Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, September 28, 2003

Jalan-jalan

Sabtu pagi Abang pi Kem seorang. Saya tak pergi. Tak de group weekend ni. Group 'guru-guru agama' Negeri Johor cancel, last minute. Upsere Nebete dia je :) Tapi ok la, dapat la jugak relax skets. Kesian anak-anak, lama tak dapat berjalan-jalan. Lepas Zohor kami ke hostel Amir. Hari ni dia boleh outing, tapi kena balik sebelum pukul 6.00 petang. Dari sekolah Amir ke Mahkota Parade, stop kejap nak beli donuts utk buat bekal. Er, lupa .. kami sebenarnya nak ke Melaka Tropical Farm di Sungai Udang, Masjid Tanah. Tapau donuts dan air yang dibeli dari Dunkin's. Dari Mahkota Parade ke Sungai Udang ikut jalan tepi laut. Lalu pulak Tengkera ke Klebang. Pantai Klebang sibuk hujung minggu macam ni. Nampak ada 'pony ride'. Ada expo jugak di Pantai Klebang. Teruskan perjalanan. Lepas Riveria Resort, masuk simpang ikut jalan melalui Pantai Puteri. Cantik pantai di sini. Pokok-pokok Rhu dah besar dah. Bila lalu sini teringat kezaliman TS Rahi* TambyC***. Dulu penduduk T** M*** diambil (rampas?) tanah mereka tanpa pampasan yang sepatutnya. Paling sedih peristiwa mereka nak menunaikan solat Jumaat. Bekalan air dan letrik dipotong. Orang semua dah di masjid masa tu. Nak berwudhu' tak de air. Suka hati je tindas rakyat atas nama pembangunan.

Kami terus je ke Sungai Udang. Rupanya tak sampai pun Masjid Tanah. Lepas sikit je dari Kem Terendak. Farm ni di'operate' oleh Risda, JPS, Jabatan Haiwan, Jabatan Hutan dan agensi kerajaan yang lain. Kami minta brochure tapi tak de. Pergi ke tempat tiket. Tapi kata pegawai tu, masuk percuma. Belum ada tiket. Bagus juga :) . Boleh bawa kete masuk. Kami pun berkereta sekitar kawasan. Tengok tempat ternakan haiwan. Ada pelanduk, ayam kampung, selembu ( 2 ekor je, kat Kem lagi banyak !), kambing, itik, angsa dan lembu. Ke kebun buah-buahan, tak de buah yang masak. Ada pokok durian, rambutan, belimbing buluh warna kuning, dokong dan macam-macam lagi. Kami pusing-pusing juga kat taman herba dan tengok pokok turi, pandan, kunyit dan macam-macam herba lagi. Tak sure keluasan Farm ni. Tapi luas jugaklah. Ada chalet-chalet dan tapak perkhemahan. Ni yang kami nak tengok sangat. Camping site nya atas padang je. Tapi banyak akitiviti boleh buat.

Sebelum balik singgah di nursery nak tengok pokok. Abang nak beli anak pokok 'dragon fruit'. Tapi tak de. Singgah di tempat jual sayur dan buah-buahan. Buah-buah dah layu. Tolong la buang ! Malu kalau orang datang dan tengok belimbing busuk dan papaya busuk dalam plastik gitu. Tempat sayur dia best. Banyak sayur. Semuanya RM 1.00. Saya beli sayur turi, sayur kacang buncis, cili merah, cili padi, kacang botol dan rebung. Beli juga kerepek pisang biasa dan sira, rempeyek, kerepek ubi, belacan dan air soya bean. Tempat sayur bersih dan kemas. Sayur-sayur pun fresh. Geram tengok. Dah nak balik baru teringat sayur turi kalau masak lemak letak keledek kan sedap. Abang stop kejap dan turun beli keledek. 3 ketul harganya 50 sen. Jadi orang Melaka dan pelancung yang nak ke Melaka ... pergilah Melaka Tropical Farm di Sungai Udang.

Dari Sungai Udang terus hantar balik Amir ke sekolah. Pesan-pesan pasal exam 2 minggu lagi, bagi duit dan sayang-sayang anak dulu :)

Terus ke Sukan Antarabangsa, nak cari bola petanque. Tak de jual. Singgah pulak Jusco, Abang nak beli cargo pants. Saya dan anak-anak pergi beli makanan favourite dia orang - pizza. Janji jumpa kat Times. Layan anak-anak beli buku. Nana macam biasa beli buku mewarna. Hafidz beli buku-buku 'Charmed'. Nadzrin tengah mengumpul siri Lat. Dulu kat rumah memang complete siri Lat saya. Lepas kawin, pindah pulak duduk rumah sendiri, lepas tu pindah pula duduk dengan Mak lepas Ayah meninggal. Entah mana la perginya buku-buku tu. Hilang masa berpindah-pindah tu agaknya. Tak kisah la asalkan Nadzrin rajin membaca. Kami nak dia membaca dalam Bahasa Inggeris. Biar balance pengetahuan dalam dua-dua bahasa. Tak beli banyak buku pun sebab buku di Times mahal walaupun saya ada member card dan diberi diskaun 10%. Buku Enid Blyton yg saya selalu beli RM 7.90 di Popular Book, harganya RM 12.90 di Times. Novel-novel Inggeris seperti tulisan John Grisham, Sidney Sheldon, Mary Higgins Clarks dijual dengan harga RM 33.90. Baik saya beli di kedai buku second hand favourite saya tu :) Bukan tak nak yang baru tapi tak mampu. Anak je la beli buku baru, Mama dan Abah baca buku 'second hand'.

Keluar dari Times kami pergi ke bahagian stationery pulak. Macam-macam anak-anak nak. Abang ke kedai casette nak beli cassette lagu patriotik, tak jumpa pulak. Dia tepon mobile saya, ada orang nak jumpa. Ingatkan siapa lah :) Rupanya tuan puteri berdua dari MMU :syaz dan maz. Shopping jugak la tu ! Lama gak bersembang-sembang. Selalu jumpa online jek. Dia orang promote citer 'Cinta Kolestrol' kat saya. (Fasi, akak tak cakap nak pergi aaaaa .. lagipun KUTKM nak exam, MMU baru start sem - korang semua kena la study hard untuk merealisasikan impian korang. Jangan tengok WAYANG !)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...