Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, June 10, 2004

Ahad, Isnin dan Selasa

Ahad

Cuti sekolah. Tiga majlis perkahwinan dan gathering dengan saudara mara. Menjejak kasih, mengumpat dan mengutuk ramai-ramai. Habis hal kawin-kawin.

Group UPG, MMU keluar petang hari Ahad. Mengemas Kem. Kami bercadang untuk bercuti di PD Isnin dan Selasa. Tinggalkan arahan untuk Jepun dan Ruddy. Ruddy akan 'off' pada hari Isnin dan Jepun pada hari Selasa. Keduanya mesti berada tidak jauh dari pejabat semasa bekerja.

Abang dan anak-anak lelaki tidur di Kem sebab ada khemah basah yang belum boleh disimpan. Takut pulak hilang. Saya tidur di rumah dengan tuan puteri :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Isnin

Bangun awal pagi dan siapkan 'heavy breakfast'. Meehoon goreng, kari ayam, ayam tomato dan nasi goreng. Telefon Abang di Kem. Semua dah bangun dan dah bersiap nak balik rumah rupanya !

Pukul 7.30 pagi semua orang dah bersiap. Semua tak nak sarapan. Malam tadi 'supper' kat kedai Akak Sajen. Masih kenyang lagi.

Niat sebenarnya nak ke pantai-pantai negeri Selangor - Bagan Lalang atau Morib. Banyak info yang dah diberi oleh Rasanubari. Thanks Su !

Malangnya kami cuma boleh bercuti 2 hari sahaja. Weekend ni akan masuk pula MRSM Kem Terendak. Banyak kerja lagi yang belum kami selesaikan di Kem.

Saya 'packed' semua makanan. Boleh makan di PD karang.

Babah drive santai-santai sahaja. Kami ikut Highway. Masuk di Tol Plaza Air Keroh. Selalunya ikut Jalan Kesang dan ke Tol Simpang Ampat yang lebih dekat. Tapi Babah nak tengok lot yang nak dibeli Fadhli di resort golf yang satu ni, jadi kami menyimpang dulu ke Air Keroh.

Hujan pula. Kami sampai PD awal. Mula mencari apt untuk disewa. Teringat Cape Rachardo. Resort ni walaupun di PD tetapi dalam negeri Melaka. Kami nak tengok Kem Khidmat Negara sebelah Cape Rachardo. Lama juga merayau-rayau. Dalam hujan :) Cape Rachardo resort dah jadi MAA Training Centre. Tak dibuka kepada awam lagi.

Ke Tanjung Tuan Apartment pula. Saya suka di sini sebab senang nak makan. Coconut Groove bawah pokok-pokok kelapa tu ada banyak pilihan. Western dish ker, siam, melayu dan china.

Anak-anak tak suka. Pantai tak best.

Sebenarnya 'tempat rasmi' kami di Bayu Beach. Dia orang suka pantai Bayu Beach. Tapi saya tak suka apartmentnya. Dan tak suka juga tempatnya. Ramai sangat orang. Saya malu nak mandi. Kami vote. Terpaksa ikut suara ramai :) Ke Bayu Beach. Hahaha ... Bayu Beach full house ! kena cari tempat lain :)

Kami ke sebuah lagi apartment - Seri Bulan di Batu Empat. Hmm, okaylah ni. Makan dulu ! Dia ada canteen yang kecil sahaja sebelah swimming pool. Kami makan burger, meehoon goreng dan nasi goreng. Terperanjat, bebs ! Murah :) Burger = RM 1.80 dan nasi/meehoon goreng = RM 3.00

Check-in dan tunggu hujan berhenti. Pukul 2 baru berhenti. Anak-anak tukar pakaian dan terus ke pantai dengan Babah. Saya panaskan makanan yang kami bawa tadi. Apartment ni ada fridge, electric stove, periuk, kuali, rice cooker, toaster, pinggan-mangkuk .. pendek kata kitchenette yang lengkaplah. Nak memasak pun boleh. Tapi kalau bercuti, rajin ke nak mengadap periuk ?

