Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, January 11, 2007















Ni gambar kami sedang buat 'Water Confidence'

Rakit time ! Kami berdayung sama walaupun bagi setengah peserta, paddle tu lebih tinggi dari mereka. Sangat penat tetapi seronok ! Pak Let tak bagi 'short cut' tetapi kami perlu habiskan 800 meter seperti peserta-peserta yang lebih tua dari kami yang pernah datang ke sini. Walaupun tadi kami dah berjalan lebih 9km tapi, kami okay sahaja. Ingat moto Kem - " tabah mindanya, hebat fizikalnya dan mulia pekertinya " Pemenang Rakit Race ialah Kumpulan Koyok.




Ni selepas berakit. Kena bawa rakit ke Dataran Gemilang. Buka rakit dan simpan semua buluh dan boya-boya. Lepas tu mandi.

Kami dah siap Solat Asar sebelum berakit tadi.

Dah mandi dan err pakai baju tidur ( baju kering dah habis, Pak Let ) semua menunggu Abang Facis kata, "Makan Time !". Malam ni kami makan BBQ. Ada ayam panggang, sausage, nasi lemak dan sambal udang yang 'terpedas' :)

Siap makan dan basuh pinggan, kami menunggu Encik Nordin.
Encik Nordin mengajar kami tentang Motivasi Belajar. Kami diajar buat 'Peta Minda'.
Malam tu, hujan lagi dan kami tidur dalam Anjung. Tak merasa langsung tidur dalam khemah.










Esok paginya bangun pagi dan Solat Suboh den
gan Abang Wan. Lepas tu, senampagi dengan Abang Faiq dan Abang-abang Facis semua.
Hari ni kami akan pergi berperang ! Yeayyyyy !!!
Sebelum berperang, muka kami dibubuh penyamaran. Semua orang dah 'coreng-moreng' ,Mama cakap. Sejuk sungguh air di Tapak War Game ! Kami berperang juga. Lepas tu Shazana dan Qistina balik dulu sebab dah mengigil sejuk. Mama mandikan mereka dan bagi makan roti. Lepas tu selimut dengan selimut Pak Let. Baru panas semula ! Kami makan tengahari dan berkemas untuk pulang.

Ibubapa mula sampai untuk mengambil anak-anak. Pak Let serahkan semula kami kepada ibubapa kami. Sedih nak tinggalkan Kem dan abang-abang semua ! Semoga berjumpa lagi bulan Mei 2007 !!!

Anak-anak
School Holiday Camp 2007

+++++++++++

Sejak kami mula serius dengan KLD ini adalah antara Program yang paling berkesan dan mendapat tempat di hati kami di KLD. Sekumpulan anak-anak yang tidak kenal antara satu sama lain kecuali beberapa pasangan adik beradik. Berkumpul bersama dan akhirnya begitu rapat sekali.

Saya akan ingat dan rindukan mereka. Untuk 3 hari ini mereka benar-benar seperti anak saya. Mandikan yang kecil-kecil tu. Bukan saya sahaja, Cicha dan Pak Let pun mandikan mereka. Bagi mereka makan - 3 hari semua staffs KLD makan lauk ayam dan masakan tak pedas ! Sebab konsep kekeluargaan kami - bersama dalam semua hal, we are one family ! Dan semua ahli keluarga mesti membantu satu sama lain.

Betapa sabarnya Wan, Fikry, Iwan, Along, Faiq, Azim, Cicha, Syafiq, Toyak, Uncle Sham, Aunty Zu dan Bibik melayan anak-anak semua.


Tentulah ucapan terima kasih tak terhingga buat Zu yang bersusah payah menyelesaikan masalah 'spender basah', 'baju takder', 'suar takder' dan macam-macam hal. Thanks so much Zu !
Anak-anak, jumpa lagi, next program, bulan Mei nanti !














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...