Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, February 18, 2004

Makcik Penat

Sangat-sangat penat ! Kurang tidur sejak minggu lepas lagi. Ahad lepas High School keluar. Biasanya hari Isnin kerja setengah hari. Tapi Isnin ni pulak kerja full day. Bersama-sama Abang, Khalid dan Jepun kemas Kem. Buang sampah, menyapu, cuci toilet dan bersiap-siap untuk kumpulan KUTKM. Cica kemas bahagian dalam - vacuum kabin-kabin, cuci surau, cuci dewan makan dan cuci semua linens yg guna utk bilik-bilik tersebut. Hampir Maghrib baru usai semua kerja. Malamnya pergi beli-belah barang-barang makanan utk Kem.

Selasa pagi, seorang diri ke Pasar Borong. Beli dan ambil barang-barang yang sudah diorder semalam. Sampai Kem nasib baik, Jepun dan Sham dah siap semuanya. Dah sedia dah hidangan untuk minum pagi. Kakak Sajen hantar kuih-muih yang diorder.

KUTKM sampai. Dan mulakan program. Hari pertama, mereka sendiri yang handle. Saya kena masak dengan Sham dan Jepun. Haji Ibrahim masih belum balik haji. Toyak tolong GangLasak. Nasib baik tak ramai.

Hari ni pun lepas masak, kami tolong GangLasak. Jaga masa dan jaga check-point untuk acara Trialthlon. Orang dah bekerja tidaklah selasak students. Lembab

Musim angin kuat sekarang. Nak tidur malam boleh dengar angin menderu-deru. Bila angin kuat. Paling takut ialah kebakaran hutan. Tahun lepas, hutan pokok Acasia terbakar. Sebelum tu hutan lalang. Nak menangis tengok tempat-tempat yang kami sayang hangus begitu.

Petang ni ada compass-marching. Route 3 jam sahaja. Jalan senang saje.

Jalan dalam kampung
Santai-santai
Lenggang kangkong


Em, zar dan sal : ini kira haiku tak ? Heheh .. akak tak sempat pun nak tengok laman haiku tu.

***********************************************************************

Tahniah dan Berita Fasilitator Kem

Asri dan Aidil
Tahniah menang tempat kedua 'Drawing Competition'anjuran Society of Manufacturing Engineers, KUTKM. Mereka dapat hadiah printer baru. Reka tempat letak kasut cum tempat duduk. Penat-penat belajar, reka tu jer? Cipta le roket ke, robot yang leh jungle-trekking ke, mesin yang kita boh bahan mentah, tekan resepi, kuar makanan dah siap. Kan ke best ? Akaklah pembeli pertama ! Bese aaa gang, tak kutuk bukan orang melaka, bebs !

Eiha
Tahniah, dah selesai Educare ! Lama sungguh Iha tak datang :) Ada orang rindukan Iha ! Program kayak tu confirm tak ? Cepat confirmkan, kalau tak akak bagi date tu kat orang lain.

Fathi
Ko jumpa akak online jer ke ? Eleh tak de transport .. tak reti naik bas dah ?

Zack
Tuan President Secretariat Rakan Muda MMU. Tahniah Encik ! Carnival Rakan Muda. Dengar citer the programme was a huge success :)

Madas
Tahniah juga sebab berjaya menjayakan Program Kecemerlangan Mahasiswa FKP.

***** dan untuk semua-semualah yang akak sayang ! Ada dah berjaya menyelesaikan masaalah peribadi, ada yang dah jatuh cinta ada yang telah berjaya buat midterm dengan baik dan ada yang dah berjaya panjat satu lagi gunung. Ada yang sedang menjalankan latihan industri. Apa-apalah yang korangs buat. Semoga berjaya.

Tu jer la, nak surf dan cari info pasal Kota Tinggi, Desaru dan Tanjung Balau. Thanks, dear Dona for ur info :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...