Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, May 25, 2012

Nostalgia KLD

Tahun ini genap usia KLD 12 tahun . Sungguh banyak kenangan disepanjang tempoh tersebut. Kenangan manis , pahit , senang , susah , gembira , menangis semuanya dah kami tempohi. Inilah sepak terajang yang kami hadapi semasa hendak memulakan membina KLD ni.

Macam-macam halangan yang kami hadapi. Tentangan dari pihak berkuasa , kawan- kawan,orang kampung apatah lagi musuh yang sentiasa mendoakan kegagalan. Tapi alhamdullillah berkat usaha kami suami isteri serta anak-anak dan keluarga yang tak jemu-jemu membantu dari segi wang ringgit, tenaga dan semangat maka KLD masih berdiri megah di tanah tumpah Melaka ni.

Pak Let nak menulis semua ni kerana berlaku satu peristiwa yang diluar dugaan pada bulan April lepas.
Ada seorang Cikgu dari STHAM ( Sek Men Tun Hj Abd Malik )Melaka datang dan berjumpa Pak Let untuk membuat tempahan perkhemahan. Tiba-tiba dia tanya ' Ini Pak Let ker!! '. Saya kata 'ya ! '. Dia kata Pak Let .. saya ni salah seorang peserta yang pertama datang ke KLD pada tahun 2000 dari SMK Dol Said. Saya betul-betul tak ingat beliau. Maklumlah dah jadi Cikgu. Dulu pelajar aja. Dia kata KLD betul-betul dah berubah. Dah tak kenal lagi. Dia kata dulu KLD tak macam ni.

Petang tu Pak Let balik rumah dan terus on komputer. Diam tak diam dah dekat 80000 orang yang dah datang KLD. Mana nak kenal kan..Termenung sekejap dan bersyukur kepada Allah rupa-rupanya dah 12 tahun usia KLD ni. Dah banyak keringat, wang ringgit dilaburkan disini.

Dikesempatan ini Pak Let nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang pernah datang keKLD . Kenangan bersama anda takkan kami lupai. Kepada Organiser diucapkan ampun dan maaf serta terima kasih yang tak terhingga dari KLD.

Inilah sebahagian gambar-gambar tentang keadaan KLD yang terbaru untuk tatapan anda semua. Mungkin ada yang terkejut atas perubahan wajah KLD.

Mungkin dilain masa Pak Let akan tunjukkan gambar-gambar lama KLD untuk mengembalikan Nostalgia anda semasa di KLD dulu..Insyaallah....




Pejabat baru KLD. Open air concept. Bina sendiri ni..



Anjung Tuah..dewan baru yang boleh memuatkan 700 orang dalam satu masa.


Anjung Tembusu. Dulu tapak tandas peserta. Dah berubah sungguh..


Kayak di tepi tasik. Dulu ada jeti disini untuk peserta lelaki mandi di tasik..


Tapak khemah. Berpasir. Memang selesa. Boleh muat 600 orang..

Padang serbaguna. Bercadang untuk buat 'archery' disini..

Bilik Fasi. Inilah tapak bangunan pertama dibina. Dulu gunakan kayu gelam sahaja berlantaikan tanah dan pasir..banyak kenangan disini..


Pemandangan Dataran Insan dari lorong 'bunga raya'

Dataran Insan . Dulu duduk atas tunggul kayu aja..


Tapak khemah perempuan.


Surau dan Anjung Tuah


Tandas dalam taman. Ada 45 buah tandas didalam ni..serta kolah air untuk mandi beramai-ramai..

2 comments:

ARP Daerah Jempol said...

Tahniah Paklet,
Yer memang betul, KLD memang dah jauh beza dari dulu. Walaupun amir just monitor dari Blog KLD semenjak dahulu lagi ( peminat setia blog KLD ) namun semakin hari KLD dah nampak mcm resort pulak. Dulu byk benda2 dari kayu binaannya mcm rumah facy tu.... ( dulu kak G pernah citer bab tu di blog )la nie WOW!!! mcm kat KL pulak KLD tu.... ok paklet and kak G. Semoga berjaya. Amir bangga dengan usaha Paklet se Family.

Harap dapat tunjuk ajar dari Paklet dan Kak G.

From ,
Amir
Jempol N.S

shana said...

WOW banyaknya dh berubah..perghh x sbr nk dtg utk kali ketiga nt..nk rasa tmpt baru plop..hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...