Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, March 02, 2004

Kak G makin malas nak laporkan aktiviti kem

:)

Ini bukan fitnah. Bukan cubaan. Bukan dugaan. Ini butul-butul. Ini kenyataan yang diambil terus dari sumbernya. Tak siapa boleh menafikan sanad dan matannya kerana ia terus dari sumber. saya adalah perawi pertama yang terus menulis matan kenyataan itu.

Minggu yang lepas, EMPAT kumpulan masuk dan bermastautin di kem secara berterusan. Begitu banyak cerita-cerita menarik yang wajar diceritakan, diabaikan begitu saja. Ini bukti yang pertama untuk menyokong kata-kata Kak G di atas.

Kumpulan pertama yang masuk adalah PAM MELAKA. Luarbiasa nama PAM melaka ini kerana jika dipanjangkan berbunyi "Perbadanan Air Melaka Melaka". Perkataan Melaka diulang dua kali. Ia mungkin salah orang yang mencipta kependekan tersebut. Mungkin juga kerana pencipta nama tersebut adalah seorang ahli seni sastera yang cuba menggunakan pendekatan 'penegasan kata: Melaka ' di situ. aku tak pasti.

Komen aku ? PAM memang kuat makan. ' Sapan'. Bukan PAM itu sendiri tetapi orang-orang yang bekerja dengan PAM itu. Pekerja PAM adalah dari spesis manusia yang boleh jadi jaguh-jaguh makan. 80 orang yang datang, dietnya menyamai 160 orang. Di kem ada satu tong merah besar yang dah berabuk. Geng dapur tak pernah menggunakannya sehinggalah PAM tiba. Di kem juga, bubur kacang tak pernah habis hinggalah PAM datang. Bak kata Jepun..

" Perut orang PAM macam stokin. Lagi boleh disumbat, boleh disarung, makin banyak yang telus "

Ini bukan kutukan. Cuma satu kenyataan.. :) Sila datang lagi abang-abang dan akak-akak PAM. Kami rindu bubur kami itu habis dimamah orang..


Kumpulan kedua yang tiba adalah STAM. Sekolah Tun Abdul Malek kalau tak silap aku. Seawal sebelum ketibaan mereka, aku dengar khabar yang budak-budak 'terjal' yang nak datang. Mampus aku di'khinzirkan' lagi sekali...

Oh, rupanya itu hanyalah satu spekulasi yang meleset. Yang datang adalah pengawas-pengawas yang hensem-hensem dan jelita-jelita ramainya. Tapi lebih ramai yang jelita dari hensemnya... ai takleh la mengorat :) ( kua kua kua : pueh hati kak g? ) . Kem Kepimpinan oleh fasililator kem Lambaian Danau. Kami, fasi-fasi kem datang dari banyak universiti. Ada UIA, ada MMU, ada KUTKM (aka KUTU****), ada dari UTM, dari Arizona State University.. yang pasti kami semuanya ada sijil dari UPC (uNIVERSITY of PerKampung CHINCHIN).

Budak-budak ini pengawas semuanya. Budak-budak pula tu. Kepimpinan tentu sekali takde la sampai tahap ada masalah birokrasi tulen, atau ada masalah surat layang atau masalah konspirasi tahap tertinggi. Masalah biasa-biasa je. Jahat budak-budak kita panggil 'nakal'. Biasa sahajalah.

Hari Sabtu, kawan-kawan abang Syamsuri datang. Taklah ramai, cuma datang berkeluarga. Aiman, anak abang Syamsuri adalah yang paling rapat dan banyak soal dengan aku. Diajaknya aku main ceper botol. Main gameboy, main pda. Dan bila kawan-kawan dia tiba, aku dah jadi macam baby sitter pula.

"Abang Dino, mari main ceper. Abang Dino, main buai. Abang Dino main kayak. Abang Dino, mari main basikal. " ... penatnya ...............! Berkayak dari pukul 3 sampai 7. Aku rehat solat kejap pukul 5, dan sambung balik berkayak sampai nak maghrib. Kalaulah doktor aku tahu.....................

Budak-budak ni dan family mereka datang nak berbabeque. Tapi budak-budak yang datang semuanya dari peringkat 'kanak-kanak riang'. Dilompatnya ke situ. Diterjalnya ke sini. Habis 'beku' baju aku yang jatuh atas lantai...


Hari Ahad, MMU datang. Datang nak berkayak dan nak beroutdoor. Semua fasi lelaki kecuali aku (tanya kak g alasannya) , sangat riang gumbira kerana yang datang semuanya anak dara. Mereka datang dah agak tengah hari. Tiba, makan pagi dan terus aktiviti. Larian berhalangan 14. Selesai mem'beku'kan baju mereka, tengah-tengah hari buta itu juga, war games diadakan. aku intai celah-celah semak je pasal aku dah suci dari kekotoran waktu itu.

petang, main kayak. Takde apa yang menarik sangat pasal semuanya perempuan. Cuma bestnya aku boleh jumpa E'ha , Zack dan Fathi. Dah lama tak berjumpa korang. Fathi dah masuk sekolah jahit. Boleh la korang tempah pakaian ngan dia (Taylor College). E'ha ... ikan duyung ni memang takleh jumpa air. Mesti berendam sampai dua jam. Zack, alhamdulillah.. dah meningkat tingginya dua inci :)

(mungkin aku dah jadi makin 'nakal' bila jadi fasi kem.. salahkan kak g...)


Empat kumpulan pulang, dan aku pulang juga ke kota lumpur. Bersama seribu pengalaman dan pengetahuan..


p/s: banyak bahasa yang dipakai adalah standard bahasa UPC. sILA rujuk kamus kem untuk mengetahui maksudnya.

.......................................................................................................................

Dino menulis sebagai geng lasak, bukan sebagai ustaz Dino.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...