Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, January 25, 2007

Kolej 12 & 13, UTM Skudai dan
Kolej Pendita Zaaba, UPM, Serdang

Minggu Program Kepimpinan !

Kedua Kolej mencari bakal MTM. Tak ramai pun - 40 orang dari UTM dan 45 orang dari UPM.

Kami berbagi tugas. Kem Komandan untuk Pendita Zaaba ialah Pak Let. Encik Hasan pula mengendalikan UTM dengan dibantu oleh Wan, Blue, Cicha dan Faiq. Fikry, Toyak, Kucai dan Along membantu Pak Let.

Jumaat
UPM sampai dahulu. Tuan Haji Mastor, sahabat dari tahun 2000 membawa pelajar-pelajarnya. Tahun 2000 , Tuan Haji bawa peserta Kolej Tun Perak bersama Prof Jasni. Kali ni dengan anak-anaknya dari Pendita Zaaba pula. Taklimat dan Undang-undang Kem sebelum pasang khemah.

Selepas tu, Kolej 12 & 13 pula sampai. Semua perempuan. Anak Pak Let, Michelle pun ada. Dah besar dah Minah nih ! UTM pula pasang khemah.

Pantas dan cepat segalanya sebab Pak Imam akan datang untuk Solat Maghrib dan Kuliyah Maghrib. Peserta, Jama' Isya.

Malam ni kami buat 'Ice Breaking'. UTM dengan tema 'penyakit' dan UPM dengan tema 'minuman panas'. Hujan lebat yang mengakibatkan banjir lagi di Johor sedang melanda dan kami semua sejuk sangat sepanjang perkhemahan ! Tiada Night Walk sebab hujan lebat. Semua peserta perempuan tidur di Anjung Kasih dan peserta lelaki di Surau. Toyak, Cicha dan Kucai seperti biasa, tidak tidur sebab menjaga keselamatan.

++++++++

Solat Suboh dengan Abang Wan. Hujan lagi. Buat juga senampagi dalam hujan tu.

Pagi ni kami pergi Amazing Race. Untuk mula Amazing Race, kena naik tube tyre dan ambil botol yang ada message. Hadui, payahnya ! Ada pulak ombak jahat yang menganggu.

Di Canyon kena lak buli dengan Abang Kucai. Teruk kena berguling atas selut, pastu muka pun kena sapu selut. Lari lagi dan terus ke Palong, Kandang Lembu dan masuk kampung. Ada task lagi.

Akhirnya setelah hampir 12 km kami berlari, sampai ke Kem selepas pukul 12 tengahari. Nasib cuaca mendung dan hujan rintik-rintik, taklah panas sangat. Tapi penat sangat !

Petangnya buat rakit.

Selesai buat rakit, ada sessi Water Confidence dan lepas tuh, masuk air - mula Rakit Race. Ada 8 kumpulan - UTM dan UPM join sama. Ramai-ramai baru best, kalau setakat 4 kumpulan sahaja, surelah tak best. Masing-masing bersungguh-sungguh berusaha untuk menang, maklumlah dah rase cam Rafting Race Inter-U sahaja. Kami pun sebenarnya, one fine day nih, nak buat juga competiton Inter-U nih - Cabaran Lambaian Danau. Best jugak kot kalau semua aktiviti-aktiviti kami dipertandingkan :)

Malam ada Ceramah oleh Consultant KLD, Encik Kamal. Aweks UTM yang datang kali kedua (urusetia Kolej 12 & 13) bukan main suka sebab mereka adalah model-model lawa yang kami gunakan untuk Promo CD kami.

Selesai ceramah, sessi Bersama Pak Let. Saya, Bamz dan Fikry juga jadi panel menilai kerja-kerja projek yang Pak Let telah berikan sejak semalam lagi.

Letih dan tidak bersedia, masing-masing mula menunjukkan 'true colors'. Payahkan, bekerja dibawah tekanan. Kesian mereka. Yang paling saya tak boleh lupa Amien yang kata keluasan projek Pulau Impiannya itu adalah '2 kali ganda Pulau Tioman'. Ishhhh asalkan boleh jer ! Puas gelak-gelak dan tension-tension, habis juga bincang proposal perniagaan yang bernilai berbillion-billion ringgit !

Night Walk. Kita lihat siapa yang kena ! Sebenarnya, setiap aktiviti yang dirancang, kami tidak pernah batalkan. Tapi oleh kerana semua penat dan letih sesangat - kami trick anda supaya setuju untuk bernight walk. Cam biasa, kami berjaya ! hehe. Walaupun kami beria-ia kata kalau tak nak tak payah buat. Akhirnya semua pergi juga ...

Minggu ni, facis malas nak hantar peserta-peserta yang 'sakit'. Jadi panggil ambulan jer. Ambulannya - botol kosong yang diletak batu, goncang dan sambil tu si-sakit perlu kata 'Ninooooo ... ninooooooo' sepanjang perjalanan. Hantu faham, dan tidak akan ganggu orang sakit.

Sleep tight. Masih tidur dalam Anjung dan Surau sebab hari masih hujan.

++++++++++

Hari Akhir

Mengikut perancangan, bas dari kedua buah Universiti akan lambat sampai. Jadinya kami bagi extra satu lagi aktiviti kepada peserta. Dari melagut buang masa, yer dak ? Obstacles Run Around The Camp.

War Game. Pun UTM bersama UPM. Perang !

Masa untuk pulang.

Bagusnya kedua bas sampai hampir serentak.

Fikry kami tumpangkan dengan kereta Michelle. (Fik student UTM) Wah, seronoknya kami gossipkan Fik, " Balak Bangla tu, kemain lagi awek Minah Salleh ..." Uh, sure jeles semua mamats kat UTM tuh !

Anyway, walaupun hujan, walaupun rase cam 'Winter Camp' most of the time - kami seronok sangat bersama kedua kumpulan ini. Dan semoga objektif kedatangan kedua kumpulan - mencari pemimpin akan tercapai.

Jumpa lagi :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...