Em, dah lama saya tak update ye ?
Alasan : (macam biasa, - salahkan lah segalanya kecuali diri sendiri ! heh !)
1. Line telefon yang teruk. Betul. Tak caya tanya Wkdin. Dia call banyak-banyak kali, tapi tak dapat.
2. Busy tahap cipan. Oh, cipan pun tak sebusy saya. Percaya lah :)
Busy mengumpul data-data, prepare program baru. Malam ni saje kami habis meeting pukul 1.30 pagi. Meeting pasal
3. Minggu menyelesaikan masaalah anak. Result ujian bulan Februari si-bujang sulong yang akan berPMR bulan 10, sangat-sangat teruk. Tak dapat satu A pun. Dan dia dengan selamba tetap dengan aktiviti-aktiviti luarnya. Main hoki, bola, basketball, kayak, swimming, petanque dan volleyball macam biasa. Juga pergi camping ke Tanjung Tuan dan Tasik Banding. Em, mak cipan pun tak mengamuk macam mak dia mengamuk. Hangin aku satu badan.
4. Menjaga si-Saiful Ridzuan. Umur 17. Budak KL. Kena gantung sekolah sebab belasah cikgu. Cikgu tumbuk muka dia, dia lawan balik dengan belasah cikgu. Pening kepala kami dibuatnya. Sungguh mendidihkan darah. Buku sebiji pun tak bawak. Siang malam pagi petang saya membebelkan dia. Nasib la memang pakar bab-bab membebel ni.
Cukup kots 4 alasan tu ?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Petaling.
Peserta semuanya perempuan. 80 orang gadis-gadis comel tingkatan 1-5.
Hadui, lemah gemalai sungguh. Obstacles mereka pecahkan rekod. Iyer, Dino, rekod pecah. Tak caya lak ye Dino. Rekod paling slow ! Heheh. Jangan marah ye, adik-adik ! Eiha yang mencatit masa sempat pergi ke splash, sempat singgah kantin
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Minggu lepas tension
Macam biasa, bila hampir dengan exam. Kem jadi tempat students U melepas tension. Minggu lepas Agus bawa kawan-kawan dari MMU, Melaka. Perempuan semua. Mas, Juli, Jeslina dan lupa pulak nama seorang lagi. Mereka datang
Lenny pula datang dengan Liza. Mungkin terpengaruh dengan nasihat Dino kepada Ruddy, kini Lenny tak mahu lagi tidur seorang diri. Ada la Liza menemannya di Sri Pandan. Dan Eiha datang pagi Sabtu. Nak relax juga sebelum exam hujung bulan ni.
Asri datang petang Sabtu. Baru habis exam. Seronok bila merpati dua sejoli ada. Dapatlah mengusik sepuas hati.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mengundi lagi !
Rasanya baru saja 1999 pergi. Semangat reformasi tahun 1998. Tahun giler pergi dengar ceramah. Ceramah di Dataran Reformasi, Kesang Pajak. Ingat lagi 'sumpah pemuda'. Dan beberapa orang yang 'bersumpah' tu tiada lagi bersama ikatan yang mereka pegang dulu.
Rindu jugak pada 'orang dah pencen' tu. Tak de orang nak cakap, "ada orang bla, bla, bla ...", "apa nama bla, bla, bla ...", "negara islam bla, bla, bla ..." Really, i miss u ...
Siapa saya nak undi ? Hahaha ... dak-tembamz kata dia tahu siapa saya nak undi. Memandai jer. Kali ni saya dipindahkan tempat mengundi. Orang-orang kat rumah semua mengundi tempat lain, saya sorang jer kat tempat ni. Musykil sungguh. Kenapa la pulak pindahkan saya kat tempat ni ?
Undi tu rahsia. Nak tahu sapa saya undi, check jer la kertas undi tu. Kan ada nombor. Cam tak bese jer. Lagi sekali mengundi, hantar lah saya lagi jauh !
Beberapa hari ni kalau tetiba hits diary ni naik sedikit, pastilah bukan Fathi (dia lawat saya 10 kali sehari). Saya tahulah sapa yang rajin tu. Abang
No comments:
Post a Comment