Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, March 30, 2004

Flying Fox

Seperti dijanjikan, hari ini saya akan menulis mengenai 'Flying Fox'.

Aktiviti 'Flying Fox ini mempunyai kaitan dengan 'Abseiling'. Kalau 'Abseiling' tu adalah aktiviti turun dari atas ke bawah, 'Flying Fox' pula ialah aktiviti berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau untuk tujuan keselamatan selalunya aktiviti ini dilakukan semasa menyelamat dari kapal ke kapal atau menyelamat di kawasan seperti cerun bukit.

Aktiviti ini merbahaya. Untuk mengikuti aktiviti ini seseorang itu harus mempunyai keberanian, ketelitian, tahu segalanya tentang teknik yang betul dan paling penting, mahir tentang ikatan. Walaupun bahaya, ianya menyeronokkan dan memberikan kepuasan serta dapat menaikkan semangat berani seseorang.

Di KEM LAMBAIAN DANAU, cuma Jurulatih Kanan Kem sahaja dibenarkan untuk menjalankan aktiviti ini. Hanya mereka yang boleh mengikat, memasang anchor dan melepaskan peserta. Pembantu cuma menolong peserta memakai 'harness' dan menjadi 'breaker' sahaja.

Aktiviti kami dijalankan dari 'tower' setinggi 40 kaki. Oleh sebab tower tu terletak di atas bukit, jadi agak sayup juga bila terpandang air tasik. Kami juga mengunakan 'kabel' bagi menggantikan 'kermantle'. Lebih selamat dan lebih tegang.

Alatan yang digunakan untuk aktiviti 'Flying Fox'. Yang saya senaraikan di sini adalah peralatan yang kami gunakan. Lain tempat, lain peralatannya walaupun yang penting-penting tu sama saja.

1. Tali (Kermantle) statik atau dynamic
Digunakan untuk memanjat tower. Sebelum terjun, kenalah panjat dulu. Anda akan dipasangkan 'safety line'. Ini adalah tali yang diikat kepada anda. Ianya ber'pulley'. Sambil naik, sambik tolak 'pulley' tersebut. 'Safety line' penting. Jika anda terjatuh, anda tidak akan jatuh ke bawah. Anda akan tergantung. Contoh senang, macam dalam siri Fear Factor. Bila ada aktiviti di tempat tinggi, peserta akan pakai harness. Di harness ini terdapat 'safety line'. Kan mereka tergantung saja bila jatuh, kan ? Samalah tu.

2. Carabiners.
Atau juga 'snap link'. Ini gunanya untuk mengikat anda kepada tali. Carabiner terdapat berbagai jenis. Yang kami punya boleh menampung sehingga 150 kg. Carabiner sangat sensitif. Ianya tidak boleh TERJATUH ATAU DIHENTAK. Kalau dah jatuh, kena buang sebab dalamnya akan retak. Bahaya jika digunakan lagi. Carabiner juga mahal. Jika sengaja anda hentakkan, anda pula kena hentak nanti!

3. Figure 8 Desender
Ni gunakan untuk ikat anda ke tali-tali

4.Harness
Terdapat 2 jenis harness. Full harness macam dalam Fear Factor juga. Alih bahasa yang guna dalam Fear Factor ialah abah-abah. Kalau full harness ni, anda memakainya hingga ke seluruh badan. Kalau half harness, macam pakai seluar
dalampendek saja. Seronok kalau pakai full harness, sebab anda boleh terjun ala-ala superman. Manakala half harness, anda kena bergayut.

5. Pulley
Ni untuk mengikat tali untuk anda terjun. Dan juga untuk anda tarik balik tali ke tower.

6. Topi keledar
Kena pakai helmet bebs, untuk keselamatan

7. Sarung tangan
Pakai sarung tangan supaya tangan tidak sakit bila bergayut

Jom terjun !

Pastikan anda sihat dan tidak berpenyakit bahaya sebelum anda setuju terjun.

Pakai harness. Pakai harness yang elok. Jika diberikan harness yang telah koyak atau telah hilang tali-talinya, seeloknya anda tukar pada harness lain. Sudah pakai harness, tunggu giliran anda.

Anda akan dipasang pula 'safety line' sebelum anda naik ke atas tower. Naik perlahan-lahan dan berhati-hati. Sampai di atas anda akan diperiksa lagi sekali oleh Jurulatih Kanan untuk memastikan harnes anda betul pemakaiannya. Buka 'safety line' memanjat. Kemudian anda akan dipasang dengan tali yang akan membawa anda terjun. Jangan risau, sebab anda juga akan dipasangkan satu lagi 'safety line'.

Jurulatih kanan akan 'check' dengan 'braker'/ 'brakers'. Brakers ready ? Aye, aye, Chief ! Braker adalah pembantu aktiviti yang tugasnya 'menarik tali' untuk 'membrake' anda. Jangan takut, mereka tahu bila masa yang mereka perlu tarik tali tersebut. Kalau terlambat pun ada 'safety brake' di hujung line. Tapi cam brake emergencylah ...
Pakar membrake kat Kem ni Kucai. Tidak pernah terlepas peserta. Fathi dan Cipan pun okay juga.

Okay, kalau anda sudah bersedia, anda boleh terjun. Tiada pilihan. Samada anda terjun dengan rela hati atau anda akan ditolak ke bawah. Sama saja. Dua-dua sampai bawah. The choice is yours :)

Hmm, program aktiviti lasak GengJurnal ni tak nak buat Flying Fox ker ? Jom la !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...