Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, February 23, 2004

Johor! Johor! Johor!


Salam Maal Hijrah untuk semua

++++++++++++++++++++++++++++++

Suami saya nak anak-anak kenal negeri 'mereka'. Plan trip jalan-jalan ke Johor. Tak plan sangat pun, sebenarnya. Tanya sana-sini. Surf pun, info lama. Dah tak relevan lagi. Kami main redah jer !

Hari Jumaat lepas solat, kami semua bertolak ke selatan. Pergi dengan 2 kereta. Kami, anak-anak, Mak dan adik saya, Ida. Dari Tangkak terus ke Plaza Tol Kulai. Awal juga sampai - 4.20 petang. Ke Kota TInggi. Unsure dengan jalan, sekejap-sekejap kami telefon Agus, fasi Kem - orang Kota Tinggi. Drive thru Felda Air Tawar menuju ke Tanjung Balau. Mencari Tanjung Balau Resort. Baca percutian Dona di situ, macam seronok. Kami pun nak cuba.

Tanjung Balau Resort memang best. Swimming pool dia dengan splash dan slides. The two nets (Nadzrin and Nana) dah suka. Tapi abang-abang (Amir & Hafidz) tak suka. beach dia berbatu-batu. Pujuk kami, nak ke Desaru. Kami pun terus ke Desaru.

Apa dah jadi dengan Desaru ? Macam ghost town. Banyak hotels dan condos yang macam kena tinggal/dah close down. We tried Desaru Chalet. Sebab pernah duduk situ dulu. Alahai, dah tak terurus. Abang-abang nak juga stay situ. Sebab beach best, ada pokok untuk gantung hammock dan boleh pasang tent depan chalet. "Adventure, Ma !" Iyelah, dengan kita jer the only guest. Beradventure dengan hantu adalah. Takmo.

Kami pening. Hari dah petang. Saya ajak Abang kembali ke Tanjung Balau. On the way to Tanjung Balau, kami nampak satu signboard. Le Cemara Flight School. Sekolah untuk pilot ker ? Kami belok dan ke Le Cemara. Tanya-tanya. Ada flight park, hoseback riding, bicycle for rental, lounge dll. Ada banyak jenis apartment - family studio, deluxe studio, junior penthouse dan deluxe penthouse. Harga dari RM 280 hingga RM 560 per nite. With breakfast. Dah nak Maghrib, ok jer la.

Malam nya we had nite swim. Rasa cam nite swim kat Kem lak ! Front Office staff carik kami. Beritahu esok tak de breakfast sebab kitchen staffs kena bersiap untuk 2 group besar yg akan check-in esok. Malamnya dinner pun hanya ada nasi goreng dan mee goreng sajer. Alahai, kami nak seafood.

Ke bandar Penawar. Amir dah pernah pergi ke Bandar Penawar lawan hoki dengan Sekolah Sukan Bandar Penawar, dia tahu jalan. Pusing-pusing cari restoran. Tak jumpa-jumpa. Akhir sekali jumpa Medan Selera. Makanan paling tak sedap pernah dirasa ! Serius. Saya orang kampung, tak reti sangat makan benda-benda mahal ni. Biasa dengan lauk kampung saje. Tapi memang tak sedap. Tak tentu arah nak betulkan rasa. Bayangkan kalau nasi goreng, perah limau nak bagi rasa ! Dah rezki kami macam tu.

Baik saje ke Le Cemara. Tidur. Konon ada in-house movies dan satelite tv programmes. Suria Singapore dapatlah. Lain-lain tak de. Layan bantal jer.

Esoknya sarapan, kami makan saje roti dan pastri yang bawak dari Melaka. Minum OJ. Anak-anak nak pergi horse riding. Ada 3 ekor kuda yang kesian kami tengok. Tak jadi lagipun staff jaga kuda belum datang. Kami mandi laut. Tak de orang lain, kami anak-beranak saje. (Memang resort macam kosong jer pun). Puas mandi. Tapi beach dia kurang bersih. Ombak best, tinggi menggunung. Suka hati abang-abang berdua. Kami bawa BA, boleh la berenang jauh sikit.

