Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, March 29, 2004

Jom Masak-Masak !

Salah satu hobi saya ialah memasak. Suka masak. Apa saja saya akan cuba. Masa saya berumur 12 tahun ke atas saya telah mula buat kuih Raya untuk dijual. Dari kecil, memang business minded.

Lepas sekolah di Jasin, masuk pula sekolah kat Shah Alam. Mat Jan pun mengaji kat sekolah ni juga. Di Shah Alam, duduk hostel. Breakfast di hostel, hari-hari roti ! Dan ramai yang malas nak bangun pagi pergi sarapan. Akibatnya, roti melambak-melambak terbuang di Dewan Makan. Saya baik dengan Pakcik Dewan Makan. Pakcik bagi saya roti-roti tu sebanyak mana yang saya mahu.

Dapat idea nak business sandwiches. Roti percuma, marjerin pun free gak. Beli sardines, cili hidup dan bawang sahaja. Saya bawa 'sandwich maker' dari rumah. Dan bermulalah perniagaan sandwich saya. Habis kelas, saya make sure sandwich saya siap sebelum pukul 5 petang. Siap buat sandwich, saya pergi menjual. Ketuk dari bilik ke bilik. Tak sampai pun seminggu customer sendiri datang ke bilik saya. Tak perlu berjalan lagi ! Alhamdulillah, dapat juga RM 7-10:00 sehari. Rabu tak dapat meniaga sebab ada Kesatria. Weekend ada hal lain. Nak balik kampung ke, dating dengan boyfren ker atau nak habiskan assignment.

Lama juga berniaga. Lepas tu ada banyak competitors pulak. Biasalah orang Melayu, kan ! Apa orang berniaga, dia pun nak sama. Tapi saya tak kisah sangat sebab by this time saya dah ada business-business lain pulak. Jual t-shirt ! Jual roses ! Kaya bebs, berniaga roses masa Valentine. Beli roses kat Petaling Street. (Masa tu masih 'rabun'. Tak tahu hukum celebrate Valentine) Siap ambil kursus cara-cara wrap bunga dekat Nyonya Florist tu. Dan t-shirt order kat Pertama Complex (ada lagi tak Pertama nih ?) Modalnya dari hasil jualan sandwich-sandwich tadi.

Sebab tu, saya tak kisah dengan kerja berat. Malah enjoy bila bekerja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada orang mintak resepi kek cokelat (betul eja ni, Betty ?). Ini resepinya. Sedap !

ANNIVERSARY CHOCOLATE CAKE
(resepi ni di ajar oleh kawan saya, Mrs. Ng - tokeh Shanghai Laundry. Mak saya suka kek ni. Ni kek jenis yang 'melt in your mouth'. Lembut dan gebu! Tapi tak sedap kalau simpan dalam fridge. Kena habiskan cepat.)

Bahan :
2 cawan gula castor
1 buku butter (cairkan)
1 cawan susu sejat
1 sudu besar cuka makan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
Cara :
1. Sediakan tin pembakar. Alas tin dan sapukan marjerin
2. Masukkan cuka pada susu dan biarkan. (Akan jadi macam yogurt)
3. Ayak tepung, koko dan soda bikarbonat. Masukkan dalam mangkuk besar (mixing bowl).
4. Pukul telur dan gula dan masukkan dalam tepung.
5. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan separuh dari susu masam tadi. Pukul selama lebih kurang 2 minit.
6. Masukkan semua baki susu tadi dan pukul lagi 2 minit.
7. Masukkan adunan dalam tin kek dan bakar.
8. Bila masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar. Sapu kek dengan jam . Kemudian tuangkan krim cokelat atas kek.

Krim Cokelat
1. Masukkan satu bar cooking chocolate dan 1/4 cawan susu segar ke dalam periuk.
2. Masak dengan api kecil.
3. Masukkan 2 sudu besar gula ising dan 1 sudu besar mentega. Kacau sentiasa.
4. Bila sudah pekat dan berkilat, tuang atas kek.
5. Ambil pisau dan ratakan atas dan keliling kek.

Satu lagi resepi

CHOCOLATE CHIPS CAKE
(ni resepi sepupu saya, Dr. Rosaida. Kek ni sesuai untuk pengemar cokelat, sedap ianya 'very rich with chocolate!'. Anak-anak saya paling suka kek ni. Kek rasmi bila Hari Raya. Selalu Mama kena buat pun :) Tak boleh simpan lama. Sebab cepat habis. Sedap sangat !)

Bahan :
200 gm tepung naik sendiri
50 gm koko (pakai Van Houten, Vochelle tak berapa sedap)
250 gm mentega
250 gm gula kastor
4 biji telur
1 1/2 cawan chocolate chips
1 cawan susu sejat
sedikit esen vanilla
Cara:
1. Ayak tepung dan koko 2 kali.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur. Pukul lagi.
3. Masukkan susu.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan koko tadi, esen vanilla
5. Akhir sekali, masukkan chocolate chips tadi
6. Kacau rata dan sedia untuk dibakar.
7. Bakar selama 1 1/2 jam atau hingga masak, suhunya 180 darjah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...