Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, May 23, 2012

Kasih Kehujung Nyawa

Emm, jeles :)

Bila Pak Let update blog, wah teringin jugak nak update sama.

Nak share berita gembira saya. Anak saya, konvo ! Suka !

Si-bujang yang pernah menghancur-luluhkan hati saya bila dapat result teruk di Sarawak dulu. 2 sem di sana, keputusan periksa cukup makan sahaja. Kami perintahkan berhenti dan tukar course, tukar campus. Balik Melaka. Dah kami boss, tentulah dia kena menurut perintah :) Balik sini, buat permintaan, nak duduk rumah. Tak mahu duduk di kolej. Okay, tapi janji result kena okay supaya boleh sambung degree.

Berulang alik dia setiap hari memandu dari Jasin-Lendu, Alor Gajah. Biarpun kelas malam. Kalau hujan, bawa jeep sebab ada laluan yg akan banjir. Dan si-ibu ini dirumah juga banjir dimata risaukan si-anak yg pergi sekolah bagaikan memandu dilaluan offroad masuk hutan. Alahamdulillah selamat dia pergi-balik selama 3 tahun ikut laluan itu.

Kami tak bagi dia duit banyak, cukup belanja dan minyak sahaja. Kalau nak makan mewah-mewah di campus, pakailah duit elaun kerja hujung minggu di Kem. Kalau kerja, ada duit dia makan di campus. Kalau ada module di campus, tak kerja, hanya dapat elaun mingguan dari Babah, maka duit tak banyak - dia beli roti dan makan roti sahaja. Balik rumah, baru makan - dan makan macam tak makan setahun gamaknya. Dengan cabaran berbagai, dengan tiada rehat hujung minggu macam orang lain (Isnin-Jumaat, sekolah. Jumaat-Ahad, kerja di Kem) syukur pada limpahan rezeki yang Allah kurniakan, anak saya berjaya juga habiskan program diploma dan sekarang sedang sambung kursus Bachelor Science in Tourism Management. Haha, sama course dengan kami berdua dulu :)

Sampai Shah Alam hari Ahad. Checked-in dan jalan-jalan dalam campus. Tengok Kolej (zaman saya panggil asrama) Jati dan Kolej Seroja. Kedua tempat ni pernah jadi tempat tinggal kami berdua, suatu masa yang sungguh lama dahulu. huh ! Tengok School kami (sekarang fakulti), tengok court badmintan, court tennis, padang hoki, lorong jogging kami berdua. Lagi banyak tempat berpoya-poya dari tempat belajar. huh lagi ! heheh

Tunjuk kat anak-anak Dewan Konvo kami (Dewan Sri Budiman). Sekarang mereka konvo di Dewan Agung Tuanku Canselor. Cari-cari, rupanya di Stadium dan padang kawad hujung Uitm ! Memang dah tak kenal dah. Maju !

Hari Konvo. Saya panjat Batu Caves, awak ! heheh taklah, cuma punyalah tinggi tangga. Tapi sampai gak. Ada siapkan bas, tapi tak nampak pun bas tu kat mana. Jadi memanjatlah kita.

Sampai di dewan, semasa mahu ambil tempat, saya ditahan dan dijemput duduk di kedudukan VIP. wah ! suka ! duduk depan sekali tu :) Memang clear sungguh saya nampak anak-anak saya.

Anak-anak ? Iyer. Mula-mula nampak dan dengar, "Haireen Kosni". Saya dah tersuka-suka, "Erin, Erin". Lepas tu, "Izyan Ainaa Izani". "Yan, Yan ! " Lama sikit barulah, "Ridzwan Amir Rosli". Yang anak dara berdua tu, Fasi-fasi Kem.

Dan menariknya, Yang Berbahagia Tan Sri Sallehudin, Pro Canselor Uitm yang bagi diploma kepada anak saya, 26 tahun lalu adalah orang yang menyampaikan diploma kami berdua. Macam kejap jer :) Dan anak classmate kami, Taufik juga konvo hari ini. 26 tahun lepas kami konvo bertiga. Hari ni kami saksikan anak-anak kami pula konvo. Taufik pun dapat duduk depan :)

Masih suka. Masih senyum sampai telinga. Hingga hari ini.

Kasih hati saya - Nana, Hafidz, Iwan dan Nadzrin.

Kami sekeluarga.

Kesayangan Nenek. Belum tentu apa, dia dah nak ke Kajang. Nak Nenek, nak Nenek !

Busu's family. Kesayangan jugak ni :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...