Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, July 26, 2004

Dang Anum di Hujung Minggu

SMK Dang Anum masuk pada Sabtu pagi. Tak ramai pun, 40 orang pengawas sekolah dan 5 guru sahaja. Yang pasti, cikgu saya semasa sekolah menengah dulu, Cikgu Normi pun ada. Masih muda, masih cun melecun macam dulu walaupun anak-anak dah dua orang ke universiti.

Programnya ringkas. Pagi obstacles-run dan petang war game. Malam pula buat malam persembahan. Fasi pun tak ramai - Geng Chinchin sahaja. Ahad pula sessi ceramah-ceramah. Lepas makan tengahari, pulang ke sekolah.

+++++++++++++++++++++++++

Rafiqeen yang kiut !
Hari Sabtu. Wak Din dan keluarga - isteri Noor, anak-anak Aidi, Nadira dan si-comel Iqi datang ke Kem. Sorrylah Wak, tak dapat nak ajak makan tengahari. Kami makan mee sahaja di Kedai Akak Sajen.

Puas juga kami suami isteri 'mengerjakan' si Iqi yang comel. Kiuts sangat ! Mulut pulak bising, macam-macam cerita sembang dengan kami :) Last-last lelap, kena angin tasik. Kesian kat Aidi tak dapat swimming, kena mandi air paip sahaja ! Lain kali :)

Tak dapat nak sembang sangat dengan Wak Din. Sama-sama penat. Dia cam letih sahaja dan saya, memang letih !

Thanks Wak, sudi ke Kem. Orang lain dah tak ingat jalan ke Kem :)

+++++++++++++++++++++++++

Hari ni, bak kata si-Raup 'busy giler'. Esok ada lawatan 'BM'. Kalau ada rezeki, alhamdulillah :)

Di luar tu, semua tengah kerja keras. Jepun potong rumput dan yang lain menyapu dan berkemas. Tak cuti kami semua hari ni.

+++++++++++++++++++++++++

Beberapa malam lalu, classmates semasa sekolah di Shah Alam dulu datang melawat kami. Datang kol 12, balik pukul 2 pagi. Heheh. Cam zaman muda-muda dulu jer. Kalau tak kol 2 pagi, tak balik bilik lagi. Lama, lama sangat tidak berjumpa. Kali terakhir 10 tahun lalu semasa kami bawa anak-anak pi Genting Highland. Alhamdulillah kawan kami, Wak Jay sekarang Vice President kat divison yang penting kat syarikat dia. Zack pun 'orang paling besar' di syarikat dia.

Anak-anak mereka pun dah besar-besar. Anak WJ dah darjah 4 dan anak Zack dah darjah 2. Tapi dia orang jeles juga sebab anak kami dah Tingkatan 3 :)

Bila ek, kita nak buat reunion besar-besaran, berkumpul dengan anak-anak sekali.

++++++++++++++++++++++++

Busy ah, chow dulu !

4 comments:

php5 said...

salam rindu dari saya. rindunyaaaa nk gi saner.. skrg tgh mggu2 kronik kak G.. doakn sayer dpt atasi sgalanya dlm keadaan tenang. insyaAllah saya akan ke sane lg. uwaaaaaaaaaaa!!

budak tembam said...

kak g, maaf lah. saya nih skrg on call. klu mak sy suh balik, sy kene balik. sbb nak uruskan hal ytm. agrimen yg memeningkn kepala.bnyk btol prosedur yg kene ikot. penjamin lah itu lah ini lah. macam2 hal. bese lar, kita nak duit orang, kene ler beberapa syarat. huh~ isk isk isk...klu tak balik, saya ade je kat sini, sbb 'mamat klang' tuh nk dtg mlk plak.takkan nak soh dia pi fun fair kat tesco tuh sesorg.tak aci plak kang! so,sy mengumumkan, tak dapat datang lah minggu ni. maaf yea kak g. jgn serik mengajak pula. :D kak g, konfem ker yg n pi jumpe orang t*l*k*m tuh?

eN pG said...

kak G..saya Xconform dtg..sbb tkut ada test mlm sabtu.Dia ada dua masa..tk Xconfrom...tq..tq...tq...tq..

Anonymous said...

Best regards from NY! » » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...