Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, January 11, 2007

Atas sebab-sebab talian tenet yang terlampau lembab, saya terpaksa menukar template kepada template baru ini. Lembab ah Streamyx !

Seksa nak post entry, nak tunggu page ni bukak pun, terlalulah lama.

+++++++

.... sambungan School Holiday Camp 2006


Dari Palung, kami bergerak ke Pantai Pasir Putih. Dapat main air sekejap. Jalan lagi dan sampai ke Kandang Lembu Abang Toyak. Lembu banyak. Jalan lagi dan nampak sempadan Negeri Melaka - Johor. Sungai Chohong memisahkan dua negeri ini. Jalan melalui kebun sayur. Ramai yang tak kenal pokok sayur-sayuran. Uncle Sham tunjukkan pokok jagung, kacang bendi, kacang panjang dan berbagai sayur lain. Lepas tu kami jumpa pula Kandang Kambing Abang Kemang. Ada banyak kambing yang comel-comel berbulu putih. Kiut !

Ni kami bergambar berlatarbelakangkan Tasik Hijau. Hujan turun lagi. Sejuk ! Abang Syafiq datang bawa kereta untuk mengambil peserta yang tak larat nak berjalan. Oh, semua tak nak naik kereta. Jalan lagi, best !

Kami melalui Hutan Acasia. Pak Let menerangkan kegunaan kayu Acasia. Seluruh kawasan ini banyak ditumbuhi oleh Acasia. Kami sampai ke satu kawasan tanah liat. Dapat main tanah liat. Semua orang melompat dan ada yang berguling main kat sini. Abang-abang Facis pun main sama :)

Selepas tu, jalan lagi dan jumpa Hutan Gelam. Gambar atas tuh, Abang Wan sedang menunjukkan kepada kami, 'gabus' yang menjadi kulit Gelam yang menyebabkan Kayu Gelam tahan hidup dalam air. Walaupun penat berjalan, banyak yang kami pelajari hari ini.

Kami merentasi paya Hutan Gelam dan keluar di Hutan Lalang. Sampai depan Kem dan bergambar ramai, " Saya menang motor ! ..."

Semua orang bersiap-siap mandi dan tukar baju kering. Bau nasi dan lauk ayam yang Mama dan Bibik Maya masak dah menyelebungi Kem. Apalagi, makan time !


Siap Solat Zohor, kami ada aktiviti lagi. Kami akan berakit petang ini. Bina rakit dengan pertolongan Abang Facis. Abang Facis pun akan berakit bersama kami. Pak Let atas Bot dan Uncle Sham dan Aunty Zu dengan kayaknya akan menjaga keselamatan kami. Semua orang, termasuk Qistina, 6 tahun turun berakit. Lan seorang sahaja yang tak mahu. Nangis duduk atas jeti, manja dengan Mama :)

Sebelum berakit, Pak Let kata, semua orang kena buat 'Water Confidence'. Keadaan ini adalah seseorang itu perlu yakin dan tahu apa yang perlu dilakukan dalam air. Abang Cicha menerangkan dengan lanjut. Lepas tu abang-abang Facis memeriksa BA kami sebelum kami semua terjun dalam air. Bestnya, main air. Dari tak tahu apa, kami sudah boleh berenang ! Tapi dengan menggunakan BA.


Gambar ni, Abang Fikry mengajar cara mengikat rakit. Dan, inilah Rakit Johan !

to be continued ..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...