Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, February 18, 2004

MARI BELAJAR BAHASA MELAKA

Melaka terdiri dari 3 daerah : Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Orang Melaka daerah Alor Gajah dipengaruhi slang ala Negeri Sembilan. Tengok cara tulis orang Melaka yang berasal dari Alor Gajah, Melaka ni --->amd. Mereka bukan saje bercakap loghat Negeri malah juga ikut adat Perpatih, bersuku-suku dan berkampung-kampung.

Orang Melaka Tengah adalah orang Melaka yang berketurunan campur-campur Baba, Portugis dan Chetti (bukan ceti bagi pinjam duit tu). Mereka ni kalau bercakap, power sungguh. Kat area Alai, Bacang, Ujung Pasir. Kalau anda kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan terperanjat kalau mereka kata, " Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos !" Sabar, tu tanda kemesraan sejati. Mereka juga sebut perkataan ikut ejaan. Misalnya kucing, tak sebut kuceng tapi kucing. Hah, sebut betul-betul - kuciiiinnngggggggg. Pandai pun :)

Saya orang Jasin. Tak tahu lah nak komen orang Melaka daerah Jasin cakap macam mana. Yang penting, kami kasar ! Heheh ! Maybe bebudak kecik geng saya ni boleh kutukkomen cara cakap orang Jasin. -->bamz, Dino dan Lenny. Mereka pun dah dipengaruhi oleh bahasa percakapan orang Jasin.

Kamus Bahasa Jasin dan contoh-contoh ayat.

1. godak - kacau, bancuh. Proses mencampurkan bahan-bahan yang berair seperti air, bancuhan kuih dan dodol.
Contoh ayat
"Jepun, air teh ni kau dah godak ke belum?"


2. kumbah - proses menyemakkan kembali sesuatu yang telah di kemas.
Contoh ayat
Habis khemah-khemah yang telah disusun Cica dikumbah oleh Alex

3. rebas - hujan yang tidak lebat
Contoh ayat
Dah lama tak hujan, rebas-rebas pun tidak.

4. bahai - 'hancurs' (as the meaning ikut bahse rock. tiada perkataan sesuai dalam bahasa Melayu)
Contoh ayat
Budak tu takleh nak buat apa. Perangai bahai. Kita benam dia masuk tasik jer la. Baru kurang degil.

5. dano - terlalu bodoh, dungu
Contoh ayat
Apalah punya dano. Cari tanda arah yang senang pun tak jumpa.

6. membokoh - makan
Contoh ayat
Asyik kerja membokoh jer. Mana ler perut tak naik.

Ada banyak lagi. Lain kali saya akan sebut lagi. Banyak-banyak karang lupa pulak. Slow-slow kita belajar, okay

Tapikan, tak semua orang Melaka kasar. Ada seorang ni, berbudi bahasa dan sopan. Pergilah baca blog dia

See, salahkan kalau kata orang Melaka kasar ?

2 comments:

sha said...

Ha..hah.. Saya oghang Muo. Mak selalu gak sebut perkataan membokoh. Atuk dan nenek saya pun oghang Muo. Mgkn dlm kluarga dia oghang dulu ada yg asal dari Melaka. Tak pun terpegaruh dgn cakap oghang Melaka sbb jaraknya tak jauh.

Tol tu. Oghang Melaka kalo da lama x jumpa kawan siap maki hamun "Celaka, sial ko" tp bukan bermaksud kasar, itu tanda mesra tp digunakan untuk kawan-kawan baik aje kan.

Syab9 said...

aku org selangor..tp atok dgn nenek aku org umbai piau...
mcm2 ayat diorg aku dgr...

sampau
hawau
membeseh
mencege
bukan tak ye
hati kaudu
andau
dakau
kahau


byk lg sbnrnya..yg pntg aku suke n senang dgn bahasa melaka yg unik nie..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...