Lapar. Checkout awal. Cari kedai/warung jual masakan kampung. Nak makan ikan fresh dari laut. Jumpa sebuah kedai ni, jual lauk-lauk. Sedap sungguh sambal kupang dan ikan sembilang asam pedas. Masa cuti-cuti ni, yours truly cuti pantang makan jugak. Siap pi mintak doc ubat. "Sikit-sikit minyak jer boleh, Puan". Saya belasah jer. Nasib tak apa-apa.

Dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi semula. Singgah di Felda Air Tawar 3. Kami nampak orang jual kasut bundle. Banyak hiking boots. Abang beli lima pasang - RM 50.00. Untuk kegunaan di Kem.

Dari Kota Tinggi terus ke JB. Di JB kami stay di Tropical Inn. Tak kisah la betapa banyak dan barunya hotel-hotel lain. Abang tetap nak stay di Tropical Inn. Sentimantal reason. Tak, tak, kami tak honeymoon kat sini - kami honeymoon nun jauh kat tempat sejuk gitu. Saya pun tak tahu reasonnya tapi dia memang so attached to this hotel. Rates kat Inn ni murah. RM 168 ++ untuk sebuah family room. Kami ramai, jadi kena ambil 2 bilik macam di Le Cemara jugak. Sebuah family room ada 2 queen size bed dan sebuah living hall. Inclusive of breakfast.

Lepas check-in sedang lapar semuanya. Mereka ada high tea - RM 12.00 per pax. Makan dulu. Lepas tu baru ke bilik. Relax-relax kejap lepas tu keluar lagi jalan-jalan. Pergi Hutan Bandar. Tengok okid dan main a few games. Penat berjalan saje, orkidnya taklah sebanyak mana.

Balik, kami singgal di City Square. Cari innerwear. Tak cukup bekalan yang dibawa. Terpaksa beli :)) Beli juga chocolate kat chocolate kiosk. Pastu gi Komtar. Beli buku-buku. Amir dan Hafidz beli buku rujukan dan latihan PMR. Nan beli coloring books. Nadzrin mencukupkan koleksi buku-buku Nabinya. Saya cari buku Kuala Lumpur Di Mana Suamiku. Jumpa dan beli. Beli juga buku Norhayati Berahim, Hati Seorang Wanita.

Balik ke hotel, Maghrib dan kemudian relax-relax lagi. Memang tak de ape nak buat pun. Turun bawah dan pergi dinner. Kami makan western food. Dah biasa bekerja di hotel, dapat membezakan rasa makanan. Western food dia memang ok. Lamb chop sedap, sizzling steak pun sedap. Fish and chips masak style lama-lama. Pakai bread crumbs betul, bukan dari kotak. Dan mereka serve makanan dalam 'brown liner'! Ancient sungguh ! Heheh ! Restaurat lama-lama jer pakai crockeries camni - brown liner, green liner or gold liner. Rupanya cam pinggan biasa la, heheh. Tapi bewarna putih dan ada line ikut nama nya. Glasses pun pakai goblet dan high balls. Dan serve soup dalam consome bowls. Sekarang banyak hotel serve dalam chinese bowl rice saje.

Naik atas dan main ginrummy ramai-ramai. 'Belajar Matematik'. Letih, tidur lagi !

Breakfast. Buffet. Makan-makan. Checkout.

Telefon Tuan ni, tuan punyaWeblog Biasa. Di Jasin, berangan nak pergi rumah dia. Tapi tak sempatlah. Ok jugak sebab rasanya dia tengah tidur. Suara blur saje. Tapi dia kata dia dah bangun. Entah apa lah yang dia tengah buat.

