Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, April 30, 2004

Salam Jumaat Saudara !

Di Kem, ada peserta dari SMJK Cina Seghwa, Batu Pahat. Mereka masuk dari hari Rabu. Ramai juga, 180 orang pelajar dan 6 orang guru. Ambil program 'Remaja Lasak Level One'. Program ni, lebih kepada bersantai-santai dengan melakukan aktiviti 'outdoor' seperti 'jungle tracking, obstacles run, water confidence, berkayak dan war game'. Tiada ceramah :)

Satu yang kami pelajari dari mereka yang hampir semuanya pelajar bangsa Cina (ada seorang sahaja Melayu). Kerjasama mereka sangat baik. Sikap tolong menolong yang terpuji.

Selepas makan di Kem, peserta dikehendaki mencuci pinggan mangkuk sendiri. Mereka membahagi-bahagikan sesama mereka. Ada yang membasuh, ada yang membilas dan ada yang menyusun. Tidaklah bersesak-sesak, berebut-rebut ditempat membasuh yang terhad tu. Kalau kumpulan lain, kadang kala sanggup tolak kawan, hanya untuk merebut tempat nak mencuci pinggan. Apa yang kami pelajari ni, kami akan tegurkan kumpulan-kumpulan lain yang akan datang.

Ramai fasi bertugas minggu ini. Fendi, Agus, Iha, Madas, Dino, Muafa, Khalid, Cica, Adi, Bob dan Fikry.

Didapur PakHaji dengan gangnya : Toyak dan Jepun. Sham dan Julie akan datang sekejap lagi.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu yang sibuk. Selepas High School keluar hari Ahad, kami tidak bercuti. Mengemas Tapak Survivor sebelah Tapak Putera. Buat tapak-tapak baru untuk kumpulan JIM. Segwa yang rasmikan Tapak Baru ni.

Banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum JIM masuk. Tapak sudah sedia, lampu-lampu dan wiring sudah siap, canopies ada 2 buah yang telah dipasang untuk jamuan makan. Bilik berkepung atas tasik untuk wanita mandi juga sudah siap. Yang ni kami upah tukang buat.

Dan hari Rabu hari tu kelam kabut ke Makro Seremban untuk beli khemah. RM 129.00 x 25 buah khemah. 6-men tent. 5 kg. Kalau beli khemah, lebih berat, lebih baik. Tapi kalau pergi hiking, lupakan sahaja. Tak larat nak mengangkat nanti. Bawa sahaja sleeping bag dan hammock. Hammock ringan, kalau ada tempat nak digantung, boleh tidur dengan selesa. Sleeping bag boleh dibuat selimut. Sleeping bad murah sahaja, RM 30.00 sudah boleh dapat. Tidak perlu sleeping bag yang mahal sebab ianya berat.

PakHaji juga sudah siap dengan menu dan senarai barang yang handak diorder. Saya bersyukur PakHaji bekerja dengan saya. Bayangkan dengan 300 orang perlu diberi makan minum 6 kali sehari, PakHaji hanya ada 5 pembantu sahaja. Tidak pernah makanan lambat atau tidak cukup. Tidaklah masak makanan istimewa, cuma lauk-lauk biasa sesuai dengan cara camping. Syukur.

Hanya menunggu JIM datang. Sampai sekarang masih tidak tentu berapa orang lagi !

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jutaan terima kasih !

Terima kasih semua, sahabat tersayang :) Terima kasih, kerana ucapan tahniah atas lantikan sebagai wakil selatan (apa kerja kita nih ?) dan juga ucapan selamat sempena ulangtahun kelahiran. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih !

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Salam selamat menyambut Maulidur Rasul dan selamat bercuti ! Doakan program hujung minggu ini berjalan dengan lancar, insyaAllah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Catatan Sahaja : Tahun ni, dapat hadiah bantal 2 biji dari suami sempena harijadi. Kesian dia, tak ada duit. Tak apalah honey, sayang saya sahaja pun dah cukup. Kita share bantal tu seorang satu, okay ! I Love You !

+++++++++++++++++++++++++++++++




1 comment:

JKKK CHINCHIN said...

assalamualaikum ... berita lama tak update .. harap dapat update berita terbaru .. salam ukhuwah ..
- JKKK ChinChin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...