Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, April 20, 2004

Wira dan Wirawati Melawat ke Kem

Hari ini menghabiskan kerja-kerja mengemas dan mempersiapkan Kem sebelum Maktab Perguruan Batu Pahat masuk, esok. Akan berada di Kem hingga tengahari hari Jumaat. Jumaat petang pula, Malacca High School pulak masuk. Tiada rehat minggu ini.

Ahad, High School keluar. Cuti sehari. Rabu hingga Jumaat, SMK Cina Seg Hwa, Segamat pulak masuk hingga Jumaat. Jumaat petang, Jemaah Islah Malaysia masuk. Sibuklah kami !

Ni pun dah terasa dengan segala persiapan. Saya sedang menyiapkan kertas lagu-lagu patriotik untuk High School, PakLet dengan soalan jungle tracking. PakMan dekat luar, repaint signboard Kem yang lama tu. Dah ramai orang komplen, salah masuk jalan ke Kem. Sesat ke Loji Air.

Penat! Tapi tak apa, minggu depannya sudah boleh berpoya-poya. Projek Basah Geng Jurnal ! Saya, Dino, Ketupat dan dak-tembamz akan join sebagai peserta. Tak habis-habis senyum Cica membayangkan kami jadi peserta !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tadi kami menerima wira dan wirawati dari Program Latihan Khidmat Negara. Mereka melawat Kampung Chinchin untuk module kejiranan mereka. Selalunya kalau kampung ada pelawat, Kem menjadi antara tempat wajib dilawati. Walaupun kami sedang sibuk, tetamu tetap diraikan.

PakMan bawa mereka berjalan-jalan sekeliling Kem. Alhamdulillah, hari ini cuaca cantik di Kem. Berangin kuat. Seronok mereka. Saya ada ambil gambar. Esok atau malam ini kalau tidak penat akan diuploadkan. Tok Penghulu dan Pengerusi JKKK kampung pun ada sama.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas Asar nak pergi berenang di belakang. Bukan kat tempat open tu. Kat dalam tempat berkepung tu la !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...