Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, April 24, 2004

Hhmmmmmmmmmm

Warning Entry ini panjang. Sila jangan baca jika anda bukan fasi Kem Lambaian Danau. Anda akan termuntah-muntah akibat bosan :)

Entry ini sengaja ditulis panjang kerana sudah terdapat komplen yang saya malas menulis. Tidak menulis banyak perkara penting yang terjadi semasa program perkhemahan. Satu perkataan mewakili satu perenggan, kata si-tukang komplen. Malas tahap dewa-dewa, kakaknya ini.

Malacca High School

Day One
Malacca High sampai pukul 4.05 petang. Pelajar-pelajar Tingkatan Satu dan Dua seramai 170 orang untuk Program Motivasi dan Kenegaraan. Malacca High School ada sekolah yang kedua tertua di negara, selepas Sekolah Penang Free. Sudah berusia lebih 178 tahun, sekolah ini merupakan all boys school. Cuma akhir-akhir ini mereka telah membuka pintu kepada pelajar-pelajar perempuan untuk kelas tingkatan enamnya.

Semasa sampai, Maktab Perguruan Batu Pahat belum check-out lagi. Malacca High berkumpul di Dataran, ustazah-ustazah MPBP pula di Anjung Kasih. Mereka solat Asar berjemaah di surau dulu. Saya seperti biasa, menghantar senarai nama peserta ke Balai Polis Chinchin dan melapurkan sekali berkenaan program minggu ini. Pegawai polis dari Balai akan datang meronda kawasan Kem tiga kali sehari bila ada peserta di Kem.

Fasi-fasi yang dah sampai : Agus, Adi, Fikri, Muafa, Cica, Khalid, Ruddy, PakMan, Cikgu Badrul dan Rauf. Selepas mendengar taklimat program dan undang-undang Kem, sampailah masa untuk mendirikan khemah.

Selepas siap pasang khemah, minum petang. PakHaji jamu kami dengan bubur kacang, biskut dan air teh O. Sedap, Haji !

Pukul 6 petang, majlis penutup untuk MPBP. Terima kasih, untuk flask hijau yang cantik tu ! Lambaian untuk bakal-bakal ustazah di pintu depan Kem. Semoga kita berjumpa lagi.

Peserta MHS mandi. Agus dan Raup menjaga. Memang jaga peserta mandi menjadi tugas, kalau tidak dijaga ada pulak yang akan terjun tasik nanti. Dan menjaga 170 orang budak lelaki berumur 13 dan 14 tahun bukanlah kerja senang !

Makan malam pada pukul 7. Menunya : nasi putih, ayam masak tomato, tumis air kobis panjang dengan tahu, telur dan sohoon, ikan masin dan sambal belacan. Licin !

Selepas makan, berwudhu sambil menunggu kedatangan Pak Imam masjid Chinchin. Imam satu kami, Ustaz Zul tidak bertugas minggu ini. Gantinya Imam Haris. Kami bersolat berjemaah, kemudian dengar kuliyah Maghrib hingga sampai waktu Isya'.

Dino dan Fathi sampai pukul 8:30 dari KL. PakMan dan Agus jemput di Tangkak. Sampai-sampai kena kutuk sesedap rasa terus makan. Alhamdulillah semua telah sampai. Kucai tidak dapat bertugas sebab tak dapat cuti. Pegawai PALAPES kena kerahan tenaga, menjaga wira dan wirawati PLKN. Jadi Kucai dan Asri kena bertugas dengan PLKN semasa cuti semester ni.

Pukul 9 aktiviti Kenegaraan bermula. Ceramah-ceramah. (Maaf, tidak boleh melapurkan isi ceramah kerana tidak pergi mendengar). Selesai ceramah, aktiviti berkenal-kenal rapat dan membahagikan mereka kepada kumpulan. Kumpulan Mat Kilau, Jebat, Jaafar Onn, Onn Jaafar, Yap Ah Loy, Tuah, Kasturi, Bahaman dan Lekir. Setiap kumpulan kena ada moto, falsafah dan cheers. Paling best tentulah cheers Kumpulan Onn Jaafar. Tak boleh ceritalah, takut nanti nama Kem masuk Melodi pulak !

Saya bersama mereka semasa aktiviti 'berpoya-poya'. Nak jugak bagi mereka seronok ! Kami nyanyi lagu patriotik. Habis lagu-lagu patriotik, Kem Komandan sporting semalam. Dapat nyanyi lagu-lagu lain juga. Nyanyi lagu 'Desa Tercinta'. Kekirilah ahai
Kekananlah ahai
Oh.. Inilah desa yang tercinta
Menarilah ahai
Menyanyilah ahai
Riangnya suara mereka
Desa tercinta
.... memang seronok ! Ada lagi .. nyanyi lagu kodok ngorok. Best ! Selesai aktiviti, minum malam dan kemudian tidur pada pukul 12 malam.

Day Two
Bangun pukul 6.00 pagi. Pagi ini bersolat Suboh dengan diimamkan Abang Dino. Saya suka bila Dino berzikir dengan peserta. Beramai-ramai menyebut nama Pencipta, sungguh tenang dan damai mendengarnya.

Ruddy ambil alih daripada Dino. Dino cam bese gi dapur, bodek Haji. Bersama-sama Fathi, Adi, Fikri dan Azim. Mereka kendalikan senam pagi. Yang lain kena sarapan dulu sebab nanti akan sibuk menghidang makanan untuk adik-adik.

Mereka sarapan pada tepat pukul 7:30. Makan mee goreng dan nasi goreng. Selesai sarapan, tukar baju untuk aktiviti outdoor. Cuaca pagi ni amat selesa. Ada matahari tetapi tidak panas, mungkin sebab semalam hujan.

Peserta dibahagi-bahagikan kepada 4 sub-camp. Agus, Adi, Azim, Fikri dan Ruddy pergi jungle tracking sebelah pagi. PakMan dan Dino bersama peserta buat water confidence. Fathi, Khalid dan Muafa bawa peserta ke track obstacle run. Yang lain berkayak dengan Cikgu Badrul dan Cica. Buat berbagai formasi tadi. Mereka bertuah minggu ni, sebab Cikgu Badrul bertugas. Sebagai Jurulatih Kebangsaan, banyak ilmunya. Kadang-kadang diajarnya peserta berdiri atas kayak. Memang seronok !

Saya seorang sahaja di pejabat. Menunggu pejabat kalau-kalau ada peserta cedera, manjawab panggilan telefon dan lain-lain.

Sekian sahaja lapuran untuk Day Two. Esok akan melapur lagi.

Apa wek-wek ? Kan dah cakap tadi, jangan baca. Boring !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...