Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, February 03, 2004

Menyambut Hari Raya di KEM LAMBAIAN DANAU

Jumaat
Pergi pasar Tangkak untuk beli-belah ikan, daging dan sayur-sayuran. Sebelum tu, singgah di Kedai Ayam Zali, order ayam untuk Raya dan juga simpanan lauk minggu depan. Di pasar Tangkak, beli di pasar borong tempat biasa kami beli barang-barang untuk keperluan Kem. Dah biasa dapatlah murah, harga borong. Beli ikan tenggiri (RM 10.00 sekilo x 3.6 kg), ikan bawal (RM 10.00 x 2.7 kg), sotong (RM 7.00 per kg) dan ikan sembilang laut (RM 9.00/kg). Beli juga sayur-sayur. Dapat limau free (lagi). Hari tu masa raya Cina, dia dah bagi. Ni bagi lagi. Beli juga daging dan tulang.

Darling saya balik dari asrama. Keletihan. Hari sebelumnya cross-country dan entah apa-apa lagi sukan/aktiviti yang dibuatnya. Risau sungguh dengan Mamat seorang ni. Tahun ni akan PMR. Kalau dah letih dengan bersukan dan beraktiviti, entah bila nak belajar. WARNING : keputusan ujian bulan ni tak elok, semua aktiviti luar kena STOP. Lepas exam baru boleh beraktiviti semula dengan syarat result baik (baca:straight As).

Sabtu
Len sampai. Saya beli-belah lagi untuk persediaan makan-makan Hari Raya. Rancangan Hari Raya tahun ni, Ida yang cadangkan. Buat nasi lemak, sambal ikan bilis, bbq ayam, udang, ikan, otak-otak dan sausages. Udang dan ikan, Fadhli beli dan bawa balik dari KK. Kononnya nak masak sama-sama.

Dan adik saya ni memang lah sangat-sangat tidak suka ke dapur. Kalau pergi rumah dia, jangan haraplah dapat makan. Dia akan bawak kita keluar makan. Gula pasir dan susu pekat untuk buat air pun tak ada !

Saya tidak tunggu dia balik untuk tolong masak. Sebab tahu, kalau menunggu pun saya jugalah yang akan masak akhirnya. Dak-tembams datang rumah. Sampai jer tengah lapar, belum makan lagi. Suruh dia makan dan lepas tu kami semua ke Kem kecuali Mak. Kami semua tidur di Kem malam ni. Sampai Kem saya kupas bawang ditolong oleh dak-tembams dan Lenny. Siap semua saya basuh ayam, rebus cili kering, rendam beras dan siapakan bahan-bahan untuk marinate ayam. Abang tolong saya.

Memang tak harap pun perempuan-perempuan lain tu menolong saya. Perempuan zaman sekarang memang lain benar. Kalau saya dulu, ada orang masak. Saya akan menyibuk sama. Dapat belajar apa yang orang masak. Lama-lama akan tahu cara masak walaupun tidak pandai. Yang penting tahu. Harap-harap saya dapat mendidik anak perempuan saya supaya rajin dan mahu ke dapur. Setakat ni anak-anak lelaki saya Amir dan Hafidz boleh masak yang mudah-mudah. Boleh siapkan sarapan untuk adik-adik, boleh goreng nasi, mee atau meehoon. Masakan telur yang mudah-mudah juga boleh buat. Bagi saya ni semua rajin atau malas. Nak buat atau tidak mahu.

Ahad
Bangun awal pagi dan mula memasak. Masak sambal ikan bilis dan nasi lemak saje. Rebus telur. Lenny dan dak-tembams bangun dan tolong siapkan tempat makan. Len kupas timun. Kemudian kami berdua nyalakan api di tempat BBQ. Sambil tu sambil layan perasaan. Dari masjid Chinchin dan Surau Jalan Loji Air terdengar kesyahduan takbir Raya. Adui, tak berani nak pandang Len. Kesian dia. Tabahnya dia. Dan 2 kali dia beraya dengan kami. Sambil dia menyusun arang-arang atas api, sambil bertakbir sama. -Selamat Hari Raya, Len-

Arang dah jadi bara. Kami bakar ayam, otak-otak dan sausage. Menunggu kepulangan Abang dan anak-anak lelaki saya - Amir, Hafidz dan Nadzrin dari masjid. Elok-elok siap semua, mereka pun balik dan kami makan beramai-ramai. Amir bawa balik mauri-pan dan tepung. Minta saya adunkan doh untuk buat 'roti pintal' Kat sini, kalau buat BBQ, kami buat roti pintal. Saya pun mencampurkan mauri-pan, susu tepung, marjerin, garam, gula dan tepung gandum. Uli dan biarkan ianya mengembang. Bila doh dah naik, boleh bakar. Caranya dengan memintal doh tersebut pada buluh. (basuh bersih buluh tu dulu). Panggang atas bara. Bila dah masak, sapukan marjerin dan tabur gula. Siap untuk dimakan.

Tak best sungguh idea beraya di Kem ni. Nak beraya, kena beraya di rumah juga. Mak, Ida dan Fadhli sampai pulak. Abang pergi melawat orang meninggal - Ngah Aim yang rumahnya sebelah SK Chinchin. Keluarga Fadhli nak datang ke Kem. Lambat sangat sampai, Fadhli pergi ambil.

Saya tidur. Best sungguh tidur di Rimbun. Sejuk dan sunyi. Patutlah budak-budak ni kena dikejutkan bila tidur di Rimbun. Dengan angin tasik, bayu hutan belakang Rimbun tu, tak sedar tetamu dah sampai. Dah makan pun :)

Lepas makan, aktiviti berenang-renang dan berkayak-kayak pulak. Saya melayan Pakcik, bapa mertua Ida. Best gak sembang-sembang dengan dia. Saya baru tahu, pokok berbunga putih kat belakang opis saya tu, rupanya buah nenasi. Yang putih tu buah, bukan bunga. Rasa buah nenasi ni macam jambu dan ada biji kecil ditengahnya. Lain kali kalau Dr. Botani tu datang bolehlah berlagak skets. Sebab dia tak ajar pun saya pasal nenasi ! Adik-beradik Fadhli juga pungut sayur cemperai yang banyak dalam hutan sebelah tapak 'survivor'

Malam baru mereka balik. Kami tidur di Kem lagi :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...