Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, July 29, 2005

HUJAN


Image hosted by TinyPic.com
Hujan di danauku !

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau, bumi terbentang
..... dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi sewaktu hujan turun
Menyinari ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
..... engkau pergi

selembut hujan bercurahan
begitulah cinta ini
Semesra bumi, yg disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama airmata
bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
..... rinduuu lagi.


+++++++++++++++++

Ah, hujan lagi :)

Syukurlah, air tasik dah naik.

Bila hujan, masa paling damai tentulah lepas hujan. Sejuk. Tenang.


Image hosted by TinyPic.com
Tapak War Game, selepas hujan


Damai sungguh rasa hati. Pagi ni walaupun ada matahari, tapi langit masih gelap. Hujan lagi agaknya lepas ni.

Banyak dahan jatuh. Kena kumpulkan dan esok-esok bila kering, boleh dibakar.

Image hosted by TinyPic.com
Depan pejabat saya



Tadi saya berdiri tepi surau, tengok tapak perkhemahan. Dekat jalan ke tepi jeti no.2, MatGer ada semai kacang botol. Dah bercambah dah.

MatGer tengah mengumpul dahan jatuh.

Syam tengah menyauk sampah. Botol-botol bekas air mineral, polysterin box, plastik-plastik dan sampah-sampah lain yang dibuang oleh oleh orang yang pengotor. Sukahati sahaja mana nak buang.

Sana sini dengar bunyi burung. Bising mereka mencari rezeki pagi-pagi ni. Di air, ikan-ikan muncul dipermukaan, cari serangga yang jatuh bersama air hujan.

Tenang saya, menyedut udara segar hutan. Thanks Allah, pemberian ni. Amai damai dunia kecilku !

Image hosted by TinyPic.com
Tadi Bob dan Along Bunga datang. Hilang rindu !
Dari kiri cepat jalaaaannnn Kucai, Bob dan Azlie
+++++++++++++++++

Mailbox saya, setiap hari penuh dengan email hingga beratus-ratus. Akibat kegatalan mendaftar dengan YahooGroups itu dan ini. Saya cuma baca yang tajuknya nampak best. Yang lain selalunya saya delete sahaja. Cuma simpan a few yang saya rasa penting sebagai bahan rujukan.

Yang hairannya, ada orang yang suka sebarkan email dengan tajuk 'Anak Lydiawati',Kisah host Malaysian Idol, itu inilah yang rasa tak penting sungguh. Jadi kerja dia pulak nak menghebohkan itu ini tuh. Entah betul entahkan tidak semua tu.

Tak de kerja sungguh.

Tapi kalau anda tak de kerja nak ada kerja, bolehlah buat ini. Baca Blog Ayah Pin. Dia pun ada blog ? hehe. Saya dapat dari Bamz.

+++++++++++++++++++++

Image hosted by TinyPic.com


Esok konvokesyen pertama KUTKM. Dua orang gadis yang sentiasa dekat di hati akan menerima scroll mereka.

Untuk Lynn dan Rini - TAHNIAH DARI KAMI DI KEM LAMBAIAN DANAU !!!

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum....
TQ kak G for wishing me congratulation and TQ coz masih ingat lg kat rini, walaupun kita dah lama tak jumpa dan tahu bila kita akan berjumpa lg mcm dulu2 tu..... biarlah masa dan keadaan yg menentukan segala2nya.. kirim salam kat semua warga kem

icam said...

I baru balik dari melawat kampung pendalaman. Farmers. Tidur sana semalam. Takde kampung kat negara kita nak I samakan dengan keadaan kampung tu. Payah nak cakap.

Tagboard ni bengong ekk. I ingat I punya jer problem. Puas ler godek. Tikus maikkan labu.Kirim salam kat member sana bat.

Anonymous said...

Wonderful and informative web site.I used information from that site its great.
»

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
nexium reaction Creative labs mp3 player nomad muvo tx review 924 cartridge dell ink

Anonymous said...

This is very interesting site... » » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...