling withering wrath of the lich king power leveling injustice.wrath of the lich king power leveling it came as a WOTLK Power Leveling joyous daybreak to end the long WOTLK Power Leveling night ofcaptivity.WOTLK Power Leveling but one hundred years wlk power leveling later, we must face aoc gold the tragic fact thatthe age of conan power leveling negro is still not free. aoc power leveling one hundred years later,age of conan power leveling the lifeof the negro ffxi gil is still sadly crippled by the final fantasy xi gil manacles ofsegregation guild wars gold and the chains of discrimination. one hundred yearslater, maplestory mesos the negro lives on a lonely island of poverty in themidst of a vast ocean of material prosperity.dog clothes one hundred yearslater

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...