Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, November 28, 2006

Sekolah Agama Menengah USJ

Klik sini untuk ke http://holidaycamp.blogspot.com

++++++++++


SAM USJ

Sorry eh, adik-adik Sekolah Agama Menengah USJ ! Lambat lak Mama tulis lapuran nih. Dah ingat-ingat lupa dah kat korangs .. heheh

Gurau jer, mana leh lupa budak-budak kuat makans nih !

++++

SAM USJ masuk sebaik sahaja cuti sekolah bermula Jumaat lalu. Ini adalah kali kedua mereka kesini. Walaupun program ni dibawah kendalian AROS, tapi banyak aktiviti, kami yang buat.

Mengikut tentatif program, SAM USJ sampai pukul 9 pagi, Jumaat. Heran gak, bertolak dari sekolah jam 8 pagi; 9 pagi sampai Kem. Wah naik BasLaju mana lak budak-budak nih ! Satu jam dari USJ ke Kampung Chinchin, Jasin, Melaka.

Tapi, kan fasi-fasi skema yang bertugas semua dah sampai awal-awal pagi lagi. Ada yang malam Khamis dah sampai. Kecuali Faiq sorang, sampai lepas Jumaat. Hari Jumaat tuh, last paper, Mamat nih,satu-satunya budak Engine yang jadi Fasi sekarang. Dan satu-satunya Fasi Grup GengJahat yang ada. Fikry toksah citerlah, dia anak murid Kucai. Macam mana Cikgu, gitulah anak muridnya. Tak kurang, tak lebih. Sama jer tak semenggahnya :)

Lepas solat Jumaat baru sampai.

Baik sahaja. Comel sahaja. Makan tengahari pun tak habis. Masih kontrol ayu-macho gitu.

++++

Program dimulakan dengan bacaan Doa oleh Fikry. (Iyer, Fasi KLD nampak nakal, tp bab agama - semua paras, okay !)

Acara pertama petang tu, selepas kenyang minum petang - ialah Obstacles-Run dan Water Confidence. Water Confidence ialah aktiviti wajib untuk peserta. Bukan sahaja ianya perlu untuk melakukan aktiviti di Kem, tetapi manalah tahu satu hari nanti anda perlukannya - sudah tentulah anda tidak panik jika berada dalam air, kan ?

++++

Malam, Fasi KLD relax sahaja, sebab AROS handle peserta. Cuma on-guard sahajalah, menjaga keselamatan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Toyak dengan adik-adik peserta. Sedap, kek ...


++++

Hari Sabtu buat Country Trekking, Kayak dan Rakit. Hmm.. kan dah lupa sapa menang ...

Photobucket - Video and Image Hosting
Belajar Kayak. Cicha dalam Bot Bayu Tasik, menjaga keselamatan peserta.


Malam ada BBQ dinner. Nasi Lemak, sambal udang, sambal ikan bilis, baked fish (baked Ptin Portugese-style - walla !), ayam madu dan sosej. Timun dan sos-sos. Err .. licin ! Ayam jer tinggal sikit.

Ada malam kebudayaan. Peserta buat persembahan.

Lepas tu, aktiviti bebas. Budak lelaki dengan fasi-fasi main futsal di Dataran. Goal main tanda dengan selipar jer. Pun, jadik :)

Photobucket - Video and Image Hosting
Futsal. Baju putih tu, Wan - hero futsal KLD.

Photobucket - Video and Image Hosting
Main style futsal kampung - tak pakai kasut, ada fasi main pakai kain pelekat jer :)


Main kalah-mati. Sapa score gol, menang. Pasukan kalah, keluar. Tu yang 2 saat dah menang tuh. Fasi yang menang. Menang sampai 8 game, Keeper terbaik Dunia lak nak main - jadi goalkeeper. Terus fasi kalah. Sabar jer tau, Keeper terbaik dunia nih.
Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar menang. Dari kiri : Adi, Keeper terbaik dunia, Boss, Aliff (yg tinggi belakang tuh), Syafiq, Ghazali, Faiq. Depan : Wan


Entah pukul berapa dia orang tidur. Maklumlah Kem Release Tension. Suka-suka jerlah :)

+++++++

Last day, tentulah War Game. There's 20 thousands words to describe it. Click kat Recents Post tuh.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni Cikgu Rauf yang best sangat. Dah 2 tahun datang ke KLD, dah jadik member kami. Dia tinggalkan towel dan toiltries bersepah, tuh kena gantung tuh.


+++++++

Bye SAM USJ !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...