Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, January 25, 2007

Kem Menuju Kecemerlangan, Kolej Matrikulasi Johor

*** Semua gambar dalam entri ini adalah milik UngkuNor Thanks !

Kalau dalam module KLD, kami panggil Program ini sebagai Kem Pemulihan Akademik. Bermakna peserta-pesertanya bermasalah dalam akademik.

Anak-anak ini bijak-bijak belaka. Keputusan SPM yang mengkagumkan. 7A, 6A melambak-lambak. Ex-MRSM, Sekolah Sains dan SBP terkenal. Mana silapnya ?

Itulah 3 hari 2 malam mencari semula diri yang hilang.

Kami cuma boleh membantu, memberikan kesedaran - yang perlu berubah ialah anda. Seperti yang diulang-ulang PakLet beribu kali - sikap anda sendiri yg menentukan halatuju kehidupan anda. Nak berjaya, perlulah bersikap seperti orang yang hendak berjaya. Malas dan main-main, mana mungkin nak dapat result balik - melainkan jika anda seorang yang genius.

++++++++

Pagi Jumaat
KMJ bertolak awal dan sampai juga awal. Kami pun dah bersedia dari awal juga. Faiq yang pertama sampai. (Kuitho masih cuti banjir). Lepas tu Toyak, Cicha dan Kucai.

Ada taklimat program untuk peserta. Muka masing-masing sedih sahaja. Orang lain sudah boleh mula bercuti, anda pula kena berkhemah di KLD. Tak pe, sini ada Babah, ada Mama juga :)

Nampak tension,nya mereka.

Ujian pertama, berjalan pergi dan balik sejauh 2.9 km ke Masjid Chinchin untuk Solat Jumaat. Faiq, Wak Ripin, Firdaus dan Along pun bersama. Lepas Jumaat, abang-abang dari UPM dan Abang Boss sampai . Wan sampai dulu sebab motor Blue, tayarnya pecah. Petang sedikit, baru Blue dan Kudin sampai.

Buat Ice Breaking dulu. Pilihanraya memilih Tok Batin. Mak Dara, tiada pertandingan. Pilihan semua ialah Anne. Tok Batin lak, Perdaus (betul ke Mama eja nama pelik kamu nih ?)

Lepas Solat Asar buat aktiviti pertama, Obstacles Run. Semua kumpulan 'fail', tiada satu kumpulan pun yang mencapai masa yang ditetapkan.

Malam ada acara bersama Pak Let. Sessi 'sure-tobat-takmo-datang-kem-ni lagi'. Ramai dah mula 'insaf'

Night Walk dibawah kelolaan Toyak. Lagi bertambah umat yang 'insaf'.

+++++++

Aktiviti pagi ni ialah 'Amazing Race' Semua kumpulan mesti menghabiskan masa dibawah 3 jam 30 minit. Jika tidak, akan ada 'Night Amazing Race'. Sebab dah insaf, semua berjaya menghabiskan kurang dari masa yang diberi walaupun berjalan dalam keadaan panas. Dah lah banyak buang masa didera Kucai.

Petang ada Rakit Race.

Malam, bersama Encik Kamal untuk sessi Motivasi Belajar dan Mengubah Sikap.

Akhir sekali malam tu ada Malam Luahan Rasa. Bersama abang-abang Wan, Kudin, Blue, Faiq dan Boss - meluahkan segalanya sehingga Pak Let beri masa sehingga pukul 3.30 pagi. Alhamdulillah - sessi yang berjaya !

Ahad. Selamat Pulang adik, selamat mengubah diri. Semoga anda menjadi insan baru - yang hebat fizikalnya, tabah mindanya dan mulia pekertinya !

+++++++

Jejak Kasih GengJurnal

Sabtu - UngkuNor, Ady dan anak-anak datang berkunjung. Dapat main kayak sahaja. Sedang sibuk, layanan pun ala kadar sahaja. Dapat gak kiss Azib yang tembam tuh. Memang dah rindu kat dia.

Nanti datanglah lagi !

Ahad - Spyz, Shila dan anak-anak datang. Memel still sayangkan saya macam dulu - heppi beb ! Arif cam biasa, bakal Hero Bunga. Si-peserta muda KLD, Afif - wah kemain lasak. Dah kecik-kecik lagi Umi dan Abah bagi GengLasak jaga, nasib lah yer Shila.

Ni lagi teruk, air pun tak dapat hidang kat Spyz dan Shila. Sorry Shila, dah 2 malam tak tidur dan hal-hal negara yang nak diurus, tuh yang huru hara kami berdua.

+++++++

Berita baik. kepada mangsa-mangsa banjir yang juga kawan-kawan kami, ada sebuah organisasi yang budiman yang sudi menghadiahkan 700 helai kain langsir. InsyaAllah, sebaik sahaja kami terima, akan diagihkan. Kepada anda yang budiman, Allah sahaja yang membalasnya.

Kami juga masih perlukan baju-baju sekolah. Yang hari tu telah dihantarkan. Thanks semua dan khasnya PinkSara sebab bagi baju banyak sangat ! Nanti angkut lagi baju Datuk dan Datin, (Mama dan Ayah si- Sara) ye Sara !

++++++++

Semua gambar-gambar di bawah ini adalah milik UngkuNor. Klik Karma


Me and Boss. Nama dia Boss. Nak marah pun seksa sebab kena panggil dia Boss.
Student Art and Design.

Wak Ripin. My Tukang Masak. Hebat walaupun Otai. Masih bujang :)

KucaiOren. Leftenan Muda Kushairi Amir. Peserta semua takut dia.

Rakit Bermula ! Minggu ni Kucai dan Toyak berakit sama, tolong anak buah.

Arif dan Azib. Selamba jer dalam air !

Me, Nad and Anis. Dataran Insan, Kem Lambaian Danau.

Toyak Castello. Ada sejarah sehingga memaksa Toyak membotakkan rambut.

Kucai sedang bagi arahan.

Dik, yang kau percaya cakap fasi tu, kenapa ? Budak-budak fasi ni beritahu peserta, kalau tak nak kena gigit lintah, muka kena bagi horror sikit. Lintah takut. Tu yang peserta dok conteng muka dengan kapur sirih. Tak nampak ke dia orang ketawa guling-guling ... ko main percaye jer ..
Bersama anak-anak terunaku - Kudin dan Bluuuueeeeee.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...