Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, April 10, 2004

Ada permintaan dari Encik Spyz untuk ceritakan pasal aktiviti berakit. Esok, ada aktiviti berakit. Saya akan tulis pasal rakit dalam lapuran esok sahaja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pukul 5 petang semalam, alhamdulillah SAM Tengku Ampuan Jemaah sampai. Kami yang bertugas semua dah sampai juga kecuali Dino, Kucai dan Bob.
Eiha dan Agus sampai lepas solat Jumaat dengan Ruddy. Ruddy dah ada kereta sekarang, senanglah dia nak tumpangkan kawan-kawan. Malam semalam pun, bila Dino sampai Tangkak, Ruddy yang pergi ambil dia. Dino macam biasa, tunggu kami depan Balai Polis Tangkak. Tak tahu kenapa mamat ni suka tunggu depan balai tu

Malam selepas Ice Breaking dan Mainan Akal ada 'night walk'. Saya dah balik ke rumah dah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi ni, SK Paya Rumput sampai dengan peserta berjumlah 140 orang. Murid tahun 4 hingga tahun 6. Seronoknya ! Kami bahagi-bahagikan abang-abang dan kakak-kakak fasi ikut kumpulan.

Zul, Kucai, Agus, Ruddy, Khalid dan PakMan bawa kakak-kakak dan abang-abang sekolah agama pergi jungle tracking. Keluar dari Kem pukul 8 pagi dan pulang pukul 12:30 tengahari.

Bob, Eiha, Muafa, Cica, PakLet bersama dengan adik-adik sekolah rendah. Ada game dan nyanyi-nyanyi sahaja. Ajak mereka bergembira. Pukul 12:00 Pak Haji dah siap-siap minta kami bagi mereka makan dulu. Kalau adik-adik kecil, kami sendukkan makanan dan minuman untuk mereka. Dino baca doa dan makan berjamaah semua.

Waktu saya sedang menulis ni, mereka sedang di surau, berjamaah solat Zohor dengan diimamkan Abang Dino. Kami ada Imam Satu dan Imam Dua di sini. Suboh dan Maghrib, diimamkan oleh Cikgu Zul, kemudian berkuliyah pula. Waktu solat yang lain, Dino jadi imam.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
5:58 pm
Sambung ..
Semua sedang beraktiviti. Sekolah Agama sedang buat Flying Fox dan Obstacles Run. Sekolah Rendah baru sahaja pulang dari jungle tracking. Lepas minum petang dan solat Asar ada telematch.

Sekarang hujan dan semua sedang mandi.

Jungle Tracking

Ramai kena pergi, nak menjaga 140 orang. Kumpulan besar pertama dijaga Cica. Pecah-pecah kepada 4 kumpulan. Saya bawa satu, Iha, dak-tembamz dan Bob juga masing-masing jaga satu kumpulan. Kumpulan besar kedua jalan dengan PakLet, Muafa, Khalid dan Ruddy.

Letih ? Tak boleh nak cakap betapa penatnya. Sakit juga mulut nak suruh mereka diam. Ditunjukkan kepada mereka tinggalan bijih timah. Lepas tu semua orang mencari bijih timah. Boleh runtuh juga palung tu bila semua batu dah beralih !

Jalan-jalan, fikir-fikir .. tema jungle tracking kami minggu ini. Mereka kena cari jarum mas, buah senduduk, pucuk cemperai dan daun pegaga. Kena juga temuramah penduduk kampung. Tanya penduduk kampung sejarah Kampung Chinchin, sejarah lombong emas Chinchin, sejarah loji air dan Imam Kampung Loji Air. Nak ajar mereka berbudi bahasa. Bagaimana nak berbual dengan datuk-datuk dan nenek-nenek. Bukan musim buah. Kalau musim buah, kadang-kadang orang kampung sedekah buah-buahan.

Kumpulan saya, saya bawa ke rumah Pakcik Mat Teleng. Pakcik sedang buat bubu untuk menangkap ikan. Elok juga sebab Pakcik Mat terangkan pada mereka pasal bubu. Lepas tu singgah rumah Tok Said, minta pucuk pegaga dan cari rumput jarum mas.

Bukan jalan-jalan sahaja. Banyak pengetahuan yang kami berikan kepada mereka. Tunjuk mereka hutan Acasia, hutan kayu gelam dan hutan senduduk. Terangkan pada mereka fungsi loji air. Cara air dibersihkan. Tunjuk buah kelapa sawit, terangkan lagi pasal kegunaan kelapa sawit.

+++++++++++++++++++++++++++
7:28 pm
Baru sahaja menerima berita sedih. Al-Fatihah buat ayah kepada Syaiful Ammar, peserta kami dari Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah.

Ruddy diberi tugas menghantar Ammar bersama seorang guru dari SAMTAJ untuk pulang ke rumah. Semoga mereka selamat sampai.

Berkumpul di surau untuk membaca Yasin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...