Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, April 01, 2004

Surat Untuk Saiful Ridzuan

Saiful Ridzuan 17 tahun, dari Puchong. Bulan lepas, dia digantung sekolah selama 3 minggu dan saya menjaganya. Dia digantung persekolahan sebab memukul Cikgu dengan kasut bolanya.

Asalamualaikum Wan

Apa khabar ? Doa Auntie semoga Wan sihat sejahtera. How's studies ? Belajar tak ni ? Abang-abang dan kakak-kakak dekat sini selalu bertanyakan Wan. Semua harap Wan dah berubah.

Macam Auntie selalu beritahu Wan, seronok jadi orang baik. Tak perlu susah hati, badan pun tak sakit kena belasah dan semua orang akan suka dan sayangkan kita.

Auntie faham keadaan Wan. Ayah selalu pukul Wan. Dan untuk mengelak Ayah marahkan Ibu, Wan sanggup mempertahankan Ibu dengan melawan Ayah. Akibatnya, Wan dipukul. Pukul teruk-teruk.

Belasah-membelasah dah jadi permainan kepada Wan. Ayah belasah Wan dan Wan pula belasah siapa saja yang Wan nak. Apa akhirnya kepada permainan ni, Wan ? Nanti esok-esok Wan pula pukul isteri dan anak-anak Wan.

Stop it. Hanya Wan yang mampu berhentikan semua ini. Dengan membetulkan kehidupan Wan. Pak Let dah ajarkan Wan cara belajar yang betul, kan ? Buat jadual, buat latihan dan pergi perpustakaan. Dekat rumah tak boleh belajar, tak apa. Belajar kat library. Pencen sahajalah jadi Ketua Samseng tu. Tak ada glamernya. Dan jangan lupa sembahyang. Dan gosok gigi.

Wan nak sangat keluar dari rumah, kan ? Okay, macam ni. Wan kena dapat result yang baik. Nanti boleh mintak masuk universiti atau kolej atau politeknik. Tak payah duduk di rumah lagi. Wan kata nak gelfren lawa macam Maya Karin, kan ? Kat universiti ada ramai girl lawa-lawa. Tengok Kak Lenny, Kak Eiha dan Kak Liza. Kan lawa-lawa tu ? Lebih lawa dari budak perempuan Subang Jaya yang PakLet tak bagi Wan mengorat hari tu.

Tapi yang dulu, dulu lah. Macam nak drive kereta jugak. Kena ada lesen. Dan paling penting kena ada kereta. Tak mengancamlah kalau drive kereta orang, kan ? Hidup macam tu juga. Kena belajar dulu, lulus DENGAN BAIK dulu, masuk universiti, kerja dan lepas tu ramai girl akan nak dekat Wan. Kerja best mamat ni, hensem pulak tu !

Kita cerita balik pasal pukul orang. Wan ada baca cerita pasal seorang pelajar meninggal dipukul senior. Pastinya mereka akan cakap, tak sengaja, tidak berniat pukul teruk hingga meninggal. Sama saja macam Wan, kan. Tak sengaja, Auntie. Angin saya tetiba naik . Tak boleh buat silap begini Wan. Silap yang akan menghancurkan seluruh kehidupan Wan. Kena masuk penjara. Uncle Lid dah cerita dekat Wan kan, apa kisah berlaku disebalik tembok penjara. Tak best, Wan. Sungguh tak best jadi orang jahat.

Cuti sekolah akan datang, Wan datang sini. Boleh mengulangkaji dengan Amir.

Auntie nak stop dah. Ada kerja ! Nanti Auntie tulis surat dekat Wan. Lupa pulak, dah stop smoking tak ? Ish, perempuan tak suka lelaki merokok tau. Tak best. Busuk !

Bye, Wan :)

Salam Sayang dari Auntie dan PakLet.

Hadui ! Motivate dia dengan perempuan ! Teruk saya. Memangpun dia kisah sangat dengan perempuan. "Saya nak gelfren lawa, Auntie. Saya nak sayang dia. Tak nak marah dia. Tak nak macam Ayah, marah Ibu." Dia sangat sayangkan Ibunya. Tiap-tiap hari risau, kalau-kalau Ayah marahkan Ibunya. Entahlah dunia !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...