Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, December 06, 2006

Last day 1st June 2006. Boat Trip to Lata Berkoh, Trekking (Again !), Swimming, Campsite@Lata Berkoh, Bye bye Taman Negara, Jerantut, Tampin, Jasin.

Klik sini untuk ke

http://holidaycamp.blogspot.com/

+++++++++++++

Links to
Baru Balik ,
Apsere Adventure Day One ,
Apsere Adventure Day Two and
Apsere Adventure Day Three

APSERE ADVENTURE 2006


Kalau Aliff Bachan tak menegur dan minta gambar-gambar Apsere Adventure 2006, May lalu, haruslah lapuran AA itu tak saya postkan. Tak perasan, rupanya lapuran hari terakhir di Taman Negara Pahang tu, belum saya publish. Ishhh , tak senonoh sungguh orang tua nih !

Hari terakhir di Taman Negara, kami pergi naik Bot ke Lata Berkoh. Seronok naik bot ni. Walaupun Abang Bot taklah merempit tak sedar diri macam Cichadinho di tasik kami, tapi trillnya lain macam. Telah diwarning oleh PakLet dan juga Projek Manager, Asri - kali ni tidak boleh main air dan bergurau melampau batas - pendek kata, Boss cakap - BEHAVE !!! Dan kami pun behavelah, duduk diam-diam, menikmati pemandangan dan udara bersih sepanjang cruising Sungai Tahan. MasyaAllah, pemandangannya sungguh cantik - hijau, hijau, hijau ... dan udaranya - bersih dan segar. Bot panjang ni boleh dinaiki oleh 4 orang penumpang. Ada seorang pengemudi bot dan seorang helper. Di tempat yang cetek, helper ni akan 'tolak' bot dengan sebatang kayu. Mereka tahu mana laluan yang perlu dikut.

Kami pergi dengan 5 bot - kalau tak silap, sewa sebuah bot RM 120.00

Gambar ni diambil dari bot yang bergerak. Besarkan, sungai ni. Dasarnya batu dan pasir. Air bersih sangat. Asyiklah ambil air, basuh muka :)

Bot ni dinaiki oleh Syafiq, Azlie, Bob dan Aliff.

Kami dah sampai di Lata Berkoh. Plastik-plastik tu, bekalan untuk berkelah. Dari sini, kami trek lebih kurang 5 km ke atas lagi untuk ke Lata Berkoh. Asyiklah berjalan, kerjanya ! Opps lupa, kalau anda ke Taman Negara - jangan susah-susah pakai Jungle Boots atau trekking shoes segala yer, lebih praktikal jika bersports sandal. Sebab, kejap kering bila trek dalam hutan, kejap basah bila meredah air sungai. Kami pakai sandal dan selipar jer. Sandal beli di Sakan, Jasin - RM 15.90 dan selipar di Tenten - RM 1.90 :) Semua selipar dan sandal selamat pergi dan balik bersama kami, kecuali selipar Aliff yang berkubur di dasar Sungai Tembeling. Bukan rosak, cuma si-Aliff terlepas selipar semasa berperang 'Rapid Shooting'.

Ni dah sampai di Lata Berkoh. Opposite gambar ni, ada papantanda yang MELARANG sesiapa mandi /berenang di sini. Amaran keras lagi.

Seorang demi seorang turun ke bawah untuk 'tengok air'. Yang tinggal kat atas ni sahaja. Last-last semua turun termasuk yang baju biru tu, yang kononnya - nak cari pokok, gantung hammock nak tidur. Katanya malam tadi takleh tidur sebab fikir awek matsalleh sebelah bilik - "kang dia mengendap, kita tidur kang ..." Budak yang pakai cap merah, yg tangan baru baik tuh pun kononnya, "bahaya saya turun ni, tangan tak okey sangat ...." akhirnya meninggalkan saya seorang diri di atas. Hampeh !

Tengok air deras tu !

Gambar ni saya ambil dari Papantanda Lata Berkoh tadi.

Banyak rama-rama kat sini. Yang hairannya, rama-rama ni cuma hinggap dan mengelilingi anak saya, Nadzrin.

Tengah tengok air, nih ! Iyerlah tuh :)


Semua dah mengigil dah tengok air. Geram, teruja !

Last-last dia orang test juga air tuh. Dari kanan - Asri, Bob, Fendi, Syafiq, Matger dan Toyak.

Tu Iha ambil gambarlah kononnya kan, last-last dengan dia pun sekali terjun masuk air. Tapi, jika anda ke sana, jangan tiru aksi ini. Bahaya. Air deras, banyak batu-batu besar dan sungainya pun dalam.

Mula-mula saya membebel juga, tapi Cicha cakap, dia ada tengok brochures Taman Negara, Matsalleh mandi kat sini. Betul-betul tempat nih lah. Beriya-iya dia cakap, matsalleh tu ramai-ramai mandi. Dalam pada berbeta-beta tuh, semua dah terjun dah. Kang lagi membebel, kot kita ditarik sama. Ayin dan Nana pun dah basah mandi kat bawah tuh. Sabar jerlah !

Mereka berenang menyeberang kesebelah sana sungai. Jauh juga.


Dah sudah mandi lapar. Makan pulak ! Bekalan bawa dari Tembeling View. Budak-budak ni beli juga roti, biskut dan chips.

Ni main susun batu, dan mandi lagi sehingga puas. Air dia, best sangat !

Kat bawah dahan tu, ada ikan kelah. Ni dah dekat dengan Kelah Sanctuary. (Kawan PakLet, orang asli tuh, kerja sini)

Kami singgah di Lata Berkoh Campsite, berkenalan dengan Mr. and Mrs. Chew dari Petaling Jaya. Couple umur 50an. Mereka berdua camping kat sini. Entah makhluk mana tah, tak belajar civic, tinggalkan sampah sarap sekitar campingsite. Buat macam Kem sendiri, budak-budak tu, pungut sampah. Bawa balik ke Tembeling View dan buang kat sana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...