Siap kemas semua saya ikut ke pantai. Air surut. Anak-anak dah bising tak best mandi. Ke swimming pool pulak. Tiga-tiga anak lelaki memang perenang yang baik. (Dah berumah tepi tasik !). Si-tuan puteri sahaja berenang dengan Babah. Tapi kalau dibiarkan pun rasanya dia dah boleh bersendiri, tapi Babah manjakan, jadilah mengada-ngada begitu.

Mandi manda puas-puas. Balik bilik dan makan lagi. Habis semua makanan :)

Tiba-tiba Hafidz suggest nak tengok wayang. Ada ke panggung kat PD ? Babah kata jom gi Seremban. Siap-siap dan ke Seremban. Jalan baru PD-Seremban dah siap. 32 km sahaja dan jalan elok, lurus.
Kami ke Seremban Parade. Rupanya panggung kat situ dah tutup. Panggung ada di Terminal One. Wah, nostalgia Terminal One. Teringat zaman belajar. Kami berdua naik bas ke KL-Seremban bila balik kampung berdua :) Kami senyum-senyum berdua teringat kisah zaman muda-muda. Kat belakang kedai tu , u ada cakap i love u kat i, kan ?

Okay, back to 2004 :) Anak-anak nak tengok Harry Potter. Hafidz seorang sahaja dah habis baca buku ni - Harry Potter and the prisoner of Azkaban. Kami berdua - apa sajalah.

Kami sekeluarga enjoy sangat cerita tu, walaupun Hafidz asyik komen buku lagi best. Tak payah komenlah, sebab semua orang sure dah tengok, kan ?

Balik ke PD hampir pukul 12 malam sebab 'supper' dulu. Sampai, lepak-lepak dulu baru tidur.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selasa

Anak-anak bangun awal. Hish, memekak jer luar pintu kejutkan kami berdua. Semua lapar dan mahu sarapan. Kami bersiap-siap dan ke canteen. Makan sarapan yang murah tu ! Murah dan sedap :)

Sessi mandi laut. Air sedang pasang. Mandi hingga puas dan kemudian sessi mandi di pool pulak. Pelik budak-budak ni, kat Kem pun berenang, jalan-jalan pun berenang, tak reti buat benda lain ker ?

Checkout pukul 12.30. Plan nak makan kat Che'Man, Masjid Tanah. Hari ni boleh tengok planet Zuhrah, kan ? Mereka bergaduh adik-beradik. Lupa bawak x-ray nenek yang tak guna lagi untuk tengok Zuhrah. Terus sahaja ke Che'Man untuk lunch.

Babah pulak nak tengok Pontianak Harum Sundal Malam. Kami berhenti di Mahkota Parade. Tea kat Dunkin Donuts sambil tunggu wayang mula.

Okaylah PHSM tu. Best jugak. Tak takut sangat pun. Suka tengok Ida Nerina dan Rosyam Nor berlakon. Kelas ! Babah kata kenalah support filem Melayu jugak. Bukan tak nak tengok cerita Melayu tapi kalau tak realistik bosan jugak. Lagilah kalau ada datuk-datuk, anak orang kaya jatuh cinta kat penyanyi ... tak larat nak tengok !

Kami sampai Jasin pukul 9 malam. Nenek dah telefon dah jangan makan mana-mana, dia dah masak. Bestnya balik rumah ! Bestnya makan Mak masak !

Walaupun sekejap sahaja bercuti tapi seronok sangat dapat berhibur dan berlibur sekeluarga.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Sudah bekerja semula pada hari Rabu :) SMK Seri Tanjong datang booked program untuk bulan Ogos.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Thanks untuk semua komen dan coretan di tagBoard. Maaf, saya tak boleh nak reply. Internet connection saya teruk sangat ni. Nak baca blog kawan-kawan pun, kena buka banyak-banyak, lepas tu line putus. Baca-baca, kemudian buka yang lain lagi.

Maaf ye !

+++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...