Kami buat lawatan sambil belajar ke UTM. Tunjuk anak-anak universiti cantik tu. Mereka selalu pergi KUTKM yang sekolahnya di rumah kedai dan MMU, yang bangunannya tak berapa ramai tu. Heheh ! Best kutuk ! UTM besar. Motivate dia orang sikits. Beritahu betapa seronoknya sekolah di universiti.

Dari UTM ke Tanjung Piai. The most southern tip of mainland Asia. Naik tram dan jalan-jalan. Tak de ape nak tengok dari atas tram. Sedara mara Alex jer ramai. Stop di Tanjung Piai Resort. Jumpa budak-budak SMK *** Masjid Tanah. Ada orang panggil Abang saya, PakLet. Peserta yang pernah datang Kem dulu ! Masa tu jugak PakLet nya terus behave ! heheh ...

Kami beli certificate menyatakan pernah sampai tempat paling ujung di tanah benua Asia. Satu certificate RM 5.00. Beliseorang satu, Saje nak menghabiskan duit. Bukan apa pun. Tapi nampaklah Singapore (link kedua) dan Indonesia (Pulau Karimon). Abang jer merayau ke camping site. Tanah paya macam tanah yang Cliff offer kami di Sepang dan tanah Sham di Sungai Petani.

Dari Tanjung Piai ke Pontian Kecil. Singgah pasar, beli ikan fresh. Lepas tu singgah luch di kedai Kak Yah. Femes kedai dia ni. Ikan-ikan fresh semua. Kami makan kepala ikan sembilang, sambal sotong, sambal kupang, sayur jantung pisang, sambal belacan dan ulam-ulam. Anak-anak tak makan pedas, makan nasi ayam.

Dari Pontian Kecil ikut jalan Air Baloi ke highway. Jalan teruk. Kiri kanan banyak kebun nenas. Macam sawah padi. Terus masuk ke Highway. Singgah di R&R Machap untuk ke tandas dan solat. Lepas tu terus lagi dan keluar di Air Hitam. Shopping kerepek-kerepek dan pisang segala macam jenis.

Drive terus ke Jasin.

Penat, tapi seronok. Walaupun tempat yang kami pergi tu tak berapa okay. 3 hari bersama-sama dengan orang yang saya sayang - suami, anak-anak, Mak dan adik. Seronok sebab cuti pantang makan ! I had lamb chop, asam pedas, tomyam, nasi lemak dan macam-macam (Dr. Chua - my gastro specilaist tak baca blog .. ) Dapat tengok bandaraya ! (asik le tengok hutan !) dan sempat juga tengok recreation camp kat Desaru. This will be our last weekend utk bercuti kots. Sebab Kem dah fully booked sampai May. Dapat jugaklah berpoya-poya sedikit. Letih drive tapi seronok !

Dah sampai kat Kem. esok ada group Perbadanan Air Melaka. Program Team Building. Mereka keluar hari Rabu. Khamis rehat sehari. Jumaat ada kem Kepimpinan, SMKTHAM, Melaka.

Masa untuk bekerja. Masa untuk cari duit semula !

p.s. Jurnal Ini Aku Punya punya tuan ada di Kem. Dia sihat, dia okay dan dia seperti remaja lain juga seusia dia. Saya sangat tidak suka bila ada yang melayan dia seolah dia sakit teruk. Tolonglah, he's okay. Dan dia akan bersama kita selama yang Allah Ta'ala izinkan. Dia boleh makan, boleh jadi imam dan juga boleh pergi jungle-trekking. Dia juga berkayak di sini.

Dan saya, juga semua di Kem tidak melayan dia macam dia sakit. Dia okay, okay ! He walks around. he plays around just like us. So please, jgn la memberikan simpati yang berlebih-lebih. Lebih baik kita bersama dia berfikiran positif. Harapan saya, doa saya dia akan sembuh. Selama ini pun kata-kata dan ramalan doctor tidak betul. Saya sangat sayangkan dia InsyaAllah dia akan sembuh dan segala cita-citanya akan tercapai. You know how much we all love you, dun u Din ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...