Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, May 18, 2004

PROJEK BASAH

Lapuran perkhemahan GengJurnal ditangguhkan.

Betapa rajinnya nak saya tulis lapuran tu. Aduhai, tak sabarnya nak tulis fasal MatJan takut air ! Fasal Tin yang asyik membantu Pak Haji dan Gang Dapur !

Tapi ada lagi yang maha mustahak. Perlu saya tulis. Dan semalam selepas semua balik lagi dan lagi saya terasa mustahaknya kenyataan yang perlu ditulis ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++

GeJu sebagai syarikat ? GeJu didaftar ? Biarkan GeJu macam GeJu sekarang ?

Saya terus terang ini asalnya pendapat suami dan dia buka mata saya. Menyedarkan saya. yang mata duitan ni. Dia kagum bila tahu yang GeJu cuma dalam realitinya 'kawan-kawan' di alam maya. Dan apa yang menyamakan kita cuma kita ada blog (penulis) atau kita pembaca blog atau pasangan kita yang menulis blog. Itu sahaja ikatannya.

Apa tujuan penubuhannya, tanya suami ?

MATLAMAT PENUBUHAN
geng jurnal ini ditubuhkan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penulis jurnal dan para pembaca. mengadakan aktiviti berfaedah dan bermanfaat.

Ini yang Mie nak, semasa dia tubuhkan GengJurnal dulu.

Mula-mula tak ramai, sekarang sudah lebih seribu orang berdaftar bawah GengJurnal. Dan daftar ahli cuma dengan 'klik-klik' dan 'type-type' sahaja di website yang Mie buat. Begitu mudah !

Dan PakLet kata, Mie telah berjaya capai matlamatnya ! Nawaitunya untuk mengeratkan hubungan geng menulis ini dengan mengadakan aktiviti berfaedah telah berjaya. Tak pernah kami menyambut satu kumpulan yang datang dari berbagai cabang kehidupan. Ada orang tua, orang muda, pelajar, pensyarah, suri rumah dan anak-anak kecil. Dan mereka telah berjaya bergaul tanpa ada sedikitpun jurang antara mereka.

Cubalah agaknya bila GeJu menjadi satu syarikat atau koperasi. Akan ada banyak masaalahnya nanti. Purbe dan Mat Jan akan mahu claim duit minyak dan duit tol bila mahu ke gathering GeJu di KLD tahun hadapan (cewah ! ni akak tambah .. heheh). Tak panggil gathering lagi kots, akan panggil 'Mesyuarat Tahunan Geng Jurnal'. Kan boring tu ! Tak cukup lagi dengan segala kerenah tempat kerja dan himpitan tugasan, mahu pening-pening lagi dengan aktiviti yang sepatutnya buat hati tenang dan dapat berjumpa rakan-rakan.

Kalau GeJu didaftar sebagai persatuan pula, akan peninglah ahli-ahli nak mengikut segala peraturan. Setiap kali ada jawatankuasa baru, akan adalah undang-undang baru. Sebenarnya, sudah terlalu banyak peraturan dalam hidup kita.

Dulu keluarga semuanya besar. Ada ramai bapa dan mak saudara juga sepupu-sepupu. Dah zaman keluarga kecil sekarang, kawan-kawan menjadi ganti extended family kita tadi. Tengoklah betapa manjanya Sabrina dengan Shila ! Arif pun kena beralah bila Sabrinamon nak duduk sebelah Shila.

Jadi kesimpulan PakLet, GeJu lebih senang jika bergerak cara 'underground'. Bukan buat benda yang bertentang dengan syara' pun. Cukuplah dengan tension di tempat kerja dan mengurus keluarga. GeJu tempat untuk melepas 'tension' dan berkawan. Kalau GeJu diurus dengan cara begini, GeJu akan kekal selamanya. Jangan harap kalau tak diberi claim, orang dari Terengganu, Sarawak dan Kedah mahu datang. Keikhlasan berkawan adalah keutamaan dalam kumpulan ni.

Last sekali PakLet kata, tahniah Mie !

Well, dia belajar Human Behaviour, akak belajar Retailing ..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lapuran Perkhemahan Geng Jurnal 2004

Ideanya asalnya dari Wkdin. Wkdin cadang-cadangkan pada TokRimau dan Spyz. Satu hari tu TokRimau dan Spyz datang dengan keluarga masing-masing.

Selepas tu datang lagi beberapa kumpulan untuk 'site visit'. Akhir sekali, kata sepakat diambil dan saya mencadangkan projek dibuat pada 1/5/2004 yang bersamaan dengan cuti panjang Hari Pekerja.

Ada pula halangannya. JIM pula tempah tarikh tersebut. Dan sebagai seorang yang bermata duitan, takkanlah nak tolak pulak tempahan yang besar macam tu. Pujuk mereka untuk tukar tarikh, walaupun rasanya masa tu Tok dan Wk sedikit tercalar perasaannya akak buat ! Tapi bak kata Spyz, ada hikmahnya buat minggu ni - tiada kesesakan besar-besaran seperti minggu 1 Mei.

Cakap-cakap, angan-angan menjadi kenyataan. Dan segalanya diurus online. Terima kasih kepada Mush roomcute dan TipahVogue yang telah bekerja keras. Dua orang kuat Projek Basah ni walaubagaimana pun tidak dapat menghadirkan diri di KLD.


Jumaat

Minggu ni Gang Lasak yang bertugas - Iha, dak-tembamz, Lenny, Agus dan Raup dari MMU. Sham dari TwinTech (dia mamat yang asyik senyum dan tolong Pak Haji masak di dapur), Ruddy dari KUTKM dan gang Chinchin - Toyak, Jepun, Muafa, Cica, Kaliong ( dia yg marah bila korang panggil dia Pakcik. Dia belajar di Univ Arizona, ambil architecture, tp tak grad. My fren dr umur kami 7 tahun). Jurulatih Kanan - PakMan dan Cikgu Zul (Jurulatih Kayak Kebangsaan, yang bawa anda pergi berkayak). Dino pun ada juga sebagai Imam.

Spyz msg saya dan beritahu beberapa orang akan sampai pada hari Jumaat. Yang pertama sampai ialah ir-awok. Dia datang sekejap sahaja, tengok kami semua pam tayar basikal. Dia balik dan berjanji akan datang semula pada awal pagi Sabtu.

Lepas Maghrib, dapat panggilan dari Fazli yang dia sampai di Stesyen Bas Tangkak. Semasa bersiap nak pergi, Dino pula telefon, dah sampai juga di Tangkak bersama Lenny dan mahu solat Maghrib dulu di Masjid Tangkak. Terus sahaja ke Tangkak bersama Ruddy. Ambil mereka.

Sampai Kem, pukul 9 malam, Tini(adk77) dan adiknya pula sampai. Kesian Tini drive dari Terengganu pukul 9 pagi, 9 malam baru sampai. 12 jam dia memandu ! Minta dak-tembaz, Lenny, Iha dan Dino bawa semua tetamu makan malam di Kedai Akak Sajen.

Di pejabat, fasi dah mengatur sofa-sofa dan kerusi-kerusi macam aturan dalam panggung. Ada hal besar malam ni - SURVIVOR ALL STARS FINAL EPISODE - . Di Kem kami memang gilakan rancangan-rancangan seperti ini. Jadi bila ada yang sebut pasal last episode Secreto d' Amor (betul eja tak?) kami memang tak tahu citer apakah itu. Maaf :)

Baru setengah rancangan, ada kereta masuk. Purbe dah sampai. Bersama MatJan dan Farihah. Peminat MatJan yang dalam pejabat dah suka ! Tapi dia berjaya mengontrol ayu hinggalah ke hari akhir. Tapi bila sampai hari akhir tu, cintanya pada Mat Jan dah berkurangan. Sebabnya, Mat Jan 'fail outdoor' ! Heheh ...

Purbe dan Mat Jan bersama-sama Lenny, Raup, dak-tembamz dan Dino siapkan name tag untuk Projek Basah. Pukul 2.30 pagi baru siap. Selepas tu kami beramai-ramai menghantar Mat Jan dan Purbe ke chalet. Farihah dah pergi tidur dulu bersama Tini. Purbe dan MatJan kena bangun pukul 5 pagi untuk jemput Aini di Balai Polis Tangkak.

Selepas Aini sampai, MatJan dan Purbe sambung tidur semula. Pukul 7 pagi, saya seperti kebiasaan, jalan-jalan sekeliling Kem dulu. Tengok Aini, Farihah dan Tini tengah main-main air di jeti. Amboi, dah tak sabar ! Saya minta tolong mereka menyiapkan meja pendaftaran dan ruang pameran buku. Farihah type list senarai buku tu dan Tini tulis dan lukis di white board Anjung Kelana. Aini tolong Iha sapu lantai Anjung.

Kami sarapan dulu. Si- bujang berdua masih berulit dengan bantal.

Nanti sambung. Nak ambil Nana di preschool :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...