Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, May 03, 2004

Selamat Datang Jamaah Islah Malaysia. Jamaah, bukan Jemaah. Saya silap sebelum ni. Kini sudah belajar dan sudah faham. Alhamdulillah.

Jumlah peserta ? Belum tahu, sebab masih tidak dapat jumlah sebenar lagi. Tapi rasa macam ramai sangat-sangat ! Makanan yang kami sediakan untuk 300 orang. Roti beli 600 keping, ayam 30 ekor setiap kali makan, daging 30 kilo setiap kali makan dan nasi, Jepun masak 16 gantang untuk setiap kali makan. Air tak tahu banyak mana, tapi sentiasa masak air ! Air untuk hidangan makan, air untuk nursery dan air untuk setiap masa :)

Hari pertama sahaja banyak makanan tidak habis. Pak Haji kata belum 'full swing' lagi ni. Esok kena masak lebih juga, tak boleh 'cut down'. (Ni bahasa yang Haji cakap, saya tidak alihbahasakan). Haji selalu berbahasa Inggeris dengan saya. Dia cakap barang-barang dapur pun dalam English. Suruh saya beli 'colander' baru, beli 'bain marie' baru. Amboi, banyaklah duit taukeh ! Dia takkan cakap tempat letak makanan tu 'tray', dia cakap 'chafin-dish'. Barang-barang yang siap untuk dimasak, dia panggil 'mis-en-plus'. Siap dengan French slangnya ! Bukan seberangan orang, Pak Haji kami ni. Tapi semalam terkantoi jugak, lauk daging tak cukup ! Kena dia masak telur untuk tambahan lauk.

Ramai fasi yang bertugas minggu ni. Dari MMU - Raup, Iha, Lenny, Agus dan Zulie. Dari KUTKM - Fendi, Madas dan Ruddy. Dari UIA - Dino. Dari UPM - Nick dan Yassin. Dari Taylor College, Fathi. Dari UiTM - Adi dan Bob.

Nick dan Yassin, fasi baru. Nick budak English Lit dan Yassin ambil Ekonomi Rumahtangga. Fathi pulak sudah berhenti dari MMU. Dia sekarang tahun satu di Taylor College. Belajar jahit baju. Fathi ambil double degree IT dan Business. InsyaAllah, Fathi akan ke Sydney tahun depan untuk sambung sekolah di sana pula.

Ada Azim, anak saudara saya dan Fikry yang baru mendapat keputusan dan akan ke Universiti juga.

+++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya AJK JIM Melaka telah berada di Kem sejak hari Jumaat lagi, bersama kami menyiapkan untuk ketibaan peserta pada hari ini (Sabtu). Sehingga larut malam memasang khemah-khemah untuk peserta.

Sejak awal pagi lagi, peserta telah mula sampai. Oleh kerana mereka dari negeri berlainan, semuanya menaiki kenderaan sendiri. Adik-adik fasi saya yang gilakan kereta suka, sebab dapat tengok banyak kereta-kereta idaman masing-masing.

Anak-anak yang berpakaian baju Melayu dan baju kurung menjadi penyambut tetamu.

'Jaga parking' ialah Fathi dan Madas. Mereka bertugas menjaga kenderaan yang masuk. Banyak tak tip ko dapat . Sehingga tengahari, kawasan depan telah penuh dengan kereta. Lupa pulak nak tanya mereka berapa jumlah kereta.

Fendi bertugas jaga tandas-tandas. Semua ada tugas masing-masing dan menjaga kawasan masing-masing.

Paling ramai di dapur, menolong Pak Haji. Kerja paling kami benci ialah potong sayur labu sebab tangan akan kuning kena getah labu. Tapi Haji sangat suka mengorder sayur labu. Bukan sikit, seguni terus. Dari pagi sampai petang menghadap labu. Dah lah kita tolong dia,dipanggil pulak 'Labu dan Labi'.

Sambil bekerja sambil tumpang dengar ceramah. Menarik ceramahnya, mengenai pengurusan masa. Bagus sangat untuk saya yang sentiasa tidak ada masa ni.

Tahukah anda yang memberi anak-anak nama yang hampir sama tu, membuang masa ? Sebabnya, jika dipanggil seorang, 2-3 orang akan menyahut. Kan buang masa tu. Kita penat panggil, anak juga buang masa datang kepada kita.

