Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, November 22, 2006

KLD HOLIDAY CAMP 2006




Atas permintaan ramai, kami akan mengadakan HOLIDAY CAMP 2006

Sebelum ni, Holiday Camp selalunya dibuat oleh Consultant-consultant yang bekerjasama dengan kami (read : sewa Kem kami).

Kali ini, KLD buat sendiri. Modul yang lebih kurang sama dan Consultant yang kami pilih untuk pengisian ilmu pun bukan calang-calang orangnya - Encik Nordin dari Insan Resources yang terkenal dengan Study Skillnya dan Encik Kamal yang pakar dalam memotivasi, menaikkan semangat pelajar.

Aktiviti luar, tentulah kami. Kan kami ni pakar dalam aktiviti outdoor. Dengan Juurlatih Kayak Kebangsaan, Juara Kayak, pakar daki gunung, pakar trekking, pakar sukan air - semua siap !

++++++++++++++++


Sebelum anda membaca lebih lanjut, biarlah saya beritahu harganya supaya senang anda mengatur budget. Murah sahaja. Untuk seorang anak, cuma kurang RM 100.00. Kalau ke Secret Recipe atau KFC sekeluarga pun anda berbelanja sebanyak ini, kan ? Jadi, apalah sangat harga itu untuk anak anda mendapat ilmu dan pengalaman.

Harga :
RM 98.00 seorang
Booking Berkumpulan, RM 95.00 seorang, jika kumpulan melebihi 5 orang
dan RM 90.00 seorang jika kumpulan melebihi 10 orang.

Pakej harga ini termasuk :
Makan dan Minum 5 kali sehari
BBQ dinner
air mineral untuk aktiviti
bahan untuk aktiviti dan ldk
sijil penyertaan
insuran berkelompok (RM 10,000 dan hospital RM 500)
vcd kenangan

Anak cuma perlu bawa :
Pakaian untuk ibadah (telekung utk girl dan kain utk boy)
Pakaian sukan (2 helai seluar trek dan beberapa helai t-shirt)
Kasut Sukan
Selipar untuk mandi dan berwudhu
Tuala Mandi dan toiletries
Pakaian untuk tidur (seluar panjang dan baju lengan panjang -sepasang mencukupi, camping ni, boleh pakai utk 2 malam)
Pakaian sejuk (sweater, track top atau windbreaker pun boleh)
Pakaian untuk pulang
Beberapa helai beg plastik untuk mengisi pakaian kotor bila pulang nanti


MENGENAI HOLIDAY CAMP

Kemana anak-anak kita masa cuti sekolah ini ?

Apakah aktiviti-aktiviti mereka bagi mengisi kelapangan sepanjang cuti ini ?

Isilah masa cuti panjang ini dengan aktiviti yang berfaedah untuk fizikal dan mental mereka bagi meneroka kepimpinan kendiri .

Program ini bertujuan untuk :

Mmembina jatidiri pelajar agar mereka mampu duduk bersaing dengan sebarang arus perubahan yang asing dalam hidup mereka.

Membentuk disiplin diri dan membongkar potensi diri mereka yang selama ini mereka tidak tahu akan kelebihan yang dipunyai oleh mereka.

Membina nilai diri dan memupuk harga diri yang merupakan salah satu daripada penerokaan kepimpinan kendiri.

agar mereka dapat mengurus diri dan bertemu rakan-rakan yang datang dari pelbagai lapisan disamping berkenalan dan bertukar-tukar pandangan.

APA YANG MEREKA AKAN DAPAT ?

Sepanjang program ini peserta akan didedahkan kepada :

Aktiviti-aktiviti mencabar kemampuan fizikal dan mental

Teknik-teknik pengurusan diri dan disiplin

Aktiviti yang menjana pemikiran kreatif dan kritis

Adat dan adap serta komunikasi dengan rakan, guru, orang yang lebih tua dan ibubapa

Aktiviti-aktiviti kepimpinan kendiri

Adap solat dan berdoa

Penerokaan dalaman (EQ DAN IQ)


++++++++++++

Untuk keterangan lebih lanjut, sila klik sini : http://holidaycamp.blogspot.com/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...