Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, July 08, 2005

Minggu ini di Kem

Sekarang ni pagi-pagi hujan. Lebat. Tapi sekejap sahaja. Lepas itu, panas. Panas sangat. Kerja-kerja mengemas jadi terganggu.

Semalam, saya menolong Geger dan Syafiq sapu camping site. Abang, bakar daun-daun yang telah disapu. Habis berasap-asap seluruh camping site. Asap ni elok, menghalau nyamuk, ulat-ulat dan ulat bulu kalau ada.

Belum habis kami mengemas, hujan turun.

Bagi duit pada Syafiq dan Geger. Suruh pergi Kedai Aherq, beli sardin, beli telur. Masak lunch dulu. Dia orang berdua yang masak. Sayur, ada kobis lagi dalam fridge. Mereka sahaja yang makan. Eh, campur Dino dan Adi.

Dino biasalah, bangun pukul 2 petang. Adi pulak sampai pukul 1 petang.

Kami berdua balik dulu.

Tinggalkan arahan untuk semua. Cuci tandas, cuci dewan makan, surau dan dataran. Buat ramai-ramai. Ramai pun dah ada di Kem. Pakdi, Bamz, Azlie, Adi dan pG. Jadi, semua bergotong-royong mengemas.

Habis kemas, kupas bawang pulak. Adi blend cili dan masak air untuk buat air suam. Bamz kata, pukul 1 pagi baru semua kerja siap. Nasib Pakdi buat cucur bawang untuk makan-makan sambil kerja. Lagipun, kata Bamz lagi, seronok bergossip. Patut ler sampai pagi tadi tak lelap tidur, asyik tersedak jer :)

Untuk bawang dan cili tuh : --> Thanks guys, sayang korangs !!!

+++++++++++++

Pagi ni, saya masak nasi lemak, sambal udang dan telur goreng. Makan-makan sambil 'terima perintah' masing-masing. Oleh sebab semua kerja dah siap, relax sampai waktu Jumaat.


Image hosted by TinyPic.com
Ni jeti yang baru. Masih ingat kami membuatnya dulu - saya, suami, Geger, Raup dan Jepun. Potong batang gelam, ketuk masuk batang-batang tu - memaku dalam air .. punyalah penat ! Akhirnya siap juga :) [raup, miss u]


Ada fasi baru, Hidayah yang sedang kena induction. Kejap muka nak menangis, kejap muka blur. Sabar, Dida :)

Rindu pulak kat Iwan. Senior ko ada minggu ini. Iwan - mat bunga junior, Azlie mat bunga senior. Fendi - mat bunga pencen.

+++++++++++++

SMKBG dah masuk dah. Macam biasa, perempuan ramai, lelaki kurang :) Sekarang ni, mereka sedang dinner.

Minggu ni saya kena masak sebab PakHaji cuti. King datang untuk rasmi Masjid Simpang Kerayong. PakHaji orang besar Masjid, jadi dia kena sambut King. *Ko kena masak G, aku tak boleh tak ada .. kang tak rasmi lak Masjid tu kang ...*

+++++++++++++

Minggu ni kami plan untuk 'saiko' si-Kemang. Budak degil tu. Dia beritahu, doktor suruh pergi HKL 18 Julai ni. Kami warning dia, kata kalau dia tak pergi, kami akan belasah dia sampai pengsan, ikat dan hantar kat hospital. Dia tahu kat sini, tak de main-main punya. Sure buat punya.

Hari ni pun, waktu dia mengada-ngada nak bermanja-manja dengan saya, saya bo layan. Marah-marah dia. Kalau tak marah, kalau cakap lembut-lembut, kang dia nangis, saya nangis. Kang tercakap .. "tak pe la Kemang .. takyah pergi .. ajal maut bukan hak kita nak menentukan ... " Itulah yang dia nak tunggu.

Ni Bamz tengah 'saiko' dia. Atau dia 'saiko' Bamz. Tah lah. Kena check mata Bamz, kalau merah. Sah, Bamz yang kena 'saiko'.

+++++++++++++

Tukar banner. Saya suka sangat gambar ni. Ini gambar jeti belakang yang diambil Ayares. Gambar ni ada dalam artikel yang Basri tulis dalam majalah Libur dan Remaja.

Kalau tiada peserta dan tidak sibuk, kami berdua suka duduk di sini. Tengok sunset. Cantik sangat pemandangannya.

Matahari yang mula terbenam menyinar dengan cahaya emasnya menutupi pulau dan pokok-pokok sekeliling Kem. Menyinari seluruh permukaan tasik. Air tasik yang bergelombang dan burung-burung yang berterbangan ke sarang, itulah pemandangan yang paling membahagiakan buat saya !

Saya beritahu suami, kalau nanti saya sudah tiada. Kalau Abang ingat saya, abang datang sini. Ini tempat favourite saya. Tempat paling cantik bagi saya di dunia saya yang kecil ini. Dalam hutan ini, hutan saya.



++++++++++++++++

Nak resepi ? Resepi-resepi senang buat. Resepi dari Mak saya, Nenek saya, kawan-kawan saya, PakHaji Kem dan reka-reka sendiri.

Klik kat banner bawah ni :)


Image hosted by TinyPic.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...