Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, December 27, 2006

SCHOOL HOLIDAY CAMP Pt 2

Malam tu, hujan berterusan yang tidak kami ketahui akan bakal mengakibatkan banjir bermula. Hujan lebat tidak berhenti-henti. Penceramah kami, Encik Kamal tidak dapat hadir. PakLet mengambilalih tetapi tetap dengan Topik yang sama. Melainkan dengan PakLet, dia lebih suka buat yang praktikal.

Berhempas pulas masing-masing nak keluar dari tali - fikir, fikir, dik ! Kena belajar berfikir berbagai cara ! Raja Botol, cissss budak-budak nih tak hafal sifir ! Dah janji hari tu, so parents, make sure mereka hafal sifir. Kalau hafal sifir, senang nak buat matematik. Susun paku. Teruja kami, tapi mereka dapat mengeluarkan pendapat bagaimana nak buat.

Hujan berhenti. Abang Toyak (special appearance this week, dia off-duty sebab adiknya kahwin) dah bersedia untuk NiteWalk dengan adik-adik. Berjalan ramai-ramai ke hujung Tasik Biru dengan Abang Toyak dan Abang Cicha. Abang-abang lain berjalan antara peserta.

Tak dapat juga nak belajar apa-apa sebab langit gelap, yang nampak tuh, satelit. ( Ni kepakaran Iha, mana bintang, mana satelit - maklumlah budak Telecomunications Engineering)

HaziqKL yang bising mulutnya dah diam. Dia takut gelap rupanya ! Lepas tu setelah dikajiselidik oleh abang-abang Facis barulah, tahu yang ramai takut gelap - kat rumah nak pergi bilik air sorang pun mintak Mak teman ! Lepas ni tak payah takut lagi yg, adik ! Berjalan dalam gelap, dalam hutan pun, okay jer, kan ?

Langit semakin gelap dan Cicha dah 'bau' hujan. Arahan untuk pulang. Cepat-cepat kami berjalan semula ke Kem.

Sampai Kem, peserta perempuan diarahkan tidur dalam Rimbun 1 dan Rimbun 2. Hujan mula turun dengan lebatnya.

Yang lelaki dengan abang-abang Facis, tidur dalam Anjung Kasih. Sebelum tu, paling penting, kami check semua orang dah pergi buang air atau tidak. Mustahak nih, kalau Abang Facis tak nak basuh Anjung pagi esok :) Kami susun mereka tidur dan selimutkan anak-anak nih. KLD memang banyak stok kain selimut. Untuk grup macam ni jer kami bagi pakai, kalau yg dah besar tuh, kami tak bagi :)


Mama, Abang Wan dan Uncle Sham selimutkan peserta. Sian anak Mama, sejuk !

Hujan lagi. Selamat Malam !!!!

+++++++

Hari Kedua

Berjemaah Suboh dengan Abang Wan. Hujan berhenti.



Senampagi. Macam biasa, HaziqKL kena naik pentas dengan Abang-abang Facis. Selesai sessi panaskan badan dan bersenam, Abang Wan ajar main game. Kami main Bom dan Iklan. Seronok main. Iklan yang paling disukai tentulah, "Saya menang motor !". Sorry eh, Pakcik Ali Cafe :) Mama dah bising dah kat Abang Facis, bila nak bagi peserta makan.

Naik Anjung. Sebelum tu kasut dan selipar kena susun. Kalau tak, Uncle Sham suruh turun dan susun semula. Kat rumah pun kena buat macam ni. Pagi ni Mama, Abang Syafiq dan Bibik Maya masak Nasi Goreng Ikan Sardin versi pedas dan tak pedas. Telur seorang, sebiji. Air pilihlah teh O atau teh susu. Makan time ! Sebelum makan, macam biasa, baca Doa dan Jemput-Menjemput.


Sarapan Kami !

++++++++

Berkumpul di Dataran Gemilang, hadapan pejabat KLD. Semua diberikan air mineral dan PakLet memberi penerangan tentang aktiviti selanjutnya - Amazing Race. Kami akan berjalan 8 km. Route biasa ialah 12 km, tapi PakLet pendekkan sebab tidak mahu jalan di kawasan air yang dalam. Abang-abang Facis dan Uncle Sham telah bersiap sedia pakai BA. Kalau air dalam nanti, jika perlu menyelamat, senanglah kerja menyelamat.

Kami baca Doa dulu di Pintu Besar KLD. Kemudian berjalan masuk hutan di Tapak SegHwa-Lambaian. Menuju ke Hutan Gelam. Dari Hutan Gelam, lalu Tapak War Game ke Check Point 4. Jalan lagi ke Check Point 5. Kemudian panjat Bukit Tuah. Dari Bukit Tuah nampak Gunung Ledang (tak clear), Tasik Biru dan Tasik Hijau.



Merentas Tapak War Game



Kat Canyon.


Bergambar ramai ! Dengan tagline biasa kami, lah !



Yang belakang dan berlubang-lubang tu ialah sarang burung tiung pasir. Mereka buat tunnel dalam pasir-pasir ni.

Best sangat hirup udara segar di puncak Bukit. Kami turun kebawah,


Kena hati-hati !







Tinggi juga Bukit Tuah ni.

berjalan lagi menyelusuri Canyon dan pergi Ke Palung lama. Di sini, Abang Cicakman Cicha ajarkan tentang bijih timah. Suatu masa dahulu, Kampung Chinchin terkenal dengan aktiviti perlombongan emas dan bijih timah.


Dekat Palung, mendengar penerangan Abang Cicha.

to be continued ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...