Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, July 05, 2005

Banyak Kerja

Lately nih, malas sangat nak mengupdate. Update style saya, mestilah panjang lebar, merapu merabannya :) So kalau tak de masa, memang lah tak boleh.

++++++++++

Cuaca panas sekarang, walaupun di sini kami dikelilingi oleh tasik air tawar seluas 104 ekar. Tak berangin. Air tasik pun agak surut. Hari tu, meng'jack' lantai bilik mandi perempuan. Pelantar tuh dah ke bawah. Kerja ramai-ramai, anak-anak saya pun dikerah menolong.

Upahnya, mandi tasik puas-puas selepas tuh.

++++++++++

Nak cerita pasal si Kemang, si Dino.

Kadang, bila difikir, gamaknya kami yang sehat nih lebih sakit dibuat mereka berdua.

Dino ada di Kem, tetiap hari tidur pukul 3-4 pagi, bangun entah pukul berapa. Jadi satu kerja pula, kejap-kejap nak tengok bernafas ke tidak. Syafiq lah tukang check. Kejap-kejap saya suruh Syafiq pergi check.

Tak bagi datang, dia datang juga. Marah ke apa ke, dia tetap datang. Bukan tidak suka dia ke sini. Tapi, kalaulah jadi apa-apa. Entah macam mana nak tangani masalah.

Setiap kali mulut dia berdarah, semua jadi sebak. Bukan sikit, banyak darah keluar. Lepas tu, kesian dia. Lepak. Makan pun tidak.

Kemang.

Kemang pula tak mahu ke hospital. Dah leter, dah marah, semua dah. Semua orang pujuk dia. Gamaknya, belasah dia sampai pengsan dan ikat, hantar hospital. Baru berjaya ke hospital, kots.

Dia berlagak bagaikan sihat. Pergi sekolah. Pergi main bola belakang sekolah Cina macam biasa. Jadi hantu bila 'night walk'. Eh, macam orang sehat sejahtera lah.

Bila saya marah, dia cakap.

Biarlah saya Kak G, sementara saya boleh, saya nak hidup macam biasa. Kalau bedah dan saya tak boleh lagi berjalan atau tak dapat lagi sedar, lagi lah. Saya nak enjoy hidup saya yang mungkin tak lama lagi ni

Apalah, apalah nak dikata kalau begini katanya. Puas saya pujuk dia agar berfikiran positif. Dia macam tu jugak.

Btw, kepada yang tidak kenal pada Kemang dan Dino. Mereka berdua ni ada tumour dalam kepala. Dino di dalam otak kirinya dan Kemang kat tengah-tengah.

Kalau ikut kata doktor, em, tak sampai hati nak type.

Kita doakanlah sahaja.

+++++++++++

Esok mungkin ke KL, pi tengok pelan.

5 comments:

yan said...

kisah kemang dan dino sama saja macam kisah teman hati saya..

agaknya orang yang sakitnya di kepala ni menjadikan mereka degil sangat...degil atau cuba menikmati setiap perkara yang boleh dilalui dari terbaring...

teman saya..ada 2 tumor di otak kirinya, menjauhkan diri dari keluarga dan saya sendiri...untung juga saya masih boleh dapat panggilan dari dia, dia lansung tak mahu balik kampung..tak mahu parents dia terkejut dengan keadaan dia..

moga mereka2 ini selamat..

Anonymous said...

Very nice site!
» »

Anonymous said...

best regards, nice info
colorado springs house insurance rates graf ice hockey skates mercedes benz 600sec amg 72c2 digital projector inc nov 27 phones plans free wireless early mortgage payments call centers forecasts and trends county bank cash advance instantly apply creditcard buick park ave big varsity jackets toshiba sd memory card driver colgan car covers to make your own wedding invitations fantasy jewellery

Anonymous said...

What a great site Mustang floor mats green 1967 Double vision cataract surgery tooth whitening product 100mg zoloft results brake discs peugeot Pictures of valtrex http://www.subaru-37.info fibromyalgia topamax pictures buick lesabre Breast cancer surgery recovery Software digitizes optic field Washington second mortgages rates Gay male slaves England barcode scanner repair Ducati license plate frames Simple webpage layouts watch me shine joanna pacitti

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Healthdiscount contact lens incorporating green cards

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...