Menurut peserta, dari Ipoh ke Kem Lambaian Danau, perjalanannya mengambil masa 6 jam.
Perjalanan yang panjang dan lama. Terima kasih kerana sudi datang. Ini adalah kali ke-3, MP Ipoh sampai ke sini. Program Pengakap.
Mereka buat program sendiri tapi jungle trekking ambil Toyak sebagai Guide. Toyak memang pakar segala pelusuk dunia bahagian sini. Maklumlah, petang hari selalu bawa adik-adik (read:lembu-lembu) dia jalan-jalan cari makan :)
Peserta semua bakal guru, tiada masalah langsung. Tapak perkhemahan bersih sentiasa walaupun mereka memasak di Tapak.
MP Ipoh checkout pukul 10 pagi, hari Ahad. Semoga berjumpa lagi !
+++++++++
SK Chinchin dan K6, UPM
Bila dah ramai-ramai di Kem, saya jadi blur. Yang adik-adik pun sebesar kakak-kakak dan abang-abang. Tak kenal yang mana budak sekolah rendah, yang mana siswa. Tapi Shafiq kata senang nak kenal. Yang lawa kakaklah, yang comot-comot tuh adik. Belum pandai melawa.
Adik-adik SK Chinchin, Kem Komandan mereka Leman MMU. Dibantu oleh Fakiha dan Dino. Bila ada aktiviti, pG dan Shafiq membantu. Atau siapa-siapalah sahajalah. Kejap kesana, kejap kesini.
Kolej Ke-6 sampai pukul 6 petang kalau tak silap. Mereka diiringi oleh Pegawai mereka (tak tulis pangkat awak) Ruddy, adik bloggers saya :) Iye adik-adik Kolej 6, Encik Ruddy awak ada blog ! Femes sangat dia nih, di alam blog :)
Jumpa Am (Presiden MPM Kolej 6), Feza dan Fiza dan Aiman. Maziah pun datang dengan tah sapa lagi yang saya lupa nama mereka, adik-adik Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 6.
Macam biasa, kalau siswa Universiti, pesertanya ramai perempuan dari lelaki. Lelaki cuma 15 % dari perempuan sahaja kots ?
Aktiviti. Hari pertama - ice breaking, night walk. Hari kedua - morning exercise, triathlon, water confidence, rakit race, blind walk dan ldk. Hari ketiga ada war game.
Berakit. Belum jauh lagi. Belum penat lagi. Masih boleh senyum :)
Paling mencabar ialah Triathlon. Dari Jeti berenang ke Dusun Durian (500 meter). Passkan amanah, ahli yang berbasikal pula akan mengayuh 4.3 km ke Kem. Berbasikal sekeliling hutan. Saddam kata, kat Putrajaya pun tak seteruk nih.
Sampai ke Kem, passkan amanah dan ahli yang berkayak pula akan mengangkat kayak ke jeti. Berkayak sejauh 1000 meter dan pass lagi amanah kepada kumpulan terakhir yang akan berlari sejauh 2 km mengelilingi Kampung Cina.
Kami bergambar ramai sambil menyakitkan hati aweks lawa yang sedang buang ekor taugeh.
Sebelum berlari, ada tugasan, buang ekor taugeh. ^ ^ Habis bertaugeh, berlari pula. Anjing tak kejar, kan ? hehe ^ ^
Aweks lawa sedang buang ekor taugeh dengan tabahnya. Mereka kena penalti dan kena buang ekor 2 kilo taugeh. Tabahnya anda ! hehe. Ni kumpulan Aisyah ni. 'Aisyah Meeting'.
Pemenangnya Kumpulan Mangkuk. Er, Trialthlon ke nih ? Berapa acara dah nih ?
Tengok gambar, okay !
Andai kata kami jalan semua, taburlah bunga di atas jalan .... adik, abang dan kakak
Fasi-fasi KLD. Minggu ni, masak ! Busy dan penat giler !
++++++++++++++++
Salam Ramadhan buat semua pembaca Dari Hutan Ini. Saya bercuti blogging bulan puasa ni, InsyaAllah.
Asalamualaikum.
No comments:
Post a Comment