Rumahtangga yang aman juga perlu bersih dan kemas. Ehem, kena ingat ini ! Apapun sepanjang mereka di sini, Kem jadi tempat paling kotor ! Tak pernah Kem sekotor dan sesemak minggu ini. Mungkin Tuan Penceramah lupa sebut ataupun yang perlu kemas dan bersih tu rumah sendiri, tempat lain tak pe, kita bayar, kotorkan jerlah sesuka hati ! Maafkan saya, tapi itulah yang kami rasa. Selalunya bila ada program, kami ingatkan peserta yang Kem menjadi rumah mereka sepanjang program. Bila ada peserta yang bawa anak dan biarkan anak buang air di tepi dewan yang digunakan untuk solat, rasa nak menangis juga tengok. Tapi tak per lah. Ini pengalaman pertama kami mengendalikan Kem Keluarga seperti ini. Banyak yang kami dapat belajar. Banyak sungguh kekurangan kami dan InsyaAllah lain kali kami boleh perbetulkan kekurangan minggu ini.

Petang hari pertama diakhiri dengan aktiviti 'water confidence' dan 'obstacles run'. Seronok, kan Encik ? Saya menolong aktiviti 'obstacles run'. Macam-macam kerenah. Abi terjun 'splash' dulu. Duduk bawah dan sambut anak-anak. Umi diatas menghulurkan anak-anak dan akhir sekali Uminya pula turun disambut Abi. Seronok tengok mereka bekerjasama sekeluarga. Kakak-kakak dan abang-abang tolong Abi dan Umi jaga adik-adik.

Ada juga yang tersesat tanpa ibu bapa. Yang kes macam ni, Iha tahan mereka untuk diserah kepada ibubapa kembali.

++++++++++++++++++++++++++++

Jika ibu ayah ada program mereka, remaja juga ada program mereka sendiri. Mereka pergi 'jungle-tracking' sejauh 12 km. Tergelak ibu ayah tengok anak-anak balik dah putih-putih muka ditutupi masker tanah liat.

Remaja juga pergi berkayak. Ada seorang yang 'capsize' tadi. Dah diberitahu pada Cikgu yang menjaga, kayak 'slalom' untuk mereka yang pandai sahaja. Yang 'pernah-pernah' ni tak boleh. Degil juga. 'Capsize' dah sekali dijeti, nak juga berkayak lagi. Tak sampai 10 meter, 'capsize' lagi. Kalau biasa berkayak, bila dah 'capsize' patutnya tahu macam mana nak naik semula ke kayak. Hah, kan dah terapung-apung panik. Kami panggilkan 'rescue boat' untuk menyelamat. Lain kali, jangan riak kenalah realistik dan kena juga dengar pendapat orang walaupun anda sangat pandai. Memanglah seorang guru ilmu dan pengetahuannya tiada tandingan. Sangat cerdik dan sangat pandai. Tapi kami setiap minggu mengendalikan program, kami tahulah apa yang boleh dan tidak boleh dibuat.

++++++++++++++++++++++++++++++

Rimbun dan Bayu jadi 'nursery'. Seronok tengok baby-baby di situ. Nik bertugas menghantar makanan pada anak-anak kecil (under 3 years) dan pengasuh-pengasuh mereka. Kami juga perlu siapkan air panas untuk baby-baby ni.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Aulad dengan program mereka. Kumpulan yang kena jaga betul-betul sebab umur ni umur tengah nakal. Mereka juga pergi 'jungle-tracking'. Mereka pergi track dekat sahaja. Dekat pun, kena berjalan sejauh 5 km. Jauh juga untuk anak-anak kecil.

Petang hari Sabtu mereka keluar ke pintu hadapan Kem dan berjalan ramai-ramai berselawat. Comelnya !

++++++++++++++++++++++++++++++

Saya agak letih untuk melaporkan dengan lengkap. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman JIM. Nanti akan saya linkkan di sini.

++++++++++++++++++++++++++++++

Saya sangat kagum dengan kumpulan ini. Mereka terdiri dari kumpulan profesional dan bekerjaya baik. Adik-adik di Kem pun teruja juga, rasa nak join JIM.

Saya seronok dapat kenal (bukan berkenalan) dengan Dr Harlinah Siraj yang saya selalu baca komennya dalam suratkhabar.

Terima kasih, Dr Mai. Buku-buku tu jadi hadiah ulangtahun yang amat saya hargai. Terima kasih Puan Norhayati dan semua sekali di JIM Melaka.

++++++++++++++++++++++++++++++

Eh, lupalah pulak. Ada gambar tapi belum diupload. Tak tahulah gambar okay atau tidak. Dino dan Ruddy yang ambil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...