Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, March 31, 2004

Selamat Hari Rabu

Hari ini datang ke pejabat dalam hujan lebat. Sejak petang semalam lagi hujan ni. Sekejap berhenti, kemudian turun lagi. Alhamdulillah, kan rahmat tu !

Air tasik dah naik. Naik banyak. Dekat belakang pejabat hingga ke tempat saya selalu gantung hammock. Jeti Mamat pun dah tak nampak lagi. Memang air banyak sangat. Seronoklah cik jururawat pelatih yang masuk minggu ni. Puas main air !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kasihan Jepun
Malang menimpa keluarga Jepun. Abang sulungnya kemalangan. Teruk juga. Kaki kirinya patah dan perlu dimasuk besi dan disimen. Berkumpul adik-beradik pakat-pakat nak membayar duit hospital. Banyak juga. Nasib baik Jepun ada simpan duit. Duit dari 'fun beli motor' dia tu dah dikeluarkan untuk tolong Mak.

Jepun banyak berubah dari Jepun yang dahulu. Merajuk dia saja yang belum kurang. Kalau terasa hati, terus kayuh basikal balik rumah :)

Kadang-kadang kawan-kawan melampau juga bergurau. Terutama sekali Kucai dan Fendi.

Jepun anak yatim. Masa berumur 11 tahun, ayah dia meninggal. Lepas tu sekolah pun tak betul lagi. Mak tak mampu. Dia tak boleh menulis dengan cepat. Membaca okay. Tapi dia tetap cerdas. Segala barang di dapur tu dia boleh ingat semua bila dia nak minta saya order barang. Pak Haji Berahim tukang masak pun sayangkan dia. Rajin dan tidak degil.

Saya marah kalau orang main-mainkan dia dan anggap dia bodoh. Mana ada manusia yang bodoh. Allah Maha Adil. Kita tidak boleh mengukur manusia sesuka hati kita. Mungkin tidak bersekolah tetapi dia ada kepandaian dia di bidang dia. Kita mungkin pandai dalam bidang kita tapi tidak semua benda yang kita tahu.

Contoh baik Toyak. Tak bersekolah tinggi. Tiada kerja tetap. Tapi dia kaya. Ada lebih 200 ekor lembu. Market value lembu-lembu dia tu, lebih 200K. Dia tak payah nak risau pasal datelines, pasal meeting dan pasal report. Pagi dia pergi lepas lembu. Petang dia pergi halau lembu masuk kandang. Sambil menari tango!

Tanyalah Dino dan dak-tembamz. Betapa handalnya Toyak menari ! Senang jer hidup dia. Jual lembu, ribu-ribu masuk. Relax jer dia. Upah kerja dia kalau saya lambat bayar, dia okay saja. Akak bayar lambat sikit eh, Yak. Dia orang bagi LO jer ni .... Eh, tak per .. kalau Kak G nak pinjam duit saya dulu pun boleh .. Bisa beb !

Tuhan Maha Adil. Jika kita tahu bersyukur, apa saja kehidupan boleh kita hadapi. Asal kita nak jadi orang baik la. Kalau nak jahat, duit berjuta pun, hati tak senang. Macam selalu kami cakapkan kat Kem ni. Lebih seronok jadi orang baik dari orang jahat ! Tak percaya buatlah jahat, mesti hati rasa tak best jer ! Tak caya tanya kat er, takleh tulis. Encik baju biru ada melawat sini semalam. Wah, encik ! Glamer gak site saya ni. Cam site encik jiGO pulak.

Em, janganlah risau. Masing-masing ada kehidupannya. Orang KL, seronok boleh pergi KLCC, pergi MidValley, tengok wayang, tengok consert. Seronoknya ! Kami orang kampung, pergi KL pun migraine !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ini TokR beritahu dekat Tagboard yang page ni tak betul dalam browser dia. Akak tengok okay jer, Tok . Nantilah pastekan template kat FrontPage dan tengok dan repair sekali. Thanks ye bagitahu :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jom Masak-Masak !!!
Ada link baru. To my recipe site ! Site lama tu tak boleh buka. Lupa username. Yang ni usernamenya : resepiogy. Password macam biasa. Warning untuk dak-tembamz : ko jangan nak mengada-ngada tambah resepi lak kat sini. Ko pun sama Dino. Karang ada resepi masak maggi dengan telur goreng lak kang !

Click at the end of my entry untuk ke site tu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...