Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, November 14, 2006

Raya dan Hujan





Selamat Hari Raya !

Raya tahun ni, tidaklah beraya sakan sebab anak sulong saya sedang bersedia untuk peperiksaan SPM. Yang seronoknya, berkumpul adik-beradik menerima kunjungan saudara-mara dan sahabat handai.

Fasi-fasi Kem juga hampir semua berkunjung, kecuali fasi-fasi UPM (Wan, Kudin, Zali, Zul dan Hafriz) dan johnie-johnie Aliff(USM), Angah(Unisel), Faiq (KUITHO), Adilah(UKM) dan Musi(KUSTEM). Mereka ni, semua sibuk bersedia menghadapi peperiksaan akhir.

Yang pertama-tama datang beraya, seperti biasa, Leftenan Kucai. Tidak pernah rasanya Kucai tidak datang beraya. Ada setahun tu, saya kena operate, duduk Hospital. Rayanya Kucai datang menolong dari pagi ke malam. Lenny pun beraya di rumah tahun tu.

Tahun ni pun Kucai beraya dari petang hingga ke hampir pagi. hehehe. Kiut sungguh Kucai ni. No wonderlah semua keluarga saya sayangkan dia. Tapi dia tak bawak Sarah. Sarah berkunjung dalam telefon sahaja. Sarah demam.

Raya keempat, Raup dan Jepun datang beraya. Tahun ni Raup dapat cuti Raya. Kalau tak, asyiklah kena kerja pada Hari Raya. Sebabnya, Raup kerja company US. Cuti ikut Matsalleh, bebs. Logik ker Raup cuti Xmas seminggu lebih. Hari Raya lak, pergi bekerja. Ish, ish, ish ... hehehe. Ni memang kutukan kami semua kat Raup. Sian dia :)

Open house kami, dibuat pada Raya ke-5. Sementara adik-adik ramai di rumah. Ramailah yang menolong. Jadi, fasi-fasi yang duduk berdekatan dah datang dulu - Tompel, Bob, Boss, Muafa dan Toyak. Cicha tak datang, sebab, macam biasa, diakan anak dara kat rumah dia - kena tolong Mak. heheh.

Minggu ni, minggu fasi-fasi jauh pula datang beraya.

Sabtu. Lie, Iha dan Hiedy datang beraya. Lama tak jumpa budak-budak ni. Dapat berkenalan dengan kereta baru Iha. Comey cam Iha :) Lie datang dari Penang, Iha dari Shah Alam. Thanks yer korang :) Hiedy jemput Open House rumah parents dia, tapi tak boleh pergi sebab PakLet mengurut Abang Long dia.

Ahad pula, geng-geng ni datang. Pakdi, Fendi, Asri, Bamz, pG, Fakiha, Along Bunga dan Bob. Bob dah beberapa kali datang beraya. Asal dia datang jer, dia beraya lah.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kanan menghadap kamera tu Asri. Sebelah dia, Fakiha. Baju belang Abang Jamal. Sebelah dia, pG.
Photobucket - Video and Image Hosting
Yang membelakangkan kamera dan sedang khusyuk menghadapi makanan tu, Bamz. Fakiha, tudung putih. PakLet, Pakdi, pG, Fendi, Asri.
Photobucket - Video and Image Hosting
Nak datang, tak beritahu awal-awal. Ketupat dah tak banyak. Roti tu standby kot ketupat tak cukup.
Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar lagi, orang yang sama.
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni Along Bunga. Sekarang sudah hensem. Rambut siap highlight. (Bamz sedang merenung, mengkagumi rambut Along Bunga). Serius, Along dah hensem. Dulu dia masuk kategori Fasi Kotor-Bolor. Owh, kat Kem fasi-fasi banyak kategori - Mat Bunga, Mat Smart, Mat Skema, Mat Kotor-Bolor dan memacamlah. Gelaran Bunga belakang nama dia tuh bukanlah bermakna dia Mat Bunga seperti ex-ex Mat Bunga Fendi dan Lie. Bukan yer. Tapi disebabkan Bapak dia Tokeh Nursery Bunga.

+++++++++++++

Habis pasal Raya. Hujan lak. Sekarang, musim hujan. Banyaknya kerja, kalau musim hujan ni. Semalam kena panggil JCB, buat longkang. Kalau tidak, boleh banjir kat belakang. Syafiq pun kena check semua dahan-dahan kayu dan pokok-pokok. Kalau ada yang mati, kena potong. Bahaya kalau dibiarkan.

Wayar Letrik kena tunggu, engineer letrik, Faiq dtg hari Jumaat. Hari tuh, Kentos dah buat. Ni Kentos takde, kenalah Faiq check. Dulu fasi-fasi budak-budak engineering - senang nak suruh check. Sekarang, budak Kaunseling, Pendidikan Islam, Sports Science. Yang enginenyer, Faiq sorang :)

++++++++++++++

Er, ada 2 report tak tulis lagi. Kolej Komuniti Selandar dan Sekolah-sekolah Parlimen Sembrong. Nanti ada masa, saya updatekan kat Fotopages dulu yer.

++++++++++++++

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...