Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, September 25, 2007

I wrote this, 3 years ago

Monday, January 19, 2004

Kutangisi pemergianmu, sayang !

Ucapan takziah saya kepada keluarga Nurul Huda Abdul Ghani. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Tidak dapat saya nak membayangkan perasaan dan keadaan ibubapa yang ditinggalkannya. Pedih dan sedih bila melihat gambar si-comel manja yang ditatang dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya. Saya seorang ibu, saya tahu macam mana perasaan kasih seorang ibu kepada anaknya.

Membaca suratkhabar pada pagi Ahad tu tanpa sedar airmata mengalir. Adakah manusia sezalim tu ? Tidak ada perasaan ke dia ? Pekak ke telinga yang mendengar jeritan siksa anak kecil tu ? Berbaloi ke dengan keseronokan nafsu binatangnya itu sehingga satu jiwa terkorban ? Memang ajal maut telah ditentukanNya tetapi dapatkah kita menerima kejadian tu berlaku di negara kita. Yang kita banggakan kemajuannya. Aduh apa saje yang tidak kita buat utk buktikan betapa majunya kita - tengok ajelah rekod Malaysia tu - segalanya terpanjang, terbesar, ter apa sajalah dah kita lakukan. Tetapi itukah yang kita nak ? Itukah pengukur kemajuan ? Betapa 100 meter dari rumah sendiri bukan tempat selamat untuk anak-anak kita.

Saya teringat kembali peristiwa yang berlaku 3 tahun dulu. Kisah Allahyarham Nurul Hanis Kamil yang dirogol dan dibunuh dengan kejam sewaktu pulang sekolah. Nurul yang telah saya jumpa semasa datang camping di Kem. Anak gadis yang manis, yang sopan, yang innocent. Dia jadi mangsa kebuasan nafsu binatang.

To the people up there. Tolonglah lakukan sesuatu. Jangan biarkan ini berlaku lagi. Cukuplah dengan Audrey Melissa, Nurul Hanis, Hardiati dan gadis-gadis kecil yang lain yang menjadi mangsa binatang-binatang ni. Pls, pls do your job. Cukuplah dengan pembangunan yang ada ni. Buatlah pembangunan insan pula. Kejadian ini menunjukkan jiwa masyarakat kita rosak. Tolonglah, tolonglah. Biarlah anak-anak hidup dengan perasaan selamat. Saya takut dengan kejadian ni. Janganlah berlaku lagi.

Nurul Huda, Nurul sayang, pergilah dengan aman ... Al-Fatihah

xxxx

Innalillahi wa inna ilahi roji'un.

Semoga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin aman dan tenang di JannahNya. Al-Fatihah.

Hari ini saya merayu lagi kepada 'to the people up there', please, please, please put a stop to all this. Please, please, please, do your job. And your job is to protect us, protect all Malaysians. Kaya dan Miskin.

Sebak, marah, sakit hati teramat atas apa yang terjadi pada Allahyarham Nurin. Ya, Allah binatang apa yang tiada hati begitu. Tersedu-sedu saya menangis. Tahulah saya perasaan ibu Nurin sebab saya juga seorang ibu. Nyamuk seekor mengigit pun tak beri, ini senang-senang jer kau seksa anak orang begitu.

Jazimin dan Norazian begitu terseksa perasaan mereka kehilangan anak dan bila akhirnya Nurin kembali kepada mereka, hanya jasadnya sahaja. Senang-senang juga ada yang menuduh macam-macam pada mereka. Kalau ibubapa tu tuh 'bad parents' takkan ada gambar-gambar Nurin tersenyum manis manja begitu. Tak de nampak Kak Long Nurin dan adik-adiknya bergayut manja pada Ibu Ayah.

Apa dah jadi dengan masyarakat yang dah merdeka 50 tahun nih ? Tiada hati dan perasaan kah ? Dahlah binatang tu tiada perasaan. Yang 'orang besar-besar' ni pun sama. Jazimin dan Norazian sedang sedih, sedang keliru dan tuan-tuan kata nak ambil tindakan keatas mereka. Tuan-tuan pun tiada perasaan ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...