Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, November 02, 2006

Resepi Dadih Untuk Puan Nora UIA

Sebentar sahaja entry ni dok sini. Lepas ni akan diarchivekan di Jom Masak-Masak !!!

Resepi ni untuk Puan Nora, UIA. Dah berkurun dia mintak dah :) Sorry ah Sis Nora, saya busy :) Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin, ye !

DADIH

Bahan :

1 packet agar-agar biasa (strips)
5.5 liter air paip
1 peket coffeemate (450 gm, kots ?)
1 kg gula pasir
1 tin susu cair (evaporated milk)
perasa ikut suka (keladi, jagung, koko, strawberry ..)

Cara :
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar hancur. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan coffeemate dan susu cair. Biar mendidih sekejap.
3. Bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut berapa perasa yang anda nak guna.
4. Setiap bahagian, masukkan perasa dan tuang dalam container kecil (macam dadih jual pasar malam tuh pakai tuh).
5. Buat sampai habis.
6. Sejukkan sebelum ditutup covernya. Dah sejuk betul, baru tutup, kalau tidak, nanti senang basi.
7. Masukkan dalam fridge dan boleh makan bila sudah sejuk.

Resepi ni senang sangat buat. Raya lepas, my son, Hafiz (15 yr old) dan my niece, Diyana (12 yr old) buat berdua. Suruh dia orang ambil gambar utk ditempek di sini, tp diambil guna kamera handphone. Ni semua tak de rumah (ponteng sekolah pi KL), gambar tak de.

Tapi dun weri, ni sure jadik punya resepi. Senang giler ah buat !!!

Selamat Hari Raya !!!



mama, ni gambar dari apis ;p



Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

1 comment:

yuzi said...

thanks ajar wat dadih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...