Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, April 05, 2004

Jom Berkayak !

KEM LAMBAIAN DANAU dikelilingi oleh tasik air tawar seluas 54 ekar. Banyak aktiviti di sini terlibat dengan air. Paling disukai peserta ialah berakit dan berkayak.

Hari ni nak tulis pasal berkayak.

Apa itu kayak ? Apa itu canoe ? Cakap orang putih canoe, cakap melayu kayak. Salah tu, encik !

Canoe (sebut kenu) asalnya dari Kepulauan Caribbean. Orang asli Caribbean yang mencipta canoe. Mereka memotong pokok besar. Kemudian mereka mengorek keluar isi pokok dan tinggallah seperti perahu kecil. Ini mereka panggil canoe.

Kayak pula ciptaan orang Eskimo. Tulang ikan paus atau batang-batang pokok yang kukuh dibentuk macam perahu. Kemudian mereka salut dengan kulit binatang yang kalis air. Cuma disana sejuk, jadi mereka tutup keseluruhan 'perahu' mereka tadi. Cuma ada lubang untuk pendayung masuk sahaja.

Hari ni ada macam-macam jenis kayak. Dibuat dari kayu, plastic, fiber dan juga kulit binatang. Harganya ada yang semahal sebuah kereta import ! Kegunaannya juga pelbagai. Dari untuk tujuan bersukan, beriadhah juga ada yang masih menggunakannya sebagai alat pengangkutan.

Ada kayak slalom, kayak untuk white water, kayak rodeo, kayak sprint, kayak marathon, sea kayak, kayak polo dan kayak tongkang.

Di Kem terdapat kayak tongkang (training kayak), kayak slalom dan canoe sahaja. Kayak tongkang terdapat single seater dan double seater. Kayak double ni juga dipanggil 'touring kayak'.

Paddle. Dayung dalam bahasa kita. Untuk kayak, dayungnya ialah dua daun. Maknanya ada daun di kiri dan kanan batang dayung tersebut. Paddle untuk canoe cuma sebelah sahaja daunnya. Paddle tidak ringan. Tidaklah terlalu berat tapi bagi yang tidak biasa, lenguh juga nak memegangnya.

Untuk yang mengambil pakej 'Basic Kayak,' ada training sepenuhnya. Cara capsize, cara naik semula ke kayak, cara buang air dari dalam kayak dan banyak lagi yang perlu diketahui oleh seorang canoeist. (Juga cara buang air (melepas!) ketika berkayak. Ini kepakaran Fathi!)

Sebelum Masuk Air

Kenalah buat 'water confidence' dulu. Agar anda tidak panik jika kayak terbalik. Heheh ! Boleh terbalik, kawan. Tapi, kayak Kem adalah training kayak, jadi agak susah juga nak terbalik. Kecuali partner tak sama size (seorang berat dan seorang ringan) atau tak reti duduk diam, memang senang juga nak terbalik.

Water confidence amat penting sebelum aktiviti di air. Bila anda telah boleh mengapungkan diri dan tidak panik lagi berada di dalam air, bolehlah berkayak.

Pakaian. Jika boleh pakai pakaian yang tidak memberatkan anda bila terkena air. Spandex ker. Pakai tights pun okay juga. Jangan pakai kasut sukan. Berat, bebs. Ada kasut yang khas untuk kegunaan aktiviti sukan air. Kalau ada duit, boleh beli. Jika tiada, sports sandal pun okay. Kalau tak ada juga, pakai kaki ayam sahajalah.

Anda akan diajar mendayung didarat dulu. Selalunya PakLet mesti cakap, pegang kedepan, jangan pegang macam MasIdayu.. Tak tahu macam mana minah ni pegang benda? Takpe, nanti kami ajarkan.

Kalau pegang dayung terbalik, memang susah nak berdayung nanti. Belajar juga, mana kanan, mana kiri. Entah kenapa, bila masuk air ramai orang boleh lupa mana kiri dan kanan. Jangan susah, kami ajar dari basic. Tangan kanan, tangan pakai makan nasi tu. Yang kiri, yang korang buat benda-benda lain tu la.

Anda akan belajar cara mendayung ke depan, cara nak reverse dan juga cara nak brake. Macam drive kereta juga :)

Dah pandai dari segi teori, jom masuk air ! Kayak akan diturunkan ke'dock'. Naik hati-hati. Orang duduk belakang dulu naik dan kawan pegangkan kayak. Lepas tu orang depan pula. Reverse dulu dan mula berdayung. Dah pandai, seronok. Boleh berkayuh keseluruh tasik.

Bila sudah sangat-sangat pandai, anda boleh berekspedisi di safari 1-7. Safari 1 mudah hinggalah paling susah Safari 7. Ada route yang anda perlu terjun dari kayak, angkat kayak dan kena masuk keluar kayak banyak kali. Setakat ini route tu cuma untuk fasi training. Belum ada lagi peserta yang larat nak buat safari 5-7.

Jangan pula takut nak berkayak. Kami ada ramai Jurulatih Kanan di Kem. Chiefnya tentulah Encik Badrul Idris. Pakar kayak kami. Dia telah ke banyak tempat hanya untuk berkayak. Pernah menyertai 'wildwater kayaking' di US, berkayak di Canada dan lain-lain tempat. Di Malaysia, memang dah pergi banyak tempat. Ada Zul dan Jamsari juga. Mereka juga telah berkayak di banyak tempat. Sungai Nenggiri, Kuala Selangor, Sungai Rejang, Tasik Banding, Tasik Kenyir hinggalah ke Selat Teberau. Jam dan Zul pernah diiringi oleh Marin Singapura kerana berkayak sampai termasuk ke republik tu.

Pembantu-pembantu aktiviti yang ada bintang kayak (ni macam lesen kayaklah ni - bintang satu, dua dan tiga) - Zack, Lenny, Iha, Fathi, Kucai, Madas, Pakdi, Fendi, PakMan dan Pacat. Manakala canoeist kami (wakil negara) ialah Asri. Selain dari jurulatih kanan hanya mamat ni yang boleh handle kayak slalom tu.

Canoe pulak. Kami ada sebuah canoe. Beratnya cuma 6 kg. Ringan. Di Malaysia cuma ada 3 buah canoe seperti ini. Susah juga nak dayung. Paddlenya dari kayu. Pun sangat ringan. Saya tak pernah cuba. Tetapi selalu tengok canoe terbalik dan pendayung tercampak masuk air. Pemandangan yang hebat.

Jom datang Kem, kita kayak. Jom ?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ni Untuk Fasi Kem

Hujung minggu ni ada 2 group. Bukan High School sebab mereka tukar tarikh ke 23-25 Apr. Minggu ni group SMK Agama (bukan sekolah kaki pukul tu) dan SK Paya Rumput.

Yeah, the second group tu, budak kecik ! Tahun 3 hingga tahun 6. Korang datanglah ye gang MMU yang nak lepas tension. Zack kena datang ni. See u guys at the camp !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...