Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, February 29, 2004

Penat! Penat! Penat!

Belum hilang penat melayan PAM yang keluar hari Rabu. Khamis hari mengemas Kem semula untuk menerima kedatangan STHAM, Cheng, Melaka. Jumaat sambung mengemas dan menyediakan persiapan terakhir.

Hari Sabtu ada tetamu - kawan-kawan Fadhli dan Sham dari KL. Ada bbq untuk mereka.

Selain tu tak habis-habis melayan orang datang nak buat booking/tanya pasal Kem. SMJKC Seg Hwa dari Segamat, SMK Seri Bemban dan JIM. Kedua sekolah confirm dah tempahannya. Cuma JIM - ada masaalah haribulan tempahan. Ada dah group (tapi tidak confirm) pada hari yang dikehendaki.

Hari ni pukul 9, group MMU sampai untuk Kem Lasak Sehari - satu bas, perempuan sahaja. Syukurlah sebab abang-abang yang dah kepenatan melayan STHAM tiba-tiba segar dan dengan machonya terjun tasik semula untuk acara-acara lasak: war game, obstacles run, water confidence dan kayak.

Sedang menunggu mereka habis beraktiviti dan lepas tu boleh la pulang ke rumah. Miss my kids. Tak bawa mereka sebab hari Isnin, Hafidz dan Nadzrin ada ujian bulan Februari.

Jurulatih Kanan minggu ni : PakMan dan Jamsari.

GangLasak minggu ini : Lenny, Iha, Cica, Muafa, Madas, Asri, Pakdi, Khalid, Ruddy, Agus, Fathi dan Zack.

GangDapur: Jepun dan Toyak

Imam Satu : Ustaz Zul
Imam Dua : Ustaz Dino

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bidalan / Peribahasa

Bangsa Melayu bangsa yang kaya dengan bahasa indah - bergurindam, berpantun, bersajak dan bersyair. Tetapi ada juga peribahasa dan bidalan yang tidak lagi relevan. Ada juga yang telah diubah dan ditokok tambah. Di Kem, kami tidak ketinggalan juga memandai-mandai, seolah pakar, sesuka hati mencemarkan bahasa ibunda.

Pak Man - 'jadilah seorang tukang kebun'
Maksud Pak Man, seorang tukang kebun yang baik akan dapat membesarkan pokok. Biarlah anak pokok tersebut datang dari nursery yang baik, baka baik, jika tidak dibajai dan disirami ianya tidak akan hidup subur. Sama lah seperti mendidik insan.

Pak Let - Buat baik seikhlas hati, buat jahat jangan sekali. PakLet amat tidak suka jika disebut buat baik berpada-pada. Kalau nak buat baik, buatlah dengan ikhlas. Kenapa nak berpada-pada.

Cica - "Kita puyu, dia kerapu. Manakan bisa berenang dalam kolam yang sama". Ni bila awek kaya/lawa tidak sudi pada abang tak kaya/tak handsome. Mendalam maknanya. Enggang dan pipit masih boleh terbang di langit yang sama. Tapi puyu dan kerapu mustahil dapat bersama.

Ada lagi, tapi lain kali sahaja.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf kepada GengJurnal

Tadi ada enquiry dan mereka telah request date (1 & 2 Mei 2004) yang telah saya berikan kepada TokRimau, spyz dan Wkdin.

Minta Wkdin telefon akak pada hari Selasa untuk kita bincangkan hal ni. Boleh tak Wkdin confirmkan date tu. Akak tahu Wkdin dan kawan-kawan telah banyak bersusah payah untuk projek ni. Kami sedang pujuk kumpulan tu untuk tukar hari. Serba salah akak dibuatnya. Susah juga untuk menolak RM 30K untuk kerja 3 hari !

Kita bincang ye ! Jangan marah akak dulu !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...