Kami cuba pulak cari partner. Ramai nak JV tapi nak guna tanah kami sebagai cagaran bank. Kami beritahu, kami dah cuba buat tapi bank tak nak approve. Kami ada kabel, future partners beritahu. Mana boleh nak bagi-bagi je. Kami nak pinjam dulu cuma 1.5m takleh approve ni u boleh pinjam 5m boleh pulak ? Kami miskin tapi kami tak bodoh. Lupakan semua Joint Ventures, esok tanah tergadai dan kami pulak kena bayar hutang bank.
Lahirnya KEM LAMBAIAN DANAU
Man ajak kami pergi tengok dia camping di Kem Puan Tan Chay Yan. Ni camping site utk pengakap. Masa tu Kem tu baru buat, pokok-pokok kecik lagi. Ditengah-tengah kebun getah pulak tu, punyalah banyak nyamuk. Kat sinilah idea utk bukak kem bermula. Kami fikir, kami ada tempat yang lagi baik, tak de nyamuk (memang sini tak de nyamuk!), banyak pokok besar dan tidak panas. Angin tasik pun best je. Tahun 1999 kami mula bersihkan Kem. Mula-mula JCB tolak batu-batu besar tepi tasik. Sekarang batu tu masih ada, jadik landscape sebelah Dataran Gemilang. Tolak semak-semak tu. Nak buat banyak benda tapi kami tak de duit. Begging from everyone. Mak Long bagi duit utk buat surau. Long Zul (abg ipar saya) bagi duit utk buat tandas yg 5 buah tu. Mak jangan cakaplah, banyak duit dia habis bagi kat kami.
Group pertama masuk dari sekolah Dol Said, Cikgu Zaidi bawak (thanks so much Cikgu!). Masa tu ada kemudahan air paip je, letrik tak de. Kami pakai lampu pelita likur dan lampu gasoline. Bila angin tiup dan hujan, bergelap. Lampu gasoline lak kejap-kejap meletup, padam. Man dan Wazer la tukang pam. Pastu bila makan heran pasal nasi bau minyak tanah. Heheh. I can still remember your face, Man. Kiut je berceloreng hitam ! Nak buat bangunan pulak tak de duit banyak. So beli benda yang kena beli je seperti zink. Tiang bangunan ambik kayu gelam dari Hutan Gelam dekat Kem. Punyalah berat. Saya ingat lagi masa saya dan Abang dirikan batang gelam tu, peluh keluar dari kelopak mata. Tak boleh cerita betapa teruknya masa tu. Peluh dan air mata keluar sama banyak ! Tapi saya buat ni semua dengan orang yang saya sayang, tak pe la sebab saya bahagia. Hari-hari dia minta maaf dekat saya tak dapat bagi saya kehidupan yang senang lenang. Saya redha' Abang. Kalau Abang senang saya kongsi senang Abang takkan bila Abang susah saya tak nak kongsi susah Abang. Lagi la masa tu kami berdua dah berhenti kerja. Kami hidup menyusahkan orang je ketika tu!
Tapi kawan-kawan banyak menolong. Tak lupa budi Samah (buatkan kami bangunan free je, tak ambil upah), Man (menguatkan semangat kami !), Kucai dan Bob yang tersayang (jadik fasi dari mula lagi), Wazer dan sedara-mara semua.
Anjung
Anjung kesayangan kami. Anjung yang dibuat dari kayu gelam tu. Walaupun binaan nya ringkas, di situ kami telah 'melahirkan' ramai insan. Anak-anak bermasaalah yang dihantar oleh pihak sekolah yang separuh darinya berjaya ke universiti. Di bawah bumbung ni juga telah ramai professor, bijak-bijak pandai malahan pak menteri juga dah makan, dengar ceramah dan tidur.
Masa cuma ada satu 'Anjung' ni dulu, sedih sungguh bila hujan. Peserta semua duduk tengah-tengah, kami dan fasi-fasi semua di tepi dalam hujan. We still miss our dear Anjung. Teringat rak tempat Lenny menyorok makan nasi pukul 3 pagi dengan Ruddy. Sekarang Anjung ni dah jadi bangunan baru. Dah ada kedai dan bilik fasi perempuan belakangnya. Saya scan gambar Anjung lama ni dan saya tampal di Notice Board dalam opis ni. Supaya jangan lupa masa lalu.
Saya sayang Kem ni. Saya belajar banyak di sini. Walaupun sekarang dah develop (luas tanah ni 10 ekar, kami dah develop 4 ekar) masih ada hutan-hutan lagi. Tapi taklah sesemak dulu. Dulu pernah ada ular besar tumpang tidur bawah motor Kucai. Nak tunggu ular tu pergi, Kucai pun tertidur sama. Sekarang ada juga anak-anak ular, lipan dan kala jengking. Tapi kami angkat dan pindahkan ke dalam hutan. Ni tempat mereka. Em, kenapa ni ? Air mata saya keluar pulak !
No comments:
Post a Comment