Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, February 27, 2004

Nama dan pangkat

Anda panggil diri anda apa ? Kalau orang Utara rasanya (contoh Asri, Pakdi) sebut 'saya', orang Johor sebut 'kite', ore Kelate 'kawe'/'ambo', orang Perak
(macam Wazir) 'teman' dan macam-macam lagi ikut negeri. Ni sebutan dengan kawan-kawan la.

Kalau dengan keluarga mesti ada panggilan istimewa/manja. Saya adik-beradik senang jer - Ogy, Nan dan Ida. Singkatan dari nama dalam surat beranak.

Keluarga Abang ramai, 9 beradik. Beberapa orang ada nama gelaran - Atan, Konde, Ewet dan Let. Let tu suami saya. Masa kecil dia bulat dan keluarga panggil dia 'Lat'. Dia pula tak reti nak sebut dan sebut 'Let'. Jadinya sampai sekarang dia dipanggil 'Let'. Dah tua, dipanggil Pak Let :) Sekarang ni adik beradik Abang ada Dato', ada Datin, ada Prof tapi semua tetap dipanggil dengan nama gelaran oleh orang kampung. Terasa istimewanya. Apapun kita hari ni, kepada sanak-saudara dan orang kampung, kita tetap 'budak kecik' dengan nama gelaran tu. Saya suka dengar Mak Mertua marah-marah si-Let. Bebel-bebel dia suruh pergi masjid bila
balik kampung. Let, Let, Let. Sweet, honey !

Ada orang ikut pangkat - Along, Angah, Uda, Alang, Uteh dan Achik. Macam ni saya suka sebab bila masing-masing dah ada anak-anak boleh panggil Pak Long, Pak Ngah dan sebagainya. Hari ni banyak orang panggil Auntie/Uncle. Saya sendiri dipanggil Auntie Ogy oleh anak-anak sedara sebelah suami. Tak best, kan ?
Sebab orang lain yang tiada pertalian pun dipanggil begitu juga. Jadi kita yang
mak sedara ni seperti sama sahaja dengan kawan-kawan ibu bapa mereka.

Sekarang ni dah tak ramai lagi dah orang-orang yang saya dapat bahasakan diri 'Ogy'. Sebab orang yang tua dari saya, semakin lama semakin ramai yang
pergi. Dengan kawan-kawan saya bahasakan diri 'aku'. Cuma yang rapatlah.
Yang kurang rapat, 'saya'. Dengan yang muda-muda, 'Kak G'. Saya dah dapat juga pangkat 'nenek' tapi cucu saya tu panggil saya 'Nanna'. Amboi, cam orang puteh ! Apa nak buat memang anak mat salleh !

Dan dengan 'TUAN' saya juga saya bahasakan diri saya 'aku'. Sebab saya mahu
rasa rapat denganNya. Saya, hambaNya yang hina. Yang sering meminta-minta !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Happy Exam !
Adik-adik di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan akan menghadapi peperiksaan. Selamat Berjaya : Madas, Fendi, Asri, Pakdi, Erni, Aidil dan Lempeng.
Pointer cun-cun, eh ?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni akan menerima tetamu dari SMK Tun Haji Abdul Malik hingga Ahad.
Ahad juga ada program Lasak Sehari - MMU, Melaka.

Happy weekend !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alhamdulillah ... Haji Ibrahim, chef Kem dah kembali dari Mekah. Minggu depan
dia akan mula bekerja. Boleh lah makcik pencen !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...