Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, June 11, 2004

Motivasi SPM, MRSM Kem Terendak

Minggu ni sekali lagi MRSM Kem Terendak. Jumlah peserta tak ramai - 117 orang sahaja.

Sudah sampai pun pukul 4.30 petang tadi dengan 5 buah army trucks. Nampaknya perempuan lebih ramai dari lelaki.

Sudah selesai taklimat program. Sekarang ni peserta sedang solat Maghrib dan kuliyah Maghrib. Imamnya, Abang Ruddy.

Sekejap lagi baru boleh makan malam. Encik Tukang Masak masak lambat sikit, kalau Pak Haji kami, dinner pukul 7 malam :) Takpelah bang, tempat tak biasa !

Malam ni buat Ice Breaking.

Fasi yang bertugas minggu ni : Ruddy, Agus, Toyak, Jepun, Iha, dak tembamz, Zack, Ashraf dan Azim. PakMan pun ada.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wah ! Ida dan Fadhli dah jauh berjalan.

Tadi baru telefon dan 2 hari dah di London. Berjalan sakan. Semasa saya tengah tengok wayang hari tu telefon dari Paris sedang nak naik Euro Star ke London.

Dah ke Switzerland, Jerman, Paris dan kini di UK pula. Dari kecil adik saya selalu berangan nak ke Switzerland. Nak ke Gunung Alm. Nak tengok cottage Uncle Alm. Hm, tahu kan cerita kelasik tulisan Johanna Spyri - Heidi. Ida memang sukakan cerita tuh.

Thanks to Ayah, dari kecil lagi Ayah dah kenalkan kami dengan Enid Blyton, Mark Twain, (favourite saya: The Prince and the Pauper),the Bronte sisters dan lain-lain. Kami juga baca Black Beauty, Tom Sawyer, Huckleberry Finn, Malory Towers, St. Claire, Secret Seven, Famous Five dan macam-macam lagi.

Tapi bukan semua buku kami suka. Ada seorang ni kami tak suka - Katy. Tulisan Susan Coolidge. Buku-buku dia What Katy Did, What Katy Did at School . Huh, minah ni baik sangat ! Oleh sebab dia baik maka dia 'boring' :) Lagi best si-Elizabeth Allen - Naughtiest Girl in School tulisan Enid Blyton. Punyalah teringin nak gi sekolah dia. Kat sekolah dia pelajar hukum pelajar ! Dan masih ingat juga si-Georgina yang nak jadi lelaki dalam Famous Five. Tapi buku favourite saya yang Blyton tulis tentulah Secret Island ! Huh, dapat juga hidup ala-ala mereka begitu .. kekadang masa camping-camping terasa cam Jack, Mike, Peggy dan Nora lak ! Hehehe ....

Sekarang anak-anak saya pula baca buku-buku tersebut. Tapi dia orang punya koleksi buku tahapahapa juga. Banyak sangat yang mengarut. Wiccan la, demons la, magic la ... Takleh lawan seronoknya zaman Mama yang penuh dengan cerita-cerita adventure ! Hey, masa Mama sekolah, Mama ada Geng Secret Seven kami sendiri ! Hari ni seorang ahli manager bank, seorang doktor, 2 orang cikgu, seorang bekas minah glamour baca berita kat TV, seorang kerja pegawai PTD dan seorang maam Kem !

Setiap kali harijadi memang dapat buku cerita pun. Masa tu takder playstation, takder game segala apanya ni. Kat rumah juga ada Grolier's Book of Knowledge versi tahun 1965. Maknanya Ayah beli sewaktu saya lahir ke dunia. Ayah memang seorang yang menghargai ilmu. Best Ayah saya ! Saya sayang Ayah saya ... al-Fatihah .....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

International Webloggers Day

Ada gathering GeJu sempena meraikan Webloggers Day di Wetland, Putrajya. Untuk tahu lebih lanjut, Klik sini

Tengok gathering-gathering ni rasa rindu pulak dengan kawan-kawan GeJu ! Harap-harap Len di MMU Cyber dapat pergi - wakil Kem !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

4 comments:

isteri said...

uihh.. kecik2 lagi dah kenal ngan buku2 camtu yer kak g. saya dah skolah menengah baru le dapat reading habit ni. masa skolah2 rendah.. masa lapang hanya dihabiskan dengan masuk utan kuor utan, masuk sungai kuor sungai. hehehe berkubang la tu. sehari sebelum pekse penilaian darjah lima pun sempat lagi pi mancing. sampai cikgu kelas datang umah sebab mak bagitau cikgu saya tak baca buku. ehehehe terkenang semasa dulu...

izwansah said...

Begitulah.. kita teringatkan kisah2 lama kita.. kisah dimana terbentuk kita pada hari ini. Kanak2 sekarang minat mereka berbeza dengan kita. Perubahan alam persekitaran telah membentuk mereka. Bagaimana nak mendidik mereka agar memiliki sifat 'adventure' ke alam nyata? Adakah mereka berminat? Bagaimana nak semai dan pupuk agar minat berkembang?

Usaha yang dijalankan oleh G & suami baik. Setidak-tidaknya dapat mendedahkan mereka kepada alam. Mengajar anak2 'there is other life than' terperosok di hutan konkrit.

Anonymous said...

Enjoyed a lot!
Neurontin gabapantina Plasma tv component or s-video output online pay off debts Roddy mccool's 2097 bentley plaza fenton Cd changer for vw Cobra license plate frames http://www.nude-latin-hunks.info/Amateur-blogs-com.html bentley auto parts Lexapro pharmaceutical description best price bentley azure 1996 adderall prescription Estate loan real secured http://www.chrysler-crossfire-7.info/john-bentley-school-in-wiltshire.html bentley ruck tires

Anonymous said...

best regards, nice